Kenapa aku tak nak beli rumah lagi?

Tak Nak Beli Lagi!!

Terlalu ramai yang bertanya kat aku samaada kawan rapat aku mahu pun pembaca blog aku “kenapa aku tak beli flat yang kat Bandar Bukit Raja tu kalau betul ianya menguntungkan?” dan jawapan standard aku tak lain tak bukan “aku dah stop beli rumah la”. Jawapan tersebut mengundang soalan susulan seperti “kenapa pulak ko nak kena stop dari beli rumah lagi bro?” dan jawapan jujur dari aku adalah sebab aku tak nak jadi kaya.

Bagi korang yang pernah dengar talk aku atau pun yang sudah pun membeli ebook aku, aku rasa korang pun tahu tujuan aku melabur dalam bidang hartanah ni adalah semata-mata untuk mendapatkan passive income tatkala aku dah malas/takde upaya nak bekerja lagi. Dalam erti kata lain, kesemua sewa yang aku terima tu bakal membantu membiayai kos sara hidup aku bila aku pencen nanti. Semuanya tu dah termasuk dalam matlamat jangka pendek, sederhana dan panjang dalam hidup aku.

Buat pengetahuan korang, ketika aku mula-mula pegang duit gaji aku 14 tahun dulu, aku dah tetapkan untuk membeli at least 10 buah rumah yang boleh generate positive cashflow sebelum umur aku mencecah 35 tahun dan alhamdulillah berkat doa dan usaha aku, matlamat tersebut dapat aku capai dan bila usia aku mencecah 36 tahun, matlamat berikutnya pula adalah melangsaikan hutang kesemua rumah aku (termasuk rumah sewa) sebelum aku pencen supaya cepat la sikit aku dapat passive income tu secara total. Bila dah dapat full rental amount tu nanti, tak ke senang aku nak duduk mengangkang, betul tak?

AE : Bersyukur je la atas apa yang aku ada sekarang ni..

18 Comments

  1. aslam February 21, 2011
    • abangensem February 21, 2011
  2. propertywaltz.com February 21, 2011
  3. matjoe February 21, 2011
    • abangensem February 21, 2011
  4. quicky February 21, 2011
  5. fiz February 21, 2011
  6. ben February 21, 2011
    • abangensem February 21, 2011
      • waht February 22, 2011
  7. Ardi_Starob February 21, 2011
  8. tuanbri February 21, 2011
  9. :-aLCapone- February 21, 2011
    • abangensem February 21, 2011
  10. peruzz February 22, 2011
  11. aslam February 22, 2011
  12. firdaus March 19, 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge