• Pendaftaran Seminar
  • Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Blog Abang Ensem

Info & Tips Hartanah...

  • Utama
  • Biodata
  • Ebook
  • Hubungi Saya
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / seminar / Kelas Hartanah Siri 43, Hampir Batal

Kelas Hartanah Siri 43, Hampir Batal

abangensem · 4 October 2015 · 6 Comments

Kelas hartanah yang berlangsung semalam (3 Oktober 2015), hampir-hampir aku batalkan. Manakan tidak, 8 hari sebelum berlangsungnya kelas, hanya 4 orang yang telah mendaftar dan jika diikutkan pengalaman lampau, sudah pasti jumlah yang kurang dari 10 bakal memenuhi ruang.

Panik.

Grup whatsapp SLKK menjadi ruang aku melepaskan tekanan. Alhamdulillah, rakan-rakan memahami dan seterusnya membantu. Status promosi mereka viralkan dan hasilnya,

MIRACLE HAPPENS !!

Kuasa Allah. Sasaran 30 peserta berjaya dilangkaui. Beberapa peserta luar daerah mula mendaftar. Yang terbang dari Kelantan. Yang memandu tanpa lelah dari Johor Bahru telah turut hadir. Yang mendaftar secara walk-in tidak terkecuali. Terima kasih buat mereka yang membantu mengviralkan.

Puas hati.

Itulah perasaan aku, usai berakhirnya sesi pagi petang kelas semalam. Walaupun dengan dugaan ketidak-hadiran rakan bankerku, muncul Hafiz Ejen Lelong menawarkan diri untuk berkongsi ilmu lelong. Malah menolak sebarang imbuhan dari aku. Walaupun aku agak terkilan, namun aku menghormati kemahuannya.

Mukarram,  subletter bagi rumah-rumah sewaku ternyata tidak menghampakan. Walaupun diminta untuk tidak berada di dalam kelas subletnya, tetapi maklum balas yang aku terima, tidak menghampakan. InshaaAllah, jika ada permintaan, akan aku teruskan slot sublet ini.

Slot sublet sedang dilangsungkan
Slot sublet sedang dilangsungkan

Akhir kalam, sekali lagi ucapan terima kasih buat yang sudi mendaftar dan menghadirkan diri. Maaf di atas segala kekurangan, sekiranya ada.

Sebahagian peserta yang hadir
Sebahagian peserta yang hadir
 
Tweet

Related posts:

  1. Kelas Hartanah Siri 40 : 4 Jam Yang Padat
  2. Kelas Hartanah Siri 39, Paling Ramai
  3. Kelas Hartanah Siri 27
  4. Kelas Hartanah Siri 29 : Kata ‘Nista’ Diterima
  5. Kelas Hartanah Siri 27, Satu Eksperimen

Filed Under: seminar Tagged With: kelas hartanah abang ensem, seminar sublet

Reader Interactions

Comments

  1. ruggedmom says

    4 October 2015 at 9:26 pm

    kalau ada kesempatan nak join kelas sublet. Walaupu dah tahu serba sedikit mungkin ada benda baru utk dipelajari.

    Reply
  2. eyriqazz says

    5 October 2015 at 1:57 pm

    Hohoho,tak inform aku hafizinfolelong pun datang..kalau x confirm gua join sekaki…
    eyriqazz recently posted..Anugerah Digi WWWOW Kembali

    Reply
  3. kaki pelangi says

    6 October 2015 at 10:43 am

    seronok kalau dapat sertai sama. satu hari nanti. In Shaa Allah

    Reply
  4. Bard says

    10 October 2015 at 11:32 am

    Assalam AE,

    Saya selaku newbie dalam bidang ini amat memerlukan seminar seperti ini.. Pasti saya akan join seminar akan datang..

    Reply
  5. Kereta Sewa Shah Alam says

    12 October 2015 at 10:38 am

    Alhamdullilah rezeki tak putus2 bro. Ada je orang nk pergi seminar hartanah bro. Kasi turun ilmu menderem sikit bro keke.
    Kereta Sewa Shah Alam recently posted..Kereta Sewa MPV Exora dari Admin Kereta Sewa

    Reply
  6. Kereta sewa subang says

    31 October 2015 at 11:37 am

    Alhamdulillah…. insyaAllah…. semuandipermudahkan olehNya jika kita ikhlas.

    Reply

Leave a Reply to eyriqazz Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Artikel Terkini

  • Tips Setel Loan Paling Jahat
  • Sesi Kocing Johor #2
  • Seminar Hartanah Johor : Ujub Menyentap Jiwa
  • Sesi Kocing Johor #1
  • Tekak Kering

Komen Terkini

  • Azman on Seminar Hartanah Terengganu : Sendu Bertukar Ceria
  • Azman on Tips Setel Loan Paling Jahat
  • INSURANS/TAKAFUL DALAM PELABURAN HARTANAH | CoachHartanah.com on Insurans/Takaful Di Dalam Pelaburan Hartanah
  • PencariMakan on Tekak Kering
  • Mohamad Helmi Hamdan on Ebook

Arkib

Statistik

ثلاث
12 Jamadil Akhir 1442
Now : Isha (20:33)
Next : Imsak (06:4)
Change location

Copyright © 2021 · Daily Dish Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in