Kelas Hartanah Siri 40 : 4 Jam Yang Padat

4 jam yang amat padat.

Itulah yang mampu aku katakan bagi mengulas perihal kelas hartanah aku sabtu lepas. Walaupun khalayaknya kecil, namun banyak perkara yang disoal. Banyak jawapan yang berjaya diselongkar, dan banyak ilmu hartanahku yang berjaya dibongkar.

Kelas kali ini diuji dengan masalah teknikal projektor pada awalnya. Alhamdulillah segalanya selesai sebaik sahaja kabelnya ditukar. Setiap topik dikupas sebaik mungkin dan memandangkan tidak ada speaker banker yang dijemput, tips mudah lulus pinjaman akhirnya dipersembahkan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman 15 tahun aku sebagai ex-banker.

Aku dapat rasakan kelas kali ini agak santai penyampaiannya. Tanpa ada ilmu yang aku selindungkan. Respon dari para peserta juga memudahkan lagi perjalanan kelas ini. Terima kasih buat mereka yang hadir.

Seperti yang dijanjikan kepada beberapa orang peserta, aku kongsikan momen-momen yang berjaya di’snap’ oleh jurukamera upahanku semasa kelas berlangsung. Buat anda yang teruja untuk mengikuti siri kelas berikutnya, pendaftaran telah pun dibuka di link –> INI.

Kelas Hartanah Siri 40

Kelas Hartanah Siri 40

Bersama peserta kelas hartanah siri 40

Bersama para peserta kelas hartanah siri ke 40

One Response

  1. Kereta Sewa Shah Alam August 3, 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge