Pagi semalam seawal jam 6.45 pagi, aku dan Man Kuala dah terpacak kat tepi Tasik Shah Alam dengan ‘uniform’ jogging masing-masing. Tujuan aku tak lain tak bukan untuk menemankan si Man Kuala ni menurunkan ‘lebihan’ lemak di dasar perutnya dan dalam dok berjogging, banyak perkara yang dibincangkan antaranya strategi bisnes biskut cornflakesnya dan juga perihal perancangan pelaburan hartanahnya. Maklum si Man Kuala ni tak tahu nak buat apa dengan duit yang dah berkepuk-kepuk dari hasil jualan rumah sebelumnya.. hahaha.
Masing-masing melahirkan rasa seronok berjogging, sesuatu yang amat jarang kami lakukan ketika hari kerja dan tak habis-habis ayat berikut terkeluar dari mulut kami :
“Kan ke best kalau tiap-tiap hari macam hari Ahad (hari cuti)“
Ya, semua dari kita mengimpikan keadaan di mana setiap hari kita duduk mengangkang menghabiskan duit yang tak kunjung habis tetapi masalahnya sekarang, kita tak mampu untuk berbuat demikian kerana kita tidak mempunyai pendapatan tetap sekiranya kita duduk mengangkang. Jadi terpaksalah kita dok mengadap muka bos kita yang tak begitu ensem jika dibandingkan dengan aku, tapi untuk pengetahuan korang kalaulah kita mempunyai multiple stream of income, tidakkah kita dah boleh bersenang lenang menganggap setiap hari yang bakal muncul itu adalah hari Ahad. Persoalannya, apakah jenis-jenis income yang kita boleh buat? Kalau Man Kuala sibuk dengan bisnes biskut cornflakesnya dan aku pula letih mengira income sewa rumah *mode : riak*, jadi untuk korang pulak apa yang korang rasa korang boleh buat? As usual, ayat ini mesti akan keluar dari mulut korang “kami tak tahu la nak meniaga apa sebab kami ni tak cukup kreatif. Nak buat cornflakes, tangan kami kematu. Nak beli rumah untuk disewakan, modal kami ciput. Nak tulis ebook, idea kami ‘singkat’. Last-last.. makan gaji jugalah jawapan yang terbaik untuk menjana income kami“. Payah jugak kalau banyak sangat ‘alasan’ bila kita nak brainstorm diri kita ni dan alasan jugalah yang membataskan kita untuk terus maju ke depan.. hmmmm. Jadi, apa kata korang kenal pasti minat korang dulu sebelum cuba fikirkan apa yang korang boleh buat dari minat tersebut. Ingat, duit akan menyusul sekiranya kita minat dengan apa yang kita lakukan.
AE : Jogging dengan Man Kuala ni takde la best sangat sebab dia ni lari macam siput.












AE : Jogging dengan Man Kuala ni takde la best sangat sebab dia ni lari macam siput.
~~siot je…hahahaha…..AE,btoi tu,sjak bli ebook bln lpas,msh lg brainstorm….pe2 pn sntsa mambaca n mcari ilmu dr pakar2….mudah2an Allah akan bukakkan pintu rezeki…..
Banyak sgt umah sewa ae klu susah nk kira tranfer sebijik bg aku. Hihi. Jogging lenkali ajak le boleh join sekalik ! Tp korang jog aku usha awek le hee..
ae dah boleh pencen ni….*mode jeles…
aslam recently posted..Penting ke
wooo….heheheh…saper yang lari macam siput niee….?? theee..theee…thee..
apsal aku nampak ko naik 3 series kaler hitam? kereta sapa tu *mode: tak percaya*
matjoe recently posted..Seminar Hartanah yang Mahal Tapi Hampeh
mari kite buat aktiviti mingguan bersukan bersame AE ~
Cadangan :
1. Badminton
2. Futsal
3. Joging sambil usha aweks (saye setuju!!!)