“Korang ada RM36,000 tak?”

“Korang ada RM36,000 cash tak?”

“Takde..” Nothing much I can say kalau korang takde duit sebanyak tu sebab aku rasa tak ramai pun sebenarnya yang ada cash banyak tu dalam saving (termasuk aku.. huhuhu).

Sebenarnya itulah amaun yang ditunjukkan oleh salah seorang member sekolah rendah aku masa aku mengeteh dengan diorang malam raya hari tu dan amaun tersebut bukanlah jumlah duit yang dia ada dalam saving account dia sebaliknya bil hospital di salah satu pusat rawatan pakar yang perlu dibayar oleh client dia untuk memasukkan ‘balloon‘ ke dalam salah satu injap jantung dia yang tersumbat. Beliau yang merupakan seorang ejen insuran cuba untuk memberi kesedaran (bukan promote) tentang perlunya insurans/takaful dalam hidup kita. Itu kalau satu injap.. bagaimana pula kalau keempat-empat injap yang tersumbat. Jawabnya, korang standby je la dalam RM144,000 (RM36K X 4). The most pun yang korang boleh buat selain dari membuat pinjaman is refinance/jual je rumah yang korang ada, betul tak? Hmmm..

Pucat muka memasing bila dengar RM36K tu

Kami (aku dan 5 orang member yang lain) yang pada mulanya cuba avoid untuk ‘dipancing’ oleh member aku ni sebaliknya terus tertarik untuk membicarakannya dan out of 6 yang ada pada malam tu, hanya aku dengan Cikgu Kamil je yang ada medical card (insurans/takaful). The rest.. samaada polisi diorang dah lapsed atau pun memang tak pernah ada dan mereka ini semua rasa terpanggil untuk buat next appointment dengan member aku tu memandangkan usia diorang yang dah makin lanjut tambahan pula hampir setiap hari kepulan asap rokok ‘menyucikan’ paru-paru diorang, mana tak gabra jadinya. Atas sebab inilah sebenarnya aku lebih mementingkan untuk membayar premium insurans dari membeli kereta ini sepertimana yang disarankan oleh MatJoe baru-baru ini.. hehe.

My medical card. Sorry butir2 kat atas tu terpaksa dikaburkan sebab sum insurednya yang 'ciput'

Sorry beb aku bukannya nak promote korang suruh amik insurans/takaful sebab aku tahu pasti ada yang mempunyai pengalaman ‘ngeri’ bila deal dengan insurance claim dan sebagainya, tetapi pastikanlah yang sekurang-kurangnya korang ada critical illnesses policy sebagai ‘payung’ korang supaya korang takkan menggelabah bila nak kena come out dengan RM36,000 tu.

AE : Korang tahu tak kapsul paling mahal yang ada kat hospital kita ni berharga RM30,000 sebiji? (sumber dari kawan pharmacist aku)

18 Comments

  1. zulkbo November 8, 2011
    • ishy77 November 8, 2011
  2. eyriqazz November 8, 2011
  3. matjoe November 8, 2011
  4. Myvitrd November 8, 2011
  5. wakif November 8, 2011
  6. fieznur November 8, 2011
  7. Sir Marcello November 8, 2011
    • jens January 18, 2012
    • sang kura-kura January 18, 2012
  8. Mohamad Nazri November 8, 2011
    • ishy77 November 9, 2011
      • jens January 18, 2012
  9. azli November 9, 2011
  10. Ombak November 9, 2011
    • LatiffiAziz November 21, 2011
    • sang kura-kura January 18, 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge