Majlis Ilmu Minggu Pertama Bulan November

“Bro, apa seminar yang ada hujung minggu ni ye?” – Aaron

“Alamak.. gua tak tahu la beb. Nanti la gua cuba usha kat newsfeed Facebook gua kejap lagi” – AE

Inilah bahana bila hari tu aku gatal menghebahkan tentang majlis ilmu yang telah berlangsung pada hujung minggu bulan lalu. Nampaknya ada yang mula memberikan perhatian dan meminta aku untuk update akan setiap seminar yang bakal berlangsung setiap minggu.

Nampaknya setelah di’tenung’ newsfeed Facebook aku lama-lama, maka aku dapat lihat beberapa siri seminar hartanah yang bakal berlangsung hujung minggu ini, iaitu :

DSR

Seminar Malaysia Property Outlook 2014 (2/11/13)

Bertempat di Bandar Bukit Puchong, ikon hartanah yang tidak perlu diperkenalkan lagi akan mengadakan Seminar Malaysia Property Outlook yang akan meninjau potensi pelaburan pada tahun hadapan. Dengan yuran serendah RM30-00 pastinya tempoh masa 3 jam mampu mencerahkan serba sedikit potensi pasaran hartanah pada tahun hadapan. Jadi, buat mereka yang berkelapangan, terutamanya di sekitar jam 9.30 pagi membawa ke 12.30 tengahari, mungkin seminar ini berbaloi untuk anda ikuti. Pendaftaran boleh dilakukan di —> SINI.

Seminar Shah Alam 3

Seminar Hartanah Abang Ensem (2/11/13)

Seperti biasa seminar bulanan aku bakal mengambil tarikh yang sama dengan seminar DSR cuma ianya berlokasikan PKNS Biz Point Shah Alam mulai jam 8.30 pagi sehingga ke jam 1.15 petang. Seminar asas pelaburan hartanah kali ke 23 ini alhamdulillah menerima sambutan yang agak baik di mana sejumlah 27 orang telah mendaftar dan inshaaAllah tambahan 3 lagi peserta mampu aku bincangkan bersama pihak PKNS esok. Untuk seminar ini, pendaftarannya boleh anda lakukan di —-> SINI.

Dunia Pelaburan

Workshop Dunia Pelaburan (2/11/13)

Buat anda yang berada di Negeri Di Bawah Bayu, Kota Kinabalu terutamanya, satu Workshop Dunia Pelaburan bakal berlangsung di Hotel Tabung Haji mulai jam 8.30 pagi – 4.00 petang. Workshop pelaburan ini bakal menggabungkan nama-nama besar dunia pelaburan, antaranya Tuan Mohd Asri Ahmad (Saham), Ir Sofian Abdullah (Emas & Perak) dan Tuan Saufi Karim (Hartanah). Workshop yang dinaungi oleh Richworks International Sdn Bhd dianjurkan secara PERCUMA untuk khalayak yang berminat dan untuk butiran lanjut, mungkin MINISITE INI boleh anda ikuti.

Seminar Homestay & Sublet Power (3/11/13)

Satu lagi seminar setengah hari (9.30 pagi – 1.30 petang) dari Sifu Homestay kita dan kali ini beliau turut mengundang Otai Sublet, Syamin Saad untuk sesi ini. Difahamkan masih terdapat 9 kekosongan untuk diisi bagi seminar yang menawarkan yuran pendaftaran serendah RM88-00 (sama seperti Seminar Hartanah Abang Ensem). Untuk pendaftaran, mungkin BLOG INI boleh anda terjah.

Nah, terdapat 3 majlis ilmu untuk anda terjah dan terpulanglah kepada anda untuk memilihnya. Bagi aku bukan siapa yang memberinya sebaliknya, apakah yang mampu anda pelajari dari siri seminar yang dihadiri.

AE : Sayang sungguh Seminar Brader Pie takde banner. Kempunan la kalian nak tengok kekacakan beliau.. tapi kacak ke? *sambil tangan diangkat ke bahu dan mata hitam menongkat ke langit*

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge