Laluan Bas Faktor Kenaikan Kadar Sewa

Rupa-rupanya ramai yang teruja dengan TipHartanah yang aku kongsikan beberapa hari lepas berkaitan laluan bas yang menjadi sebab kenaikan sewa rumah. Dari komen dan maklum balas yang aku terima, rata-rata dari mereka tidak pernah terfikir akan rasionalnya dan alhamdulillah, aku telah diberikan ilham olehNya ketika menentukan kadar sewa bagi unit flat di Seksyen 7 beberapa tahun yang lalu.

Segala-galanya bermula dengan pengalaman ketika bergelar pelajar ITM 16 tahun yang lalu. Satu ketika dahulu, kelas jam 8 pagi merupakan satu nightmare bagi penuntut seperti aku. Lebih-lebih lagi ketika itu aku menginap di Kolej Jati yang terletak di luar dari kawasan ITM. Kebiasaannya aku hanya mampu bergayut di pintu Bas No 2 semata-mata untuk tidak terlambat dari menghadiri kelas awal pagi dan bertitik-tolak dari pengalaman inilah, aku menyedari kelebihan memiliki unit flat yang menjadi laluan bas paling awal dari Kelang menuju ke Kampus UiTM. Justeru, di kala kebanyakan unit meletakkan RM500 sebagai tanda harga sewa mereka, aku telah pun menetapkan RM700 sebulan dan alasan laluan bas inilah yang biasanya membuat para penyewa aku terpaksa menyanggupi kadar sewa yang aku tetapkan. Manakan tidak, walaupun diorang terlambat bangun pada pagi itu, tetapi mereka masih berpeluang untuk menaiki bas yang bakal lalu kerana bus stop mereka adalah bus stop yang terawal yang mengambil penumpang. Bijak kan aku.. hehehe.

AE : Masih terbayang wajah penyewa pertama aku yang ada iras-iras Gaya Zakry, penyanyi dan pelakon retro zaman dulu-dulu. ‘Mari’ tu beb!!

Gaya Zakry

One Response

  1. faizalpj December 10, 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge