Kelas Sublet, Pembuka Tirai 2016

Alhamdulillah.

Semalam telah berlangsungnya Kelas Sublet 2.0 sebagai pembuka tirai sesi perkongsian ilmu pelaburan untuk tahun 2016 ini. Alhamdulillah juga, sambutan peserta amat mengujakan di mana seramai 35 orang telah menghadirkan diri. Ternyata ianya telah melangkaui angka 30 peserta seperti jangkaan awal aku.

Kelas dikendalikan oleh subletter rumah-rumah sewa aku iaitu, Tuan Mukarram yang baru sahaja beberapa hari pulang dari mengerjakan umrahnya. Sepertimana kelas sebelum ini, maklum balas yang aku terima amatlah memuaskan dan inshaaAllah akan aku pertimbangkan untuk Kelas Sublet yang berikutnya.

Selain dari Kelas Sublet ini, 2 lagi siri perkongsian ilmu hartanah bakal aku anjurkan pada bulan Januari ini yakni, Kelas Hartanah Siri 45 yang aku jadikan acara bulanan dan juga Jelajah Hartanah 2016 aku di Johor Bahru pada penghujung bulan ini. Agak mengejutkan aku bila mana kedua-duanya telah pun mencapai amaun maksimum penyertaan peserta dan buat masa ini pendaftarannya terpaksa aku tutup sehingga aku berjaya mendapatkan ruang bilik yang lebih besar lagi.

Selain dari perkongsian ilmu anjuran aku, aku juga agak teruja melihat beberapa siri seminar lain yang turut dianjurkan pada bulan ini seperti,

Mudahnya Beli Rumah

Nyata ianya merupakan satu seminar ‘mampu-bayar’ kerana fi seminarnya yang agak rendah (RM50.00 sahaja) dan adalah menjadi satu kerugian sekiranya para pelabur terutamanya yang ‘newbie’ tidak merebut peluang sebegini.

Tidak terkecuali, bulan ini juga memperlihatkan kemunculan sebuah lagi ebook hartanah buat anda. Perinciannya boleh anda baca di –> SINI dan bagi merancakkan perkembangan ilmu ini, aku turut ingin menawarkan 2 ebook aku secara PERCUMA sebagai tambahan di atas pembelian anda terhadap ebook ini. Anda hanya perlu memaklumkan pembelian anda ke e-mel ebookhartanah@gmail.com untuk menebus ebook PERCUMA ini.

Jadi, apa tunggu lagi, dapatkannya sebelum promosi ditutup.

4 Comments

  1. Sync January 3, 2016
  2. faris aiman January 3, 2016
  3. #shahzaidi January 4, 2016
  4. Kereta Sewa Shah Alam January 8, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge