“Kerana Mulut Badan Binasa, Kerana Muka Aku Dipelawa”

Awal pagi semalam, sifu aku yang telah lama tidak ku temui menghubungi aku.

“Bang, ko free tak petang ni? Aku ada berhajat sikit dengan ko ni” – Sifu
“Kalau ada awek, aku on je” – AE
“Kita jumpa lepas ko habis keje. Lokasi – Pelita Jalan Ampang. Awek ramai kat situ, amacam?” – Sifu
“Cantekkkk” – AE

Jam 5.30 – aku dah terpacul kat situ tapi sayang seribu kali sayang, awek yang diharapkan, mamak pula yang ‘enterframe’ keliling aku.

Jam 6.08 – “Sorry bang. Jalan jam depan Tabung Haji tadi” – Sifu
“Ok takdak hal. Nasib baik ada BlackBerry, boleh gak aku layan blogwalking. Ha, apa citer carik aku ni?” – AE

Orang yang banyak berjasa kepada aku

Rupa-rupanya sifu aku ni nak menganjurkan kembali sesi “seminar cara-cara nak buat duit dari blog” setelah penat pusing satu dunia makan angin tetapi untuk sesi kali ini, aku bakal dijadikan ‘maskot’ kejayaan beliau mendidik dan mengajar batch-batch sebelum ini membuat blog. Aku.. speechless.

“Why always me?” tutur aku meminjam kata-kata Mario Balotelli yang tercetak di bajunya setiap kali selepas menjaringkan gol.

“Sebab ko kan ke ENSEM. Lagipun ko ni antara ‘produk akhir’ aku yang paling ‘glemer’ dan ‘femes’ sekarang ni” – Sifu

Speechless lagi aku..

Finally aku bersetuju untuk turut serta sebagai salah seorang guest speaker merangkap ‘maskot’ beliau dan topik yang bakal aku bentangkan nanti, totally lari dari subjek property investment yang aku canang-canangkan sebelum ini. Ya, aku akan bercerita tentang bagaimana dari seorang yang buta IT, aku akhirnya mampu menjana beribu-ribu ‘RM’ dari blog dan semuanya adalah kisah benar tentang diri aku, together with all the proof yang bakal aku tunjukkan, insyaAllah.

Buat korang yang dah jemu dengar aku bercerita tentang property investment, mungkin korang boleh sign-up untuk sesi anjuran 7-Figure Sdn Bhd ni. Butirannya adalah seperti berikut dan jika korang berminat, sila e-mailkan nama, alamat e-mail dan nombor cellphone korang ke daftar@7figure.my.

Tarikh : 12 Februari 2012 (Ahad)
Lokasi : No 93-2 Villa Shoplex, Pudu Impian 3, Jalan Pudu Ulu, Kuala Lumpur
Fi Penyertaan : RM150-00 (hanya untuk 5 orang sahaja)

AE : Agaknya inilah yang dikatakan oleh pepatah melayu moden “kerana mulut badan binasa, kerana rupa aku dipelawa”.. hehehe.

 

15 Comments

  1. Juan January 21, 2012
  2. hazman aka species1980 January 21, 2012
    • abangensem January 22, 2012
  3. eyriqazz January 21, 2012
  4. JAI @ JEJAI January 21, 2012
  5. Labu January 21, 2012
  6. boni January 22, 2012
  7. Zianit January 22, 2012
  8. Zarul Umbrella January 22, 2012
  9. Nurul January 22, 2012
  10. fauzi January 22, 2012
  11. aBu January 24, 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge