Mesti korang ingat ini entri untuk tips-tips memilih lokasi kan? Tapi sebenarnya ianya hanyalah entri ‘penunjuk arah’ buat peserta-peserta seminar aku hari Sabtu ni. Mana taknya, kalau yang datang tu semuanya dari Lembah Kelang takde la aku heran sangat sebaliknya ada 5 orang yang sanggup meredah highway dari Dungun, Kangar, Ipoh dan Nilai semata-mata nak melihat kekacakan abangensem memberikan seminar, itu yang membuatkan aku rasa perlunya untuk aku tunjukkan arah lokasi mini seminar aku ni.
Landmark pertama yang korang kena cari bila masuk ke Bandaraya Shah Alam ialah Hotel Concorde. Kalau yang dah tersesat kat Shah Alam nanti, kalau jumpa orang kat tepi jalan tolong tanya ‘Bro, Concorde Hotel tu kat mana?” tapi kalau yang ditanya pun tak tahu, cuba-cuba la cari stesyen minyak atau balai polis berhampiran untuk minta pertolongan. Bila korang dah jumpa hotel tu, cuba-cuba la pulak korang tengok shopping complex yang bersebelahan dengan hotel tu yang dikenali dengan nama ‘Shah Alam Mall’ atau Plaza Masalam dan korang akan nampak deretan rumah-rumah kedai di sekelilingnya. Antara penghuni deretan-deretan kedai tu adalah Maybank Islamic, RHB, Cash Converter, Mc Donald dan Restoran Ayam Penyet Ria. Bila Restoran Ayam Penyet Ria telah korang temui cuba tengok ‘plat‘ ‘mindstation’ seperti dalam gambar di bawah dan itulah lokasi berlangsungnya mini seminar aku tu. Suka aku ingatkan, tolong persiapkan keadaan fizikal yang mantap sebelum menghadirkan diri ke seminar aku ni kerana korang sebenarnya terpaksa menapak ke tingkat 3 sebelum menemui office ‘mindstation’ tersebut. Anyhow, ianya sebenarnya merupakan satu terapi atau exercise yang amat baik untuk mengelakkan dari korang tertidur masa seminar tu nanti.. hahaha.
Tentang tempat letak keretanya pula, aku telah ‘arah’kan pihak MBSA untuk tidak mengenakan caj parking ke atas kereta korang (sebenarnya memang hari Sabtu adalah hari untuk parking free) dan aku rasa parking yang sedia ada amat-amat mencukupi bagi 25 buah kereta yang bakal hadir. So, kalau korang ada sebarang kemusykilan tentang direction, sudi-sudikan la SMS, BBM (BB Pin : 2193AB80) atau call aku terus supaya korang boleh kembali ke pangkal jalan.
AE : Ada yang tanya kat aku “Jauh tak dari Stadium Malawati ke Seksyen 9 tu?” dan aku menjawab “Bergantung pada kenderaan apa yang korang bawak. Kalau korang bawak kereta ada la dalam 5 minit masa yang diambil tapi kalau korang jalan kaki, setengah hari pun belum tentu korang sampai” *Jangan marah*














seronoknya berseminar!
walau nama aku tak terpilih…. tapi tetap didoakan semoga yang datang nanti akan jadi hartawan hartanah subsale
all the best AE utk seminar tu nanti. sedey nama tak terpilih.. huhuhu.. nak membawa diri la..
eun-yong recently posted..Property & Co @Facebook
bro..kalo ada coordinat gps lagi la best…heheeee
Macam peta nak pegi kenduri kahwin pun ade.
Rais recently posted..MATEMATIK SEDEKAH
Pingback: Datang talk AE dapat swiss roll cake percuma | Abang Ensem's Blog
menarik! tapi dah ada program lain…mungkin lain kali kalau panjang umur dapat la jumpa AE.
oppsss, nak tanya lagi..punyalah excited baca post ni..lupa plak nak tanya..sbnrnya seminar ni pasal apa? sowii, tak sempat nak baca lanjut..kesuntukan masa.
Pingback: Mini Seminar Siri ke 3 | Abang Ensem's Blog
Pingback: Gigilku datang lagi | Abang Ensem's Blog
Pingback: Mini Seminar Siri ke 7 | Abang Ensem's Blog
Pingback: Lega!!! | Abang Ensem's Blog
Pingback: Pan-Asian? | Abang Ensem's Blog
Pingback: Talk, Talker, Talking.. | Abang Ensem's Blog
Pingback: Buat Peserta Seminar AE Sabtu Ini | Abang Ensem's Blog
Pingback: 5 Tempat Terakhir | Abang Ensem's Blog
sape yang x tahu jln, bole follow me dr highway gutrie hehehe