Kelas Hartanah Siri 29 : Kata ‘Nista’ Diterima

Semalam, telah berlangsungnya siri ke 29 kelas hartanah bulananku. Alhamdulillah, perjalanan kelas telah dimudahkan olehNya tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

Seperti biasa, sambutan yang diterima semakin menggalakkan dan ini meningkatkan semangat aku untuk meneruskan siri-siri perkongsian ilmu hartanah di masa hadapan.

Kelas Hartanah Siri 29

Kelas Hartanah Siri 29

Sejak Kelas Seminar Hartanah Siri I amat jarang aku menerima sebarang testimoni dari para peserta yang hadir. Jika ada pun, mungkin satu atau dua sahaja yang menyinggahi dinding Facebookku tetapi semalam, Alhamdulillah, ruang-ruang komenku telah ‘diconteng’ dengan 1001 maklum balas yang boleh anda lihat di bawah.

Seminar Hartanah Berbaloi

Seminar Hartanah Berbaloi 1

Terima kasih kepada mereka yang memberikan maklum balas. Ternyata ianya menjadi pemangkin untuk aku mempersembahkan  perkongsian yang lebih jitu demi memandaikan anda semua.

Agak menyedihkan juga bila mana salah seorang peserta Kelas semalam yang sepatutnya hadir, telah menerima takdir Allah untuk menemuiNya sebelum sempat aku bersemuka dengan beliau. Buat Mohd Azali (Allahyarham), doaku moga engkau damai di sana dan ditempatkan dari kalangan mereka yang beriman. Al-Fatihah.

P/S : Buat orang-orang Sabah, pendaftaran untuk Seminar Hartanah di sana masih lagi dibuka dan berbaki seperti berikut :

  • Kota Kinabalu – 13 kekosongan
  • Tawau – 12 kekosongan

Pendaftaran boleh dilakukan di —> SINI.

3 Comments

  1. ohcikgu July 20, 2014
  2. Azwan Anuar July 20, 2014
  3. akubiomed July 20, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge