Lend Us Your Hand

leaderboard2 denaihati Banner

 

Masih ingat tak lagi korang dengan gadis cun yang bergambar dengan aku penghujung tahun lalu? Jika korang sudah lupa, mungkin ENTRI INI bakal mengembalikan ingatan korang terhadap si manis berwajah Pan-Asian ini.

Kini, aku jejaka yang berwajah ala-ala Eurasian ini bakal berpeluang untuk bertentang mata lagi dengan beliau kerana keprihatinan grup Property & Co untuk meneruskan agenda tahunan ‘Lend A Helping Hand Program’ mereka bagi membela nasib mereka yang kurang berupaya.

9 Disember 2012 bakal menjadi tarikh program tersebut mengambil tempat. Jadi tandakan tarikh tersebut di dalam kalendar korang agar korang dapat turut serta menimba ilmu sambil beramal kerana pelbagai acara sedang dirangka dengan barisan penceramah yang tidak kurang hebatnya dalam bidang pelaburan hartanah ini, malah aku difahamkan jika Robert Kiyosaki boleh berceramah di dalam Bahasa Melayu pasti nama beliau akan turut di’petik’ sebagai penceramah jemputan.. hehehe.

As for me, sepertimana tahun sebelumnya akan turut memberikan sumbangan, di mana bermula dari hari ini sehingga ke tarikh berlangsungnya program tersebut, sebanyak 50% hasil dari jualan ebook aku dan juga komisyen affiliate dari jualan eBOOK INI akan diberikan kepada tabung yang bakal dipilih oleh pihak penganjur itu dan aku harap amaun yang bakal dikutip mampu mengatasi jumlah yang telah disumbangkan pada tahun lalu. Jadi buat korang yang tidak dapat menghadirkan diri pada tarikh tersebut, sudi-sudikanlah untuk menambahkan hasil jualan ebook-ebook ini agar bersama-sama kita dapat menjadi warganegara yang prihatin, insyaAllah.

AE : Siapakah antara barisan penceramah yang korang teringin sangat nak dengar pada sesi program itu nanti?

This entry was posted in Event and tagged , . Bookmark the permalink.

3 Responses to Lend Us Your Hand

  1. invest dlm saham akhirat tu.. moga-moga ROI nya tinggi..
    shahril sidek recently posted..CIMB Mega Auction Last Weekend

  2. ni derma ikhlas ke derma pasal awek cun hahaha …hai Aisyah sambil lambai2

  3. terima kasih AE atas perkongsian ini.
    jom ramai-ramai support the good cause. insya Allah kalau sambutan bagus dan kutipannya bagus, pasti tersenyum pesakit yang akan menerima bantuan ini nanti.
    rohaniah noor recently posted..Jangan beli rumah kat kampung!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge