Kelas hartanah yang berlangsung semalam (3 Oktober 2015), hampir-hampir aku batalkan. Manakan tidak, 8 hari sebelum berlangsungnya kelas, hanya 4 orang yang telah mendaftar dan jika diikutkan pengalaman lampau, sudah pasti jumlah yang kurang dari 10 bakal memenuhi ruang.
Panik.
Grup whatsapp SLKK menjadi ruang aku melepaskan tekanan. Alhamdulillah, rakan-rakan memahami dan seterusnya membantu. Status promosi mereka viralkan dan hasilnya,
MIRACLE HAPPENS !!
Kuasa Allah. Sasaran 30 peserta berjaya dilangkaui. Beberapa peserta luar daerah mula mendaftar. Yang terbang dari Kelantan. Yang memandu tanpa lelah dari Johor Bahru telah turut hadir. Yang mendaftar secara walk-in tidak terkecuali. Terima kasih buat mereka yang membantu mengviralkan.
Puas hati.
Itulah perasaan aku, usai berakhirnya sesi pagi petang kelas semalam. Walaupun dengan dugaan ketidak-hadiran rakan bankerku, muncul Hafiz Ejen Lelong menawarkan diri untuk berkongsi ilmu lelong. Malah menolak sebarang imbuhan dari aku. Walaupun aku agak terkilan, namun aku menghormati kemahuannya.
Mukarram, subletter bagi rumah-rumah sewaku ternyata tidak menghampakan. Walaupun diminta untuk tidak berada di dalam kelas subletnya, tetapi maklum balas yang aku terima, tidak menghampakan. InshaaAllah, jika ada permintaan, akan aku teruskan slot sublet ini.

Akhir kalam, sekali lagi ucapan terima kasih buat yang sudi mendaftar dan menghadirkan diri. Maaf di atas segala kekurangan, sekiranya ada.

kalau ada kesempatan nak join kelas sublet. Walaupu dah tahu serba sedikit mungkin ada benda baru utk dipelajari.
Hohoho,tak inform aku hafizinfolelong pun datang..kalau x confirm gua join sekaki…
eyriqazz recently posted..Anugerah Digi WWWOW Kembali
seronok kalau dapat sertai sama. satu hari nanti. In Shaa Allah
Assalam AE,
Saya selaku newbie dalam bidang ini amat memerlukan seminar seperti ini.. Pasti saya akan join seminar akan datang..
Alhamdullilah rezeki tak putus2 bro. Ada je orang nk pergi seminar hartanah bro. Kasi turun ilmu menderem sikit bro keke.
Kereta Sewa Shah Alam recently posted..Kereta Sewa MPV Exora dari Admin Kereta Sewa
Alhamdulillah…. insyaAllah…. semuandipermudahkan olehNya jika kita ikhlas.