Kutipan Dana Sriwani Bulan September 2014

Sengaja aku lambatkan pengumuman berkaitan jumlah kutipan bagi bulan ini. Sangkaku, tiada siapa yang akan ingat. Namun, alhamdulillah masih terdapat beberapa individu yang masih mengotakan janji mereka untuk menyumbang ke tabung amal blog Abang Ensem bagi urusan kebajikan seperti 3 bulan sebelumnya.

Jika bulan Jun dan Julai, dana ini disumbangkan untuk projek menyantuni gelandangan, dana bagi bulan September ini pula inshaaAllah akan diinfaqkan kepada Pusat Jagaan Lambaian Kasih yakni pusat jagaan anak-anak yatim dan kurang bernasib baik yang telah menerima duit raya dari penyumbang Dana Sriwani bulan Ogos yang lalu.

Sriwani Sep 14

Besar harapan aku agar konsistensi sumbangan dapat diteruskan lagi di masa akan datang sebagai saham akhirat buat aku dan para pembaca blog ini, inshaaAllah.

Terima kasih semua.

3 Comments

  1. ainun September 9, 2014
  2. eyriqazz September 9, 2014
  3. Denaihati September 10, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge