Kena Sindir

BDDH4

“Wah!! Makin kaya la Bro sekarang ye” – Mamat Jeles.

“Kenapa pulak?” – AE.

“Dah dok jual buku orang lain. Hari-hari dok promote kat FB. Mesti masyuk kan? Sebab follower pun dah ramai. Pandai Bro amik kesempatan” – Mamat Jeles.

Itu antara sms yang aku terima dari seorang follower blog ini. Siapa beliau? Biarlah aku rahsiakan.

Aku dah jangka. Aku dah agak. Pasti akan ada komen-komen sinis sebegini.

buku hartanah

Ya, aku ‘setuju’ dengan statement ‘ambil kesempatan’ tapi semuanya dilakukan berlandaskan sebab-sebab berikut :

  1. Aku ingin memandaikan bangsaku dalam dunia hartanah.
  2. Aku ingin memudahkan bangsaku yang tidak punya masa untuk mencari buku.
  3. Aku ingin membantu rakan-rakan penulis hartanahku menonjolkan karya mereka.

Apalah sangat untung RM5-10 sebuah buku jika dibandingkan dengan penat-lelah aku ke sana ke mari mengambil stok buku, membeli sampul pos laju, mengambil sedikit masa famili aku untuk mengepos buku. Belum lagi masa yang aku peruntukkan untuk meneliti butiran pembeli, mengisi sampul Pos Laju dan aku dapat rasakan ada di antara para pembeli yang terkejut apabila menerima mesej tracking code aku jam 1-2 pagi.

Aku boleh untuk berhenti mempromosi. Aku tidak kisah kehilangan ‘sedikit’ wang tapi aku tak sanggup melihat bangsaku mundur ke belakang. Aku tidak rela melihat rakan penulisku tercari-cari platform untuk menjual buku mereka dan aku akan terus melakukan apa yang aku lakukan ketika ini. Terpulanglah kepada anda untuk menilainya. Justeru, judul-judul di bawah adalah antara tajuk-tajuk yang boleh anda beli.

  1. Buat Duit dengan Hartanah (Wan Infolelong) – RM35.00
  2. Panduan Lengkap Bisnes Sublet (Wan Infolelong) – RM35.00
  3. Panduan Lengkap Flipping Rumah Lelong (Wan Infolelong) – RM35.00
  4. Jejak Pelabur Hartanah (Dr Shah Razali) – RM35.00
  5. Bijak Melabur Edisi Rumah Lelong (Shafie Bustan) – RM35.00
  6. Ikon Hartanah #1 More Round (Mohd Ali Majis) – RM50.00
  7. Majalah Prospek Hartanah – RM8.00

Kos penghantaran – RM6 (Semenanjung) & RM10 (Sabah/Sarawak)

Jika anda berminat, anda hanya perlu meng-emelkan tajuk-tajuk yang ingin anda beli ke bukuhartanah@gmail.com.

Setel.

22 Comments

  1. Yeen September 29, 2014
  2. Faris Azaki September 29, 2014
  3. Denaihati September 29, 2014
  4. Basri September 29, 2014
  5. AHmad ijat September 29, 2014
  6. elly-daily September 29, 2014
  7. Khadeejah Hasmad September 29, 2014
  8. Hafizul September 29, 2014
  9. Custom.my September 29, 2014
  10. eyriqazz September 29, 2014
  11. INFOKINI.MY September 29, 2014
  12. sohoque September 29, 2014
  13. pendekar September 29, 2014
  14. Nurul Fazreen Othman September 29, 2014
  15. nashar September 29, 2014
  16. yopi September 29, 2014
  17. fazrol September 29, 2014
  18. Ain September 30, 2014
  19. ohcikgu September 30, 2014
  20. asnida October 3, 2014
  21. Mohamad Alkarim October 10, 2014
  22. ummi mra October 15, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge