Masih ada yang tidak puas hati bila aku katakan yang aku berhenti sebab aku nak buat apa yang aku suka. Kata mereka lagi..
“Macamana lu nak dapat income kalau benda yang lu buat tu belum tentu mendatangkan pendapatan selumayan gaji lu sekarang”
Ya, aku akui yang aku sebenarnya memperjudikan nasib aku sekarang. Memang saat ini aku menerima imbuhan yang agak besar setiap bulan dari majikan aku tetapi jika aku tidak ‘mencuba’, mana mungkin aku tahu samaada apa yang aku lakukan nanti bakal beroleh pendapatan yang setimpal dengan gaji aku sekarang atau pun tidak.
Ya, selama ini menerusi aktiviti berblogging aku telah berjaya menghasilkan pendapatan sampingan sekitar RM4K sebulan tetapi korang harus ingat yang semua itu terhasil pada kadar promosi yang kurang dari yang sepatutnya. Ya, aku berpromosi pada kadar kurang dari 50% dan dalam keadaan tersebut, aku masih mampu lagi untuk menjana pendapatan sekitar RM4K dan cuba korang bayangkan, sekiranya aku ‘all out’ menghebahkan produk ebook beserta siri seminar aku di facebook, twitter dan media sosial lain secara terbuka, malah mungkin sehingga terpaksa membeli iklan di akhbar seperti yang dilakukan oleh Dr Azizan, adakah amaun yang sama bakal aku perolehi?
“Kalau betul kata lu, kenapa sebelum ni lu tak buat?” – soalan lanjutan dari mereka yang tidak memahami.
Jawapannya mudah. Kerana aku terikat dengan majikan aku dan satu insiden yang berlaku beberapa bulan yang lalu telah membawa aku untuk berfikir kembali tentang perlunya aku bertindak.
Ya, jemputan dari Tim Dr Shah Razali, seorang pakar hartanah yang ingin menjadikan aku sebagai salah seorang speaker untuk Simposium Hartanah berkapasiti besar yang khabarnya akan diberi liputan oleh pihak media telah terpaksa aku tolak atas sebab ‘terikat’ dengan pihak majikan. Penolakan yang sebenarnya mampu membawa aku untuk pergi lebih jauh dibuat semata-mata kerana TAKUT dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak majikan. Malah bukan setakat itu sahaja, peluang yang diberikan oleh Tuan Faizul Ridzuan untuk menghasilkan versi Bahasa Melayu untuk buku WTF beliau telah turut aku tolak atas sebab yang sama dan semua itu sebenarnya membuatkan aku sedikit kecewa dan untuk tidak terus kecewa, aku nekad mengambil tindakan ini. Malah setelah berkonsultasi dengan beberapa kenalan rapat aku perihal rancangan ‘tindakan’ aku ini, rata-rata memberikan respon yang positif kerana mereka percaya yang aku boleh berjaya satu hari nanti.
Harapan aku selepas ini tiada lagi yang akan bertanyakan soalan yang sama kepada aku kerana entri ini sengaja ditulis bagi merungkaikan apa yang terbuku di hati aku selama ini.
AE : Dan sekiranya apa yang aku rancangkan tidak menjadi, the only alternative that I have is… to be a DIVER because.. (please scroll down)
|
|
|
|

Sebab aku percaya yang susuk tubuh aku yang kecil molek ini sememangnya sesuai untuk menghadiahkan 1st gold medal untuk Malaysia nanti. Maklum je la susuk tubuh yang macam aku ni la yang buat air kolam tak berkocak.











Boleh bro.. Lu mmg sesuai jadi atlet negara…
Aslam recently posted..Info Malam Lailatul Qadar
tak cuba tak tahu..
(bila la aku nk cuba berenti keje plak)
shahril sidek recently posted..New rate for studio apartment at Tiara Beach Resort, PD.
boleh ganti chong wei nih..hehe
ohcikgu recently posted..Sejarah Lambang Bulan dan Bintang dalam Islam
manjadda wajadda- org berusaha pasti berjaya..amin.
All out bro ae..yg bulat xkn dtg bergolek….yg comel xkn dtg melayang..yg ensem….(smbg sndiri)
ishy77 recently posted..Mengidam Tat Nasi Ayam lagi
bro sesuai jadi ahli gusti bro…hik3….
eyriqazz recently posted..Suami Awak Hensem tapi
lari dalam guni je kot? he he…
anyway good luck… Mmg boleh punya… AE kan berbakat…
Dengan muka yg ensem, kalau all out, lagi masyuk…
fazrol recently posted..Namewee kutuk Lin Dan!
baru je nk tnya soklan napa quit… seb baik abe ensem dh wat post nih…
cikcloudy recently posted..Pandelela Rinong
Cis, best giler entri ni. hahaha. admire your writing skill.
halif recently posted..Persiapan Menjelang Aidil Fitri
tak sanggup tengok lu dalam swimming trunk. please dont
ariff recently posted..Ebook Kedua
Rasanya semua tu salah, Bro AE sesuai untuk Renang Berirama kena dgn badan ketak tu..
ReM recently posted..Dah bayar ke Cukai Taksiran Anda?
Pedulikan mereka bro. Kalau bro yakin dengan apa yang bro nak lakukan, teruskan saja. Asalkan ia membawa kejayaan dan kebaikan.
kepingin nak tgk AE berlari disamping Usain Bolt. =)
Man recently posted..Johari Pain Terkenal Sekelip Mata
Ha ha tak sabaq M nak tengok Abg Ensem nak wat Extra Sommersault
Si matatajam recently posted..Contest: Ucapan Selamat Hari Raya to Eqbal Zack…
InsyaAllah, lagi banyak rezeki datang lps berenti kerje nii..
Sile jangan bagi saye berdose membayangkan AE masuk acare terjun tu di bulan2 pose ni… ishkkk…
Nadot recently posted..Suami Gatal di Jalan TAR
mohon masukkan sekali nama blog saya kalau nak buat iklan dalam paper tu ye. heh heh
boni kacak recently posted..Tragedi Di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR)
pergh!!!!!!!!!!!! finally!!!!!!!! dah boleh komen kat blog abam misai ni..hahaha
boni kacak recently posted..Tragedi Di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR)
saya setuju jer ngan apa yang AE buat, bila tgk balik rasanya x rugi pon, AE ada ebook untuk dijual, AE ada seminar untuk tampung kehidupan bulanan, AE ada backup pasif positif income dari rumah yang disewa dan AE ada ramai kaki Hartanah yang support dari belakang. So xda apa pon, boleh survive punya, hehehe
Juan recently posted..Kejayaan punca kegagalan?
Satu tindakan berani dari AE.. Saya sokong AE..
Sedangkan ulat yang tinggal dalam batu pun boleh hidup.. Inikan pula AE yang hensem, boleh membaca, menulis, menulis ebook, berblog, berfacebook, bertweeter, bercakap tentang hartanah di khalayak ramai.. dan sebagainya..
Insya Allah.. AE telah melakukan tindakan yang terbaik….
Anuar recently posted..Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati
Terkejut, tp tindakan yang saya akan juga macam AE, Syabas AE……….
# cuba elakan air melimpah keluar bro
Bangsa kita mmg payah nak keluar daripada pardigma makan gaji. Tu OK lagi keje swasta bro. Kalau keje gomen mau kena tuduh ‘kufur nikmat’..hehe
BTW, kena percaya rezeki Allah yang bagi. Apa-apa yang bro buat selagi menepasi landasan-Nya, Allah akan balas dengan sifat Ar_Razzaq. Aku doakan bro success..Insya Allah.
ooo patut la AE brenti kerja…ingtkan duit jer banyak, tapi tawaran kepada masa depan yang lebih cerah pun bykk..hehe..tahniah AE atas kejayaan ini…bukan senang nk senang..kan?
Hafizul recently posted..Lara Cinta Raya
Bro… Semoga rezeki melimpah ruah di hari mendatang… btw pasal terjun kena CANTAS MISAI CARI MAKAN tue… sebab ia tak serap air….ahhahahahaha
hazman aka species1980 recently posted..Berbuka puasa di Restoran Songket bersama OPEN RICE MALAYISA
btindak oleh diri sndri lbih bgs drp btindak atas suruhan org lain..~peace