Kutipan Projek Sriwani Bulan Jun 2014

Alhamdulillah.

Tanpa sebarang harapan menggunung, jumlah kutipan bagi Projek Gelandangan Sriwani untuk bulan Jun telah berjaya mengumpulkan RM500.01 dari kalangan pembaca blog ini. Jumlah tersebut dapat anda lihat menerusi screen shot berikut :

Kutipan Projek Sriwani Jun 2014

InshaaAllah amaun ini bakal aku panjangkan kepada rakan-rakan NGOku, Tuan Khir Ariffin (PeKA) dan Tuan Mohammad Seth (UNGGAS) yang sering turut serta di dalam aktiviti mendekati komuniti gelandangan ini minggu hadapan.

Buat anda yang terlepas untuk menyumbang, peluang masih terbuka walaupun tarikh akhir 5hb telah terlangkau. Ini kerana sumbangan selepas tarikh tersebut akan aku kumpulkan untuk dana bulan hadapan (Julai) nanti dan aku amat-amat berharap sekiranya jumlahnya nanti mampu mengatasi jumlah bulan Jun ini. Almaklum sahajalah bulan Julai nanti merupakan bulan yang dinanti-nantikan oleh kita, para muslimin yakni kehadiran hari raya aidil fitri. Moga-moga sumbangannya nanti mampu memberikan kegembiraan kepada golongan ini, inshaaAllah.

Buat mereka yang tidak mengetahui nombor akaun bagi dana ini, suka untuk aku siarkan sekali lagi akaun Public Bank AE Consultancy Services bernombor 3810296211 untuk anda salurkan sumbangan anda dan bagi setiap sumbangan yang anda lakukan, aku dahului dengan ucapan, jazakallahu khairan kathira.

3 Comments

  1. Anuar June 7, 2014
  2. Wak Jay June 7, 2014
  3. Denaihati June 7, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge