Akhir-akhir ini aku kerap menerima e-mel berkaitan projek-projek terbaru di sekeliling aku dan hampir separuh darinya pasti menampilkan 2 ikon hartanah bumiputera tanahair di dalam ‘mini talk’ mereka. Ikon yang aku maksudkan, pastinya Ahyat Ishak dan Faizul Ridzuan. Lazimnya, pasti topik berkaitan strategi hartanah menjadi tajuk mereka.
Namun, e-mel terbaru yang aku terima agak berbeza dari kebiasaan. Tanpa sebarang promosi projek. Tanpa sebarang pandu arah ke tapak projek, sebaliknya yang ada hanyalah pengisian dan perkongsian ilmu hartanah. Malah ilmunya itu juga agak berbeza kerna buat pertama kalinya topik ‘Pengurusan Hartanah’ menjadi terajunya sambil diselitkan dengan tajuk ‘Ramalan Pasaran Hartanah 2016’.
Dan penceramah yang ditampilkan adalah mereka yang sememangnya mahir dalam bidangnya. Selain Ahyat Ishak yang tidak perlu diperkenalkan lagi, Tuan Amsyari Zarir dan Puan Norisah Ibrahim adalah 2 peneraju di dalam lapangan Pengurusan Hartanah ini. Jadinya, adalah menjadi satu kerugian sekiranya anda tidak mengambil peluang menghadirinya.
Bila, di mana dan jam berapa? Segalanya boleh anda lihat di banner ini,
Salam ukhuwah. Ramalan Pasaran Hartanah 2016 mungkin ada kelainan yang ingin dikongsikan dalam majlis itu nanti.
untung sape dapat pergi
Esok la seminarnya ni, bagusnya ilmu hartanah ni boleh apply untuk diri sendiri buat pelaburan jangka masa panjang
Noriza Rahman recently posted..5 Hari Terindah Lalui Cabaran Detoks dan Clean Eating