Kalau korang biasa ‘main’ share mesti korang selalu dengar para pelabur mengungkapkan ungkapan “Kalaulah aku tunggu kejap lagi, dah tentu untung aku makin banyak” dan ungkapan “Kalaulah” tu dah macam mantra bagi para pelabur saham terutamanya yang mempunyai sikap ‘fear and greedy’ di dalam konteks pelaburan mereka.
Dan buat pengetahuan korang, ungkapan tersebut telah mula menerobos kembali ke dalam hidup aku semalam (jumaat). Manakan tidak, saham yang aku beli sebelum ini telah pun berjaya aku jual pada sebelah paginya pada harga RM0.78, tetapi lewat jam 4 petang sms berbunyi “current price 0.87” telah aku terima dari remisier aku dan untuk tempoh kurang dari 6 jam tersebut, keuntungan aku telah berkurang sebanyak 9 sen (RM90 bagi setiap 1 lot ‘besar’). Mungkin di awal pembabitan aku dulu aku akan mengeluh, makan tak lalu mandi tak basah dan tidur tak lena dek kerna keuntungan tidak dapat dicapai semaksima mungkin tetapi bila semakin lama aku berada di arena pelaburan saham ini, aku sebenarnya bersyukur dengan apa pun keuntungan yang aku perolehi as long as ianya menepati peratusan R.O.I yang aku ingini.
Ingat, tiada siapa yang boleh meramal harga satu-satu kaunter yang dibeli dan bagi aku, kalau dah ada keuntungan pun dah kira ok sebab ramai lagi sebenarnya yang terpaksa menanggung kerugian.
AE : Walaupun aku terlepas peluang untuk menikmati 45% R.O.I pada sebelah petangnya, tetapi pada kadar 30% yang aku perolehi pada sebelah paginya, momentum peratus keuntungan melebihi 20% setiap awal tahun masih dapat aku kekalkan setiap kali aku masuk ke dalam pasaran. Alhamdulillah.
Keuntungan yg sikit lebih baik dr rugi yg banyak!!!!!!!
Biasa dah bro..main saham ni dia punya penangan rasa menusuk kat hati terus..pergh. Aku selalu dah jual x tengok dah pasaran saham tu,klau tgk balik klau jatuh xpe,klau naik aduh..tu yg tangkap kat hati.Betui x?
wynn78 recently posted..Projek mega 2012 !!!
Lagi lagi kalau trade online.. Perggh, kena kental
Aslam recently posted..Pengalaman pertama memang seronok
Kalau lah….. Aku tak main share 12 thn dlu…..
1. Aku mesti duduk sama rendah ngan ko tapi berdiri tinggi sikit…
2. Rumah aku tentu sama banyak ngan ko ( mungkin lebih )
3. Ko memang hensem sikit dari aku…
Kalau laa aku jumpa ko 12 tahun dulu… Mungkin…..Aku mcm ko sekarang…
Tak tau pape pasal teknik main saham. AI main unit trust je. Mungkin AE buat seminar atau ebook pasal saham pulak kot 🙂
Ahmad Ijat recently posted..Terbaru Dari Pakcik Nokia ~ Nokia Lumia 900
Unit Trust dah main dah, tapi keuntungan tak banyan main share
Download Borang Permohonan Penyertaan SARA 1Malaysia
Ahmad Hati recently posted..SARA 1Malaysia vs Amanah Saham 1 Malaysia
Kalau lahhhhh……hehehehehehe……teman ikut aje…….
Kalaulah…
^_^
aBu recently posted..Timor Leste Oil and Gas Industry
Wah boleh lah ajar saya, ada je akaun dekat bursa tapi tak pernah guna
Ahmad Hati recently posted..Senarai Pemenang Anugerah Juara Lagu 26
Samalah kita. Tunggu berhabuk sahaja, adus!
Kalau abang Ensem ajar kan bagus
Dividend Saham Bank Rakyat 2011
Ahmad Hati recently posted..Gambir ‘memperkasakan’ lelaki ketika menjalin hubungan kelamin
wahhh hebatlah ae, mcm2 pelaburan ade..rumah, saham….ok, hope pelaburan ke akhirat tetap ada (sama2 beringat)
asya recently posted..Gossip Gurl dengan Pen Merah
Akan berusaha untuk mendalami ilmu trading
Ahmad Hati recently posted..Hari Valentime Haram Disambut Umat Islam
Share sikit saham apa bro main?
Ad recently posted..Dialah Expert MH370.
Terima kasih. Peringatan utk diri ini yg baru jual beli saham. Hehe
blog amir recently posted..Maaf. saya ‘terpaksa’ pilih MLM Shaklee [ Part 1 ]