Kebaikan & Keburukan ‘Full Loan’

leaderboard2 denaihati Banner

 

Soalan dari Azraffi :

Apakah keburukan dan kebaikan membuat pinjaman penuh (full loan) untuk membeli rumah?

TQ

Jawapan :

Kebaikan :

  • Tak payah keluar modal.

Yang ini aku rasa semua orang tahu. Bila korang dapat full loan, ini bermakna korang dah tak payah nak keluar duit untuk buat bayar downpayment. Maknanya kat sini, korang dah dapat save paling tidak pun 10% dari harga rumah tu dan ini juga bermakna, duit yang korang save tu bolehlah korang gunakan untuk pergi ‘enjoy’ dengan marka/skandal masing-masing.

  • Return of Investment (ROI) yang tinggi.

Bila dah tiada amaun yang kena keluar, secara tidak langsung ROI yang bakal diperolehi semestinya tinggi kerana ‘pembawah’ dalam pengiraan ROI tu akan jadi lebih kecil daripada ‘pengatasnya’. Meh kita tengok contoh pengiraannya :

ROI = (Income yang terhasil X 12 bulan) X 100%
                   Kos yang dikeluarkan

Diandaikan income/sewa yang terhasil adalah sebanyak RM100 setelah ditolak instalment bulanan manakala kos yang dikeluarkan untuk beli rumah tu hanyalah RM20 (duit beli ebook Tips & Panduan Membeli Rumah subsale AE). Makanya, pengiraan ROI adalah seperti berikut :

ROI = (RM100 X 12 bulan) X 100%
                        RM20

       = RM1,200 X 100%
             RM20

       = 60%.

Keburukan :

  • Instalment bulanan yang lebih tinggi.

Yang ini pun semua orang tahu. Kalau loan lebih, bayar bulan pun lebih jugak la. Kalau sewa boleh cover the instalment tu, ok la tapi kalau tak boleh nak cover, pandai-pandai la korang cari jalan untuk top-up amaun yang tak cukup tu.

  • Kena bayar kos guaman yang lebih tinggi.

Bagi korang yang ‘tak merasa’ pakej Finance Entry Cost (FEC) atau Free Moving Cost (FMC) di mana legal fees dibiayai sepenuhnya oleh pihak bank, pasti akan merasa perit sebab terpaksa bayar kos guaman itu sendiri. Ditambah pula dengan jumlah pinjaman yang lebih pasti akan mendatangkan kos guaman/stamp duty dari lebih tinggi dari yang sepatutnya. Arakian, makin banyaklah sebenarnya amaun guaman yang terpaksa ditanggung. Anyhow, jika semua itu telah dicover dengan amaun full loan yang bakal diperolehi tersebut, apa ada hal kalau lawyer caj lebih-lebih untuk fees korang tu.. hehe.

  • Agak sukar untuk mendapatkan kelulusan dengan kadar segera.

Bila dah nama pun full loan atau loan maksimum, prosedur memproses dan meluluskan loan pastinya akan menjadi bertambah rigid (detail). Ini kerana sudah pasti Debt Service Ratio (DSR) korang akan turut meningkat dan bila mana peningkatannya melebihi peratusan DSR yang ditetapkan, maka akan bertambah lecehlah loan tersebut untuk diluluskan dengan sekelip mata kerana sudah pasti beberapa condition seperti memerlukan penjamin, cagaran dan sebagainya akan dikenakan oleh pihak bank.

  • Awek bank pandang sebelah mata je (khusus bagi peminjam lelaki yang ‘gatai’ saja).

Kena pulak awek bank tu se’cun’ Fazura, jawabnya melepas la korang untuk menarik perhatian dia. Mana taknya, kat sini kelihatan seolah-olah si peminjam ini jenis yang sangap tak cukup duit sampaikan nak buat loan pun terpaksa guna margin yang maksimum. Pasti dalam hati awek tu akan kata.. “Camne mamat ni nak menyara alat-alat make-ip aku nanti kalau downpayment pun tak berapa nak ada”.

AE : Namun, perhatian awek tu akan kembali pada korang sekiranya 2 perkara berikut berlaku, iaitu :

  1. Bila awek tu print CCRIS Report, dia akan nampak yang korang ni ada banyak rumah macam AE.
  2. Kalau wajah korang tu dah memang tampan macam AE juga.
This entry was posted in QNA and tagged . Bookmark the permalink.

20 Responses to Kebaikan & Keburukan ‘Full Loan’

  1. KM says:

    2 note yang bawah sekali tu xbleh blah hahahaha…
    KM recently posted..Tahniah Pandelela Rinong!!! pingat kedua untuk Malaysia dari Olimpik London 2012..

  2. samdaddycool says:

    … hmmm kalau nak full loan, maknanya make sure kena hensem :D
    samdaddycool recently posted..2 blog aku dah kena Tamparan Google Penguin Algoritma

  3. Fazrol says:

    2 ayat bawah tue tak masuk dalam list.. He he..
    Fazrol recently posted..Ekspo bayi di KL Convention Centre!

  4. Nadot says:

    Tampan macam AE? eeeuuuwww…
    hohoho
    Nadot recently posted..A&W PJ – Tempat Jatuh Lagikan Dikenang

  5. maszull says:

    assalamualaikum abg ensem…mekacih dgn info menarik ni dan pada sesiapa yg nak beli rumah tu boleh la rujuk kat sinikan…:)
    maszull recently posted..Tahniah Buat Pandelela Rinong

  6. SR says:

    Wahh…kene hensem ke?aduhai…da tak lepas da kat situ.hehe
    SR recently posted..Iklan Raya Bernas 2012 pun sayu

  7. pG says:

    hahahaha..aku suka entry ni..hahaha tergelak sakit perut aku baca..sib baik masih boleh tahan puasa ni..
    ayat paling bawah the best bro..hahaha
    terbaek AE

  8. nurmisnan says:

    Alhamdulillah3.. setakat ini tidak pernah membeli rumah atau kereta
    guna full loan.. Thanks for sharing brother..
    nurmisnan recently posted..Top link referral Ogos 2012 Raya kongsibersamanora

  9. yopi says:

    oo..ok2..tau2..tq. tapi tu la..kiter ni bukan xde duit nk bayar 10% tu..tapi nk kene pakai untuk kawin daa..bukan ape..sekarang mcm tepaksa beli rumah awal2..maklumla, harga semakin mahal & then faktor umur masih muda….kalo nk tunggu duit 10% utk downpayment rumah amik masa bertahun kot..by the time, mase tu rumah yg kiter nk beli tu dah naik maybe 100k after siap..

    AE, kalo macam kater nnti saya tetibe ader sejumlah duit, & then nk dumps sejumlah duit tu which is more than 10% from loan price untuk baya prinsipal pinjaman, adakah itu akan menguntungkan kiter or merugikan kiter? or adakah akan menguntungkan bank?

    • abangensem says:

      Yup, ianya akan menguntungkan kita tapi make sure yang lump sum payment tu digunakan untuk membuat principal payment instead of instalment biasa.

  10. ctsueraya says:

    2 notes yang bawah tu

    yang pertama tue memang tumpang setuju

    yang kedua tue erkkkkk taknak setuju bleh tak

    LARIKKKKK!!!
    ctsueraya recently posted..OHHHH ahkak tak mampoo uols

  11. Akhir kata… awek tu pulak akan jadi ORANG UMAH AE la kan….hahahahhaa
    hazman aka species1980 recently posted..HAZMAN vs FOOD ( Bihun Singapore + Daging Paprik + Ayam Kicap )

  12. azwan says:

    tips yang bagus ni bro..selalu tertanya-tanya tentang ni..dapat lah jawapan sikit
    azwan recently posted..Mourinho : La Liga Terbaik.

  13. ReM says:

    Elok buat full loan ni, sekurang-kurangnya ada cash dalam tangan untuk buat benda lain macam beli rumah lain lagi ke, ubahsuai rumah ….
    ReM recently posted..Astro IPO is coming up soon

  14. wakif says:

    Selagi boleh mark-up full loan.. Sila2lah buat full loan duit boleh jadi modal untuk rumah seterusnya…:-)
    wakif recently posted..tak jujur | wakif’s blog

  15. Nurul says:

    Kalau ade rezeki Nurul nakbeli rumah pun ingat nak buat full loan..
    Nurul recently posted..IFTAR Service Care Department at Brisik Restaurant

  16. Mmg saya pon xnk start invest on something atau nk beli kereta or rumah tanpa ada downpayment. Rasa cm terik nk abeskan byrn lama-lama. Loan kereta skg pon buat 5 tahun je. Lg cpt abes, lg cpt tenang kalau mati awal pon. Sbb hutang dh langsai utk dibawa ke akhirat
    Ekspresi Ruang recently posted..Spoon Chair: Ilham Phillip Aduatz Daripada Sudu Bengkok

  17. Juan says:

    sebuah perkongsian yang menarik
    Juan recently posted..Resepi Puding Karamel

  18. halif says:

    Hahahaha…memang terbaik dari ladang! nice entry.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge