“Kalaulah… “

Kalau korang biasa ‘main’ share mesti korang selalu dengar para pelabur mengungkapkan ungkapan “Kalaulah aku tunggu kejap lagi, dah tentu untung aku makin banyak” dan ungkapan “Kalaulah” tu dah macam mantra bagi para pelabur saham terutamanya yang mempunyai sikap ‘fear and greedy’ di dalam konteks pelaburan mereka.

Dan buat pengetahuan korang, ungkapan tersebut telah mula menerobos kembali ke dalam hidup aku semalam (jumaat). Manakan tidak, saham yang aku beli sebelum ini telah pun berjaya aku jual pada sebelah paginya pada harga RM0.78, tetapi lewat jam 4 petang sms berbunyi “current price 0.87” telah aku terima dari remisier aku dan untuk tempoh kurang dari 6 jam tersebut, keuntungan aku telah berkurang sebanyak 9 sen (RM90 bagi setiap 1 lot ‘besar’). Mungkin di awal pembabitan aku dulu aku akan mengeluh, makan tak lalu mandi tak basah dan tidur tak lena dek kerna keuntungan tidak dapat dicapai semaksima mungkin tetapi bila semakin lama aku berada di arena pelaburan saham ini, aku sebenarnya bersyukur dengan apa pun keuntungan yang aku perolehi as long as ianya menepati peratusan R.O.I yang aku ingini.

Ingat, tiada siapa yang boleh meramal harga satu-satu kaunter yang dibeli dan bagi aku, kalau dah ada keuntungan pun dah kira ok sebab ramai lagi sebenarnya yang terpaksa menanggung kerugian.

AE : Walaupun aku terlepas peluang untuk menikmati 45% R.O.I pada sebelah petangnya, tetapi pada kadar 30% yang aku perolehi pada sebelah paginya, momentum peratus keuntungan melebihi 20% setiap awal tahun masih dapat aku kekalkan setiap kali aku masuk ke dalam pasaran. Alhamdulillah. 

15 Comments

  1. KM January 29, 2012
  2. wynn78 January 29, 2012
  3. Aslam January 29, 2012
  4. khairul January 29, 2012
  5. Ahmad Ijat January 29, 2012
  6. Ardi_Starob January 30, 2012
  7. aBu January 30, 2012
  8. Ahmad Hati January 30, 2012
  9. asya January 31, 2012
  10. Ahmad Hati February 11, 2012
  11. Ad March 11, 2014
  12. blog amir May 23, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge