Khawp Khun Khrap Madammondoq & Bangkok House

Mesti korang teruja tengok aku diapit oleh 2 wanita dalam gambar Wordless Wednesday semalam kan? Dan aku rasa bukan setakat teruja, malah korang tertanya-tanya siapakah mereka yang aku selitkan sebagai penyeri gambar aku.

Buat pengetahuan korang, merekalah sebenarnya yang menaja menu buka puasa aku hari Selasa yang lalu selepas aku dinobatkan sebagai salah seorang dari 5 orang pemenang bertuah dalam Contest anjuran Madammondoq tu. Keputusan penuhnya korang boleh baca di link ini. Tahniah untuk aku.. hehe. Tak sia-sia aku pergi praktis makan kat hotel hari Jumaat lepas. At least takde la aku kekok sangat menyenduk segala jenis bubur yang disediakan hari tu.

Pada mulanya aku memang teruja sangat bila mengetahui aku mempunyai peluang untuk berkenal-kenalan dengan beberapa orang famous blogger di event tersebut tetapi bila difikir-fikirkan balik, timbul pula rasa malu sebab blog aku ni jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan blog mereka, ditambah pula dengan ‘self-claim identity’ (bangga diri) yang selalu aku tonjolkan dalam blog ni. Lagilah aku malu nak bersemuka dengan diorang. Mana la tahu kot-kot awek-awek blogger yang datang tu akan berasa ‘kecewa’ bila mana abangensem yang datang nanti tidak se’ensem’ yang diorang harapkan tetapi demi untuk tidak dianggap sombong, aku gagahi juga menebalkan muka aku untuk hadir dan hakikatnya, memang mereka mengakui yang aku ni ensem.. hahaha. Kalau korang tak percaya, sila klik link ini.

Bloggers (Guys & Gals)

Namun tidak semuanya manis bila mana aku turut kecewa di sepanjang sesi buka puasa itu berlangsung. Kenapa?

Kerana aku menghampakan harapan blogger yang datang.

Ya, disebabkan rasa rendah diri yang amat sangat, aku tidak berani menegur blogger-blogger trendy seperti anakperak, uzair dan beberapa orang lagi yang tidak berapa aku kenali (sorry guys sebab tak ingat nama). Malah kehadiran mem aku turut membataskan keinginan awek-awek blogger untuk mendekati aku dan yang mampu aku lakukan, hanyalah bermain mata dengan mereka.. (kalau korang *awek-awek* nak nombor cellphone aku, sudi-sudilah e-mail atau tweet aku nanti).

Kerana aku kecewa dengan nafsu makan aku.

Hasrat hati semasa bulan puasa ni, aku nak cuba tambahkan ‘ketak’ di badan aku dengan berat yang lebih ideal tetapi aku kecewa kerana tidak dapat menahan nafsu melantak aku bila mana lauk-pauk yang terhidang di Bangkok House tu takde langsung yang mematikan selera aku. Hasilnya hampir semuanya aku jamah, dari nasi goreng, kueytiow dan bihunnya ditambah pula dengan pulut yang dicicah dengan bubur sebelum diakhiri dengan ABC sebagai pencuci mulut. Mungkin bunyinya macam mengampu si tuan punya restoran tetapi cuba korang bayangkan kalau anak aku yang jenis memilih makanan pun boleh melahap semua makanannya tanpa bersisa, takkan aku nak kata tak sedap ye tak? Bukan anak aku saja malah Alisya (anak si Eyriqazz yang baru berusia 2 tahun) pun tak putus-putus menghabiskan butter prawn di pinggan Jejai, tidakkah itu menggambarkan yang sajian di restoran itu memang menyelerakan. Lagipun budak kecik tak pernah menipu bab-bab makanan ni.

Apa pun, buat korang yang dah terliur dan menganggap Bangkok House Restaurant ni hanya ada di Shah Alam saja, jangan risau.. masih ada cawangannya di Petaling Jaya (03-79549872) dan apa yang menariknya, cawangan berikutnya yang akan dibuka pertengahan September insyaallah, ialah di tempat lepak malam minggu aku, mana lagi kalau bukan di Sunway Giza Mall, Kota Damansara. So, buat korang yang nak ngeteh dengan aku lepas ni, nampaknya kita dah ada port baru yang bakal menjanjikan lebih ramai awek kat sana.. hehehe. Buat Madam dan Kak Fara (owner Bangkok House Restaurant), ‘saya’ dan family ingin mengucapkan Khawp Khun Khrap di atas majlis buka puasa hari tu. Jasa kalian akan ‘saya’ kenang hingga ke hujung nyawa.

AE : Nampaknya aku dah jumpa tempat makan alternatif sekiranya my favourite Thai restaurant, Famous Thai Restaurant tutup.

 

Related posts:

  1. CONTEST : Berbuka Puasa Bersama Madammondoq Di Bangkok House
  2. Semuanya kerana Madammondoq
This entry was posted in contest, my story. Bookmark the permalink.

6 Responses to Khawp Khun Khrap Madammondoq & Bangkok House

  1. eyriqazz says:

    hik3….tahun depan kena buat satu sesi khas berbuka puasa bersama abangensem…Sponsor by ………………….. Ramai sure akan sponsor nanti tu…

  2. abangensem says:

    Mak aiiii… cepatnya ko komen Bro.

  3. JAI @ JEJAI says:

    Hahaha..nasib baik mem ada kalau tak gua tak tahulah ramai awek yang jatuh pengsan dek suara dalam kelambu abangensem..hahaha

  4. Pingback: Entri buat yang tak puas | Abang Ensem's Blog

  5. akuzle ayu says:

    kitorng laki bini campo ank 2 org bole jadik peneman AE time nk ngeteh kt sana. 5 min call sure kitorg sampe… tahniahler AE jd seorang ‘perut’ yg bertuah…

  6. apaajanews says:

    seronok juga menjelajah blogwalking sambil bace entry entry blogger
    apaajanews recently posted..sibuk nak pergi Funfare

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge