Kesian Indonesian Worker Tu..

leaderboard2 denaihati Banner

Soalan :

Salam Abang Di,

Tahniah sebab menang Favourite Business Blog baru-baru ni. Memang power la abang ensem.. hahaha. Saya nak tanya something ni. Kot-kot Abang Di boleh tolong.

Hari tu saya ada pergi tengok rumah saya di Bandar Saujana Putra (undercon). Alhamdulillah dah naik dah rumah tu as per progressive interest punya payment, 80% in progress tapi yang tak bestnya indon-indon kerja buat rumah tu dok ‘lepak’ kat rumah saya. Siap bawa anak bini dan bila saya cerita pada kengkawan saya, mereka cakap saya boleh claim sewa kat developer pasal pekerja kontrak tu duduk dalam rumah saya. Betul ke boleh claim Bang? Kalau betul, camne proper way untuk claim sewa tu?

Minta tolong Abang kot-kot Abang Di pernah dengar kes-kes camni.

-Balak Bergetah-

Jawapan Lawyer Abang Di :

Pertama-tamanya Abang Di tak berapa suka sangat nak layan soalan kaum sejenis dengan Abang Di tetapi disebabkan soalan-soalan sebegini agak ‘rare’, jadi Abang Di rasa eloklah jawapannya Abang Di kongsikan di sini.

Bila soalan ni Abang Di ajukan pada lawyer Abang Di semalam, ternyata ianya merupakan satu ‘kencingan’ dari kengkawan si penyoal kerana selagi rumah tu belum dibayar penuh oleh pihak bank dan juga selagi kunci belum diserahkan kepada si penyoal, maka rumah itu masih lagi di bawah tanggungjawab pemaju dan si penyoal tidak berhak untuk menuntut apa-apa dari pemaju (secara amnya) dan pekerja-pekerja kontrak Indonesia itu (secara khususnya). Cumanya si penyoal boleh membuat satu surat memaklumkan ke’tidak-suka’an si penyoal terhadap situasi yang berlaku kepada pemaju. Namun ianya terpulang kepada pemaju untuk melayan atau tidak surat si penyoal itu.

Diharap jawapan di atas dapat memuaskan hati si penyoal ;)

AE : Ada tak mana-mana awek yang nak bertanyakan soalan kepada Abang Di? Abang Di tak ‘sabra’ untuk menjawabnya.. hehehe.

#sabra = ketidaksabaran yang amat sangat.

This entry was posted in QNA. Bookmark the permalink.

9 Responses to Kesian Indonesian Worker Tu..

  1. KiD says:

    soalan saya tahun lepas pun abang Di tak jawab lagi… sabra je laaaaa
    KiD recently posted..Cek ke 18 dari Nuffnang

  2. Ladfe Amir says:

    kena selesaikan dengan pemaju lak. kalau bawak polis utk tangkap diaorang boleh tak? mana tau takde permit dan passport.
    Ladfe Amir recently posted..Contest Cikai Mac 2013 (Bintang Sukan)

  3. eyriqazz says:

    Takpe,lepas ni tentu ramai awek2 cun yang menyewa pula?
    eyriqazz recently posted..Perkhidmatan Sewa Mesin Chocolate Fountain

  4. sabra je la dengan abang di….

    (Erm, kena suruh awek tolong tanya ni…..)
    Rezduan Bakar recently posted..Khas: Rahsia dan Prinsip Perniagaan Orang Cina

  5. Anarm says:

    dah terjawab persoalan dari balak bergetah tu.. tak sabra.. dapat belajar perkataan baru kat blog ni.. bagus2..
    Anarm recently posted..Pokis @ Kuih Keretapi

  6. azman says:

    Redokan jer lah…. dapat pahala….indon pun manusia gak :)
    azman recently posted..Kelas Asas Fotografi – Tak Rugi Belajar

  7. Juan says:

    bagi saya xpa kot dia duduk, kita memang x suka lihat benda tuh, tetapi xda hal lah sebab rumah kan undercon lagi, nanti kalau rumah dah siap xkan lah depa duduk situ kot, betul x
    Juan recently posted..The Following TV Series – The Best Thriller Drama

  8. lagi elok depa yg duduk dari makhluk lain yg duduk
    shahril sidek recently posted..Kami Sudah Bersedia Untuk Mengambil Kereta Pajak

  9. staibaqhang says:

    Semalam ada mimpi satu kemuskilan yang nak tanya…. nampak gayanya kena upah adik2 kolej yg kiut tlg pm lps ni… wahahahah
    staibaqhang recently posted..Servis webhosting terbaik dari Server Freek

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge