Letter of Consent

Awal pagi tadi aku dikejutkan dengan satu mesej di FB dari Puan Aznita yang berbunyi :

“I baru baca blog you pasal Mr Bram. Nak tanya, so lepas ni no one can buy even kalau beli through auction (second/third house) for low cost kat Selangor”

Ini bukan kali pertama aku ditanya soalan sebegini, malah aku kerap kali ditanya samaada oleh kawan-kawanku atau pun ketika memberi talk tentang bagaimana aku boleh memiliki sebegitu banyak low cost flat sedangkan setahu mereka low cost flat di Selangor mempunyai banyak sekatan (restriction) dan ianya memerlukan ‘consent’ dari Pihak Berkuasa Negeri untuk urusan pindah milik.

Sebenarnya bukanlah sesuatu yang mustahil untuk memiliki low cost house di Selangor dalam jumlah yang banyak tetapi korang perlulah tahu tentang pihak manakah yang akan mengeluarkan consent bagi rumah yang bakal korang beli itu. Untuk pengetahuan korang, di Selangor ini terdapat 2 pihak yang bertanggungjawab di dalam membangunkan projek perumahan kos rendah ini iaitu pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan juga pemaju-pemaju yang berdaftar dengan Kerajaan Negeri bagi membangunkan sesuatu kawasan. Bagi pemaju yang berdaftar ini, sekiranya mereka ingin membangunkan sesuatu kawasan untuk dijadikan bandar, Pihak Berkuasa Negeri akan mengenakan syarat untuk mereka membangunkan satu kelompok penempatan bagi penduduk ‘kelas bawahan’ dan setelah siap penempatan tersebut, maka adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri untuk memilih para penghuninya. Begitu juga sekiranya terdapat urusan jualbeli atau pindah milik bagi penempatan kelas bawahan ini, maka keizinan (consent) dari Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan Negeri (LPN) amatlah diperlukan dan inilah yang berlaku di dalam kes Mr Bram bila mana pihak pemaju yang membangunkan kawasan Bukit Raja, Klang perlu mendapatkan consent dari LPN dan disebabkan syarat ketat yang dikenakan, maka pembelian Mr Bram kita ni terpaksa dibatalkan gara-gara permohonan consentnya telah ditolak oleh LPN dan ianya berlainan pula dengan consent dari PKNS yang lebih lenient jika dibandingkan dengan LPN. As long as mereka (PKNS) berpuashati dengan alasan jualbeli/tukarmilik korang tu, mereka tetap akan memberikan keizinan walaupun korang telah pun mempunyai beberapa buah rumah kos rendah selama mana rumah tersebut bukanlah rumah kos rendah yang baru. Kenapa pula begitu? Sukar untuk aku menjawabnya. Jadi aku harap korang cuba dapatkan second opinion dari pihak lawyer tentang apa yang aku tulis ini untuk lebih memudahkan pemahaman korang.

AE : Maaf kerana penerangan aku ni agak kelam-kabut. Maklum sajalah bila perut dah kekenyangan makan lauk ‘moreh’, semuanya aku tulis dalam keadaan mata separuh kuyu.. burrrpppp.

5 Comments

  1. AlumniAE_Seminar August 10, 2011
  2. wakif August 10, 2011
  3. zz August 10, 2011
  4. eun-yong August 10, 2011
  5. den anak rombau August 10, 2011

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge