Kutipan Projek Sriwani Bulan Julai 2014

Jika bulan lalu sejumlah RM500.01 telah bejaya diperolehi, namun sesuatu yang mengejutkan aku telah berlaku bulan ini bila mana sejumlah RM1,883.74 (RM400 disumbangkan ke akaun Maybank aku) telah disumbangkan oleh pembaca blog ini. Sila rujuk gambar di bawah :

Projek Sriwani Julai 2014 A

Projek Sriwani Julai 2014

Rezeki Ramadhan ini telah pun aku pindahkan ke akaun Pertubuhan Kembara Amal (PeKA) yang bakal menganjurkan Program Amal : Sahur Untuk Gelandangan yang bakal berlangsung lewat malam nanti (10 malam hingga 2 pagi) di sekitar ibu kota dan sejumlah 16 orang pengikut blog ini akan turut menyertainya, di mana tempat berkumpulnya adalah di Bangunan Baitul Ummah MAPIM, Kampung Baru. Aturcara program boleh anda baca di keratan di bawah :

Sahur Untuk Gelandangan

Bagi pihak aku, jutaan terima kasih di atas sumbangan anda. Semoga bulan-bulan yang akan datang kita mampu untuk beristiqamah menyumbang bagi projek-projek gelandangan ini. Buat anda yang berminat untuk menyumbang di masa depan, akaun yang perlu anda ‘bank-in’ adalah Akaun Public Bank bernombor 3810296211 di bawah nama AE Consultancy Services.

One Response

  1. Denaihati July 9, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge