Kutipan Dana Sriwani Bulan Ogos 2014

Alhamdulillah.

Momentumnya masih berterusan. Ahli Grup Sriwani masih istiqamah di dalam memberi sumbangan. Jika bulan Jun (klik —SINI) dan Julai (klik –> SINI), dana sumbangan disalurkan untuk projek memberi makan kepada gelandangan, untuk bulan Ogos ini pula sumbangan Dana Sriwani ini telah dipanjangkan kepada Pusat Jagaan Lambaian Kasih yang menempatkan anak-anak yatim, para asnaf yang kurang bernasib baik beserta ibu-ibu tunggal di kawasan sekitarnya.

Sebahagian dari kutipan bagi bulan Ogos 2014

Sebahagian dari kutipan bagi bulan Ogos 2014

Alhamdulillah. Jumlah sumbangan yang berjaya dikumpul untuk bulan Ogos ini adalah sebanyak RM850.00 dan ianya telah aku jadikan sebagai duit raya untuk anak-anak dari Pusat Jagaan ini yang telah menjadi tetamu istimewa di Rumah Terbuka aku bersama Ahyat Ishak Sabtu lalu. Terima kasih buat Bro Ahyat yang telah memperkenalkan aku kepada barisan penjaga Pusat Jagaan ini. Sempat juga aku bertanyakan kos operasi bulanan mereka dan ternyata amaun yang dikhabarkan agak besar jumlahnya. Namun sepertimana yang diberitahu oleh penjaga Pusat ini, rezeki mereka seakan telah diaturkan secukupnya olehNya, walaupun punca rezeki mereka hanyalah menerusi perniagaan kecil-kecilan yang diusahakan. Ternyata kisah mereka amat mengesankan aku, membuatkan aku berhasrat untuk menambahkan lagi jumlah penyumbang di dalam Grup Sriwani yang aku usahakan ini agar sebahagian dana dapat disalurkan kepada Pusat Jagaan ini.

Oleh itu buat mereka yang berminat, bolehlah PMkan hasrat murni anda itu di FB Abang Ensem dan syarat penyertaan kemasukan ke Grup ini adalah mudah, anda hanya perlu menyumbangkan RM50 setiap bulan ke akaun Public Bank (No Akaun : 3810296211) dan inshaaAllah, anda akan dimasukkan ke dalam grup whatsapp kami.

2 Comments

  1. Denaihati August 11, 2014
  2. Hafizul August 12, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge