Local or Outstation?

leaderboard2 denaihati Banner

 

Soalan :

Saya nak beli rumah lelong di Penang tetapi saya tinggal di Petaling Jaya. Dimanakah sepatutnya saya membuat permohonan pinjaman, adakah di Penang atau pun di KL/Selangor? Apakah baik dan buruknya?

Terima kasih

Azril

Pandangan AE (berdasarkan pengalaman bekerja di bank) :

Sepatutnya di KL/Selangor iaitu tempat dimana saudara menetap dan bekerja kerana :

  1. Memudahkan kelulusan pinjaman kerana pihak bank di sini dapat memastikan yang tempat kerja saudara itu benar-benar wujud dan saudara sememangnya bekerja di situ.
  2. Memudahkan segala urusan berkaitan pinjaman, dari urusan penghantaran dokumen permohonan, menandatangani dokumen berkaitan di bank sehinggalah ke urusan yang berkaitan dengan peguam bank.

Malah jika ditimbulkan persoalan, bagaimana pihak bank akan tahu lokasi dan value rumah tersebut sekiranya ia jauh dari cawangan bank yang anda memohon. Jawapannya mudah, mereka (bank) akan berinteraksi dengan panel valuer mereka yang paling hampir dengan lokasi rumah tersebut dengan bantuan cawangan bank di Penang bagi mendapatkan value rumah tersebut.

AE : Aku tak risau pasal bank jauh atau dekat tapi yang paling merisaukan aku ialah bagaimana aku nak monitor rumah yang jauh dari ‘penglihatan’ aku.

This entry was posted in my opinion, tips and tagged . Bookmark the permalink.

8 Responses to Local or Outstation?

  1. halif says:

    Setuju bro, memang ni la jawapan standard bila tanya pada pegawai eksekutif bank.

  2. adam dzirhan says:

    Kali ni jawapan standard.. I thought AE will say tengok banker tu, kalau yg dekat Penang tu lagi mengancam…apply jer from sana ..lol
    adam dzirhan recently posted..EPF subsidiary completes purchase of 943ha of Rubber Research Institute land for RM2.28bil

  3. alhamidi says:

    Kalau aku, pilih bank yang officernya familiar dgn kita, pakej bagus dan senang approved. Tak kira lah bank tu branch kat mana pun. Jadi macam kat Bro Pie2020, rumah nak beli kat utara, loan apply kat bank utara, tetiba bank nak valuer KL mai utara.

    Payah gak ceritanya..

  4. buka ‘cawangan’ baru la kalau nak monitor rumah jauh LOL …
    Zarul Umbrella recently posted..Lawak Giler – Akad Nikah Kelantan/Siam

  5. ReM says:

    Pinjaman bank kalau boleh buat yang dekat dengan rumah kita supaya senang nak follow up dan buat urusan bank yang lain. Kalau jauh tu bukan tak boleh, tapi perlu ambil cuti untuk ke sana. Merugikan masa.
    ReM recently posted..Pinjaman Perumahan Jatuh 48%

  6. halif says:

    Biasanya agak sukar bank nak bagi loan jika properties yg nak dibeli tu jauh.
    halif recently posted..Bank Mana Yang Boleh Bagi Loan Senang?

  7. Juan says:

    setuju dengan pandangan ini
    Juan recently posted..Salam Raya dari Admin wanwidget.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge