Kisah Rumah Yang Hendak Dilelong

 

Salam brader,

Saya nak bertanyakan pendapat brader mengenai situasi rakan saya.

Beli rumah (leasehold) di area Dataran Otomobil Shah Alam. Loan instalment tersangkut lebih 1 tahun kerana masalah kewangan. Rumah tersebut tidak pula disewakan selama ini. Sekarang bank hantar surat tindakan untuk melelong rumah tersebut dan tarikh lelongan akan dilakukan lebih kurang 14 hari dari tarikh surat lawyer tu. Jumlah hutang terkumpul lebih kurang RM200K. So instalment baru (campur interest) dah mencecah RM1500 per month.

Option yang saya nampak ialah :-

  1. Terpaksalah lelong kalau tak mampu nak tampung instalment bulanan baru (i.e RM1,500 sebulan), masalah lain yang timbul pulak ialah lelongan mungkin pada harga rendah dan ending up kena bayar outstanding loan dengan bank tersebut. Lagi parah ialah nama kena blacklist (loan dulu atas nama dia dan wife dia).
  2. Untuk menjual pula, masa 14 hari tu memang la sukar nak cari buyer, kan? Ditambah pulak property tersebut adalah leasehold. So timing factor (transfer title + loan process) mungkin mengambil masa lama. Latest valuation pulak menunjukkan current price < price bought dulu. So ending up the same thing (i.e. lelong).
  3. Guna EPF wife dia untuk monthly deduction (i.e RM1,500) while continue cari buyer yang interested. Nak guna ejen rumah sure ada commission charge (walaupun berjaya dijual). Tetapi bergantung whether bank boleh accept this new deduction ataupun kena langsai terus hutang dengan bank. Boleh request rescheduling payment ker?

Ada lagi tak cara yang brader fikirkan sesuai untuk digunapakai bagi membantu menyelesaikan isu ini? Kalau ada la…

Sekian, terima kasih.

Hamba Allah yang cuba untuk membantu sebaik mungkin.

Pandangan berdasarkan pengalaman AE :

Perkara sebegini pernah berlaku ke atas seorang rakan saya dan pada mulanya ketiga-tiga cara di atas telah dicadangkan kepada saya tetapi persoalannya, adakah bank bersedia untuk menerimanya kerana prosiding lelongan telah pun berjalan. Jadi apa yang kami lakukan ketika itu ialah :

  • Mencari pembeli yang berminat pada harga yang semestinya rendah tetapi masih mampu menyelesaikan hutang yang sedia tertunggak.
  • Deposit yang sepatutnya diberikan kepada rakan saya tadi (penjual) telah ‘dilencongkan’ ke pihak bank bagi melunaskan jumlah instalment yang terunggak tadi (ada dalam 14 bulan). Ini adalah satu kemestian agar pihak bank dapat menghentikan prosiding lelongan itu tadi.
  • Seterusnya urusan jualbeli dilakukan seperti biasa, dari penyediaan S&P sehingga membawa kepada kelulusan pinjaman manakala jumlah instalment penjual yang berikutnya telah dilunaskan oleh pembeli menerusi lebihan deposit yang sepatutnya diberikan kepada penjual sehingga segala urusan jualbeli itu selesai.

AE : Cuba dapatkan pembeli secepat mungkin sekiranya bunga-bunga ketidakmampuan untuk membayar telah mula mekar.

 

14 Comments

  1. matjoe July 24, 2012
  2. ReM July 24, 2012
  3. wynn78 July 24, 2012
  4. ohcikgu July 24, 2012
  5. eyriqazz July 24, 2012
  6. Anuar July 24, 2012
  7. salfee July 24, 2012
  8. zuan July 24, 2012
  9. Ikhtiar Shah July 24, 2012
  10. Adila July 25, 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge