Kalaulah aku jadi Che Khalib..

leaderboard2 denaihati Banner

Wahhh… korang ni, pantang aku ulas je tentang kenaikan tarif elektrik bertalu-talu korang belasah kerajaan. Rileks dulu beb.. aku buat entri  tu pun sekadar nak berkongsi apa yang aku tahu. Mungkin apa yang aku ulas dalam entri semalam tu tak semuanya betul. Apa yang penting, keputusan telah pun dibuat dan kita hanya perlu merangka plan alternatif bagi menangkis musibah yang bakal terjadi (jika ada).

Seperti yang dinyatakan oleh saudara Wakif tu ada benarnya. Kita sebenarnya tak mampu untuk menidakkan fakta kenaikan segala macam barangan terutamanya yang berkaitan dengan sumber asli.  Ini kerana harga bahan api di atas muka bumi ini tertakluk kepada teori penawaran dan permintaan. Apabila penawaran semakin berkurang dan permintaan pula semakin bertambah, di situ terhasilnya kenaikan harga pasaran dan inilah sebenarnya yang berlaku terhadap sumber bahan api kita ni dan sepertimana yang aku janjikan semalam, berikut adalah pandangan aku terhadap apa yang bakal aku buat sekiranya aku berada di tempat CEO TNB. Aku harap korang jangan pula mencemuh aku kalau pandangan aku ni totally against dengan apa yang korang fikirkan, sebaliknya cuba korang cari asbab kenapa aku berfikiran sedemikian. So, berikut adalah tindakan yang bakal aku buat sekiranya aku berada di tempat ‘Che Khalib’ (CEO TNB) tu?

“Aku akan naikkan tarif elektrik untuk kediaman individu manakala untuk tarif perdagangan, perindustrian, perlombongan dan pertanian pula, akan aku kurangkan tarif yang sedia ada”

Kenapa? Korang fikir-fikirkanlah sendiri jawapannya.

AE : Ketepikan soal politik dahulu sebelum korang mula berfikir dan bagi yang ingin berkongsi pendapat samaada korang setuju atau tidak dengan tindakan aku tu, sila kemukakannya di ruangan komen.

This entry was posted in my opinion. Bookmark the permalink.

20 Responses to Kalaulah aku jadi Che Khalib..

  1. azli says:

    Hmmm…tarif eletrik tarif perdagangan, perindustrian, perlombongan dan pertanian pula, akan aku kurangkan tarif yang sedia ada”-pelabur asing datang, banyak peluang pekerjaan, perdagangan berkembang..rakyat akan mudah menjana pendapatan.
    Bila takda pekerjaan, rakyat takda kerja jadi akan jadi huru hara, macam negara-negara lain yang rakyat banyak demontrasi nakkan pembaharuan.

    Aku akan naikkan tarif elektrik untuk kediaman individu – rakyat sibuk berkerja, mana ada masa nak duduk rumah, layan astro, kurang berada dirumah, eletrik kurang pakai. semua sibuk ..

    agaknyalahhhh

  2. Syahman says:

    emm..yang industri agak banyak diaorang pakai letrik ni. Tapi mungkin kalo naikkan dekat nak pilihanraya..mungkin bukan satu strategi untuk menarik pengundi cina. aik! dah terkeluar lak jugak pasal politik. Hehehe..susah nak tarik undi untuk Abg Ensem! :-)
    Syahman recently posted..Projek Apa Kat Belakang Kompleks Dataran Otomobil Sek 15- Shah Alam

  3. Ardi_Starob says:

    Nak kurangkan tarif for industri?? Mungkin ada logik nyer utk attract new investor but…if I’m not mistaken…our tarif consider tak la tinggi sgt comparing with other countrykan?? *no detail study done* ada ker kawan2 yg leh confirmkan statement aku nie
    Utk existing industry, takder nyer diorg turunkan harga barang walaupun kite turunkan harga letrik ker minyak ker tanah ker…..ops terlebih sudah

  4. matjoe says:

    naik utk pengguna, kerajaan bertukar tangan laa
    matjoe recently posted..Indahnya Sunset Seri Budiman

  5. noriz says:

    terkejut gak bila tahu brp income Che Khalib tu….wow!

  6. salehs says:

    seingat aku Che Khalib dulu pernah kata…dgn mengekalkan tariff sekarang(dulu),keuntungan tnb akan berkurangan…bla bla bla…

    ini memberi mkna TNB memikirkan soal keuntungan semata2 tnpa memikirkan beban yg perlu rakyat tanggung…bukan xde untung tapi kurangggggggg….

    dlm isu ni kerajaan lah yg patut mainkan peranan penting utk check in balance. situasi win-win situation di perlukan dlm pd menjaga kepentingan TNB dan pengguna. Kurangkan kos2 yg x perlu cth yg plg nyata ialah IPP tu. Tp kerajaan pula cakap dgn memberi subsidi umpama memberi CANDU…. x ke rakyat kecik hati beb…
    Mesti ada jln terbaik…bukanlah rkyat nak tentang semua inisiatif kerajaan…tp kerajaan ada pilihan utk elakkan bebanan ni….msti ada jalan…mstiii
    mcm mana lg rakyat perlu bersedia utk kenaikan kos ni…sebelum ni pun dh byk rakyat cut cost…nak cut ape lg x tahu lah lps ni…

  7. mizz bananaz says:

    kalu somi sy che khalib CEO TNB bergaji 600k permonth sy no komen jer…

  8. mizz bananaz says:

    saleh :

    lepas nih cut n paste kekekkeke…

  9. wakata says:

    aku rasa tariff electric untuk industry rate tu dah competative. dan kalu big industries player dieorng probably generate electricity on their own, which means that buy natural gas converted to power generation. byk lagi cara rasanya nak attract foreign investor.
    tak salah aku malaysia produce power dari natural gas (majority), coal and hydro. and kerajaan/Petronas is subsidizing the natural gas to TNB and IPP. TNB bagi aku kena cari alternative lain try kurangkan as much as possible pergantungan kepada natural gas and IPP, one of the way aku nampak aritu depa emerge to be one of the player for landfill gas (renewable energy). And there is other country that rely 99% of electric power from hydroelectric, tp aku taknak qualify kenapa,sebab apa, mengapa kita tak boleh achieve mcm tu. So kalu aku la, aku propose:
    1. Utilize renewable energy (biofuel, solar,wind,CHP,waste,landfill gas,byk lagi ni)
    2. Open market for IPP, so people can choose whether to buy electricity from TNB or other IPP, so market will be more competative.
    3. bro, kalu electrik dah naik, kerajaan still kena bagi something jugak kat rakyat, as part of trade of. ni semua nak naik, aduss..

    but generally aku setuju “cara” kerajaan naikkan tariff tu, sbb dia buat secara berperingkat as nanti boleh agak brp inflation rate for future, cuma tang trade off tu yang takdek…my 2cent.

    • abangensem says:

      Pergghhhh… tingginya ilmu ko bro.

    • johnlegend says:

      “aku rasa tariff electric untuk industry rate tu dah competative. dan kalu big industries player dieorng probably generate electricity on their own, which means that buy natural gas converted to power generation. byk lagi cara rasanya nak attract foreign investor.”

      ==> Setuju on the attractive rate.

      “tak salah aku malaysia produce power dari natural gas (majority), coal and hydro. ”

      ==> Ye betul. Tapi gas curtailment skang. So, coal majority. Hydro sket2 je.

      “and kerajaan/Petronas is subsidizing the natural gas to TNB and IPP”

      ==> Tak setuju. Fuel costs are passed through. On paper, kalau PET charge RM10 per unit fuelto IPP, IPP pon akan charge RM10 to TNB and TNB pon akan charge RM10 to consumers. Kalu RM50, RM50 lah. In reality, TNB tak dapat nak pass through 100% of the fuel cost to consumer. Sbb Gov tak bagi, sbb nnt rakyat jelata marah dan tak mau mengundi mereka lagi.

      “TNB bagi aku kena cari alternative lain try kurangkan as much as possible pergantungan kepada natural gas and IPP, one of the way aku nampak aritu depa emerge to be one of the player for landfill gas (renewable energy)”

      ==> Anda tau berapa potential MW yg boleh generate from landfill gas? And berapa cost/kWh of electricity generated from landfill gas?

      “1. Utilize renewable energy (biofuel, solar,wind,CHP,waste,landfill gas,byk lagi ni)
      2. Open market for IPP, so people can choose whether to buy electricity from TNB or other IPP, so market will be more competative.”

      ==> Renewable energy is an option. Tapi takleh nak cover the demand. Cuba kaji Renewable Energy Act, Feed-in-Tariff.

      ==> Yes for open market. Tapi cuba kaji Electricity Supply Act. Kaji jugak California Electricity Market masa Enron dulu, Australian Electricity Market, Singapore Electricity Market. So kita boleh belajar dari experience org lain.

      “aku setuju “cara” kerajaan naikkan tariff tu, sbb dia buat secara berperingkat”

      ==> Setuju juga, cuma sound lah awal2 sket. Sbb ada manufacturing company kita yg export most of their products dah forward sell (3 bulan or so). Kalau sound awal2, at least boleh lah diorg adjust price to reflect the cost. Kalau tak, eat margin lah.

  10. mohd says:

    kenapa? mgkin disebabkan bilangan rumah/pengguna domestik lbh byk bebanding bilangan sektor lain.. dlm mana2 industri pon skrg, economy of scale dh jadi pemainannya.. dgn menaikkan tarif letrik utk pengguna domestik je dh boleh offset kan penurunan tarif yg AE sebut kat atas.. bkn stakat offset je, tp mmg surplus yg PLUS PLUS..

    (note:ni bkn iklan PLUS highway)

  11. paktam says:

    bagi aku kasi naik tarif dua-dua..sebab aku kje TNB, nanti taun ni dpt bonus byk skit..hehehe..

    kalau nk tau detail info kenaikan tariff elektrik boleh access ke http://www.tnbbuzz.com/

  12. azeman says:

    Ani Arope dah komen. Dia yg lebih layak komen sbb dia xceo TNB. Yang lain tu buat lawak je.

  13. johnlegend says:

    Kalau lah aku jadi CK, sebenarnya aku takleh byk cakap pon.. electricity tarif ni Gov yg decide ultimately. Fuel cost pass through 100% from IPP to TNB, tp TNB takleh nak 100% pass through to Consumer, sbb Gov ckp no, sbb nnt tarif tinggi and sbb nnt rakyat jelata tak undi diorg lagi.

    Nasib baik lah jugak gas price to power generation tu lower than market price. At least kalau tak 100% pass through ke consumer pon, tak lah bankrap company TNB ni. Tapi gas pon tak byk dah skang ni. Asyik curtailment je. Kena import power from Seraya oo. Tapi rakyat jelata tak tau, and tak nak ambik tau. Rakyat jelata nak tarif murah je.

    Dulu-dulu masa TNB monopoly generation mmg la ada sket2 kantoi, blackout seluruh negara 2 hari camtu. Pastu TDM sudah naik angin dia bagi IPP. Ada baik nya jugak, tapi kenapa la IPP 1st gen punya PPA tu mahsyuk sgt. Nak punish TNB ke apa? Tapi ada baiknya juga IPP ni, tapi rakyat jelata not interested in that, and not interested in finding out. Kesian penjanabebas, berbuih mulut explain pon, Tony Pua punya air liur jugak yang rakyat jelata telan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge