Kenali Potensi Diri

Ramai yang teruja bila entri side income aku dipaparkan minggu lalu sehinggakan ada di kalangan blogger tersohor menjadikan gambar penyata bank aku sebagai entri di blognya. Ya, bunyinya nampak mudah tetapi hakikatnya tidaklah semudah yang disangka.

Teringat aku kepada sahabat baikku, Cikgu Kamil yang pernah memberitahu aku sekembalinya dari siri ceramah Dr Azizan di Ipoh beberapa tahun yang lalu.. “Kita kena tahu KEKUATAN DIRI kita dahulu, barulah kita boleh susun strategi bagaimana nak mendatangkan kekayaan kepada diri kita dan itulah yang dia maksudkan dengan KENALI POTENSI DIRI dan aku percaya ko pun dah tahu kekuatan ko kan?” dan bila aku tanya balik “Apa kekuatan aku yang ko rasa?“. Dijawabnya dengan selamba “Ko ni pandai mengencing. Semua benda fakta ko boleh kencing untuk bagi benda tu nampak lebih menarik.. hahaha“.

Boleh ke aku jadi macam Brader ni?

Ya, aku memang pandai bab-bab nak ‘menambah perisa’ di dalam cerita tetapi aku masih lagi tidak mengetahui cara untuk aku mempergunakan potensi aku ini sehinggalah awek department sebelah yang hampir setiap hari aku ayat berkata “Encik Meor, saya rasa daripada awak sibuk mengayat saya untuk keluar lunch dengan awak, adalah lebih baik rasanya kalau awak gunakan kelebihan awak tu untuk buat buku dan bercerita tentang apa yang awak ada sebab ayat-ayat awak memang menarik untuk didengar walaupun saya ‘tak terpikat’ langsung kat awak” dan bertitik tolak dari situlah aku cuba hasilkan tulisan-tulisan berilmiah secara santai di dalam blog ini sebelum keyakinan diri aku terbina untuk menghasilkan ebook dan mengendalikan seminar. Hasilnya.. alhamdulillah sememangnya di luar jangkaan saya. Untuk itu aku amat berterima kasih kepada 2 insan di atas (Cikgu Kamil dan Cik Azizah) kerana mencungkil potensi diri yang aku ada.

Namun ini tidak bermakna korang pun boleh jadi seperti aku kerana setiap dari kita dijadikan dengan kelebihan masing-masing dan apa yang perlu korang lakukan ialah kenali diri korang dahulu. Apa kelebihan yang korang ada? Apa kelemahan yang korang boleh perbaiki? Apakah peluang yang korang boleh ambil dari kelebihan korang tu? Jika semua jawapan tersebut dapat korang jawab, maka tidak mustahillah korang akan jadi lebih berjaya dari apa yang korang kecapi sekarang, tidak kiralah samaada dari aspek pelaburan hartanah mahu pun dari sisi pelaburan yang lain. Apa pun aku doakan semoga di tahun baru ini, korang akan lebih berjaya dari tahun yang sebelumnya.

AE : Aku kagum dengan Brader ni yang mulai tanggal 1 Januari ini tidak perlu lagi bekerja makan gaji setelah kelebihan dirinya berjaya dikenal pasti. Gua caya lu la Bro.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge