Masalah Sekatan Untuk Rumah Kos Rendah

Bagi sesiapa yang terbaca wall saya semalam pasti akan dapat melihat satu post yang menceritakan bagaimana seorang follower blog abangensem mengalami satu masalah yang bakal melenyapkan wang deposit yang telah beliau keluarkan ketika proses lelongan bagi sebuah unit rumah kos rendah.

Masalah timbul kerana terdapat sekatan bagi unit rumah kos rendah yang diperolehinya dan beliau tidak dapat memenuhi syarat-syarat sekatan tersebut. Ini telah mengakibatkan Letter of Consent tidak dapat dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Negeri yang menyebabkan proses pindah milik nama tidak dapat dilakukan. Justeru, beliau bakal terdedah kepada risiko hilang wang deposit yang telah di‘bank draft’kan oleh beliau di awal proses lelongan tersebut.

“Kenapa masalah ini timbul Bro?”, bunyi mesej salah seorang rakan FBku semalam.

Ianya berlaku kerana beliau telah percaya bulat-bulat kepada kata-kata ejen lelongnya tanpa membuat counter check dengan salah satu dari pihak-pihak berkaitan :

  1. Pejabat SUK/Kerajaan Negeri
  2. Pemaju
  3. Peguam

Kesimpulannya buat anda yang berhasrat untuk membida sebarang unit rumah kos rendah, pastikan 2 perkara berikut telah diteliti terlebih dahulu iaitu :

  1. Semakan terhadap setiap klausa yang ada di dalam Proclamation of Sale
  2. Semakan dengan mana-mana pihak di atas

AE : Jika anda berasa was-was, maka elakkanlah membida unit-unit kos rendah tersebut.

13 Comments

  1. Anuar July 2, 2013
  2. Corleone Chong July 2, 2013
  3. sam bruns July 2, 2013
    • syah July 2, 2013
  4. elly-daily July 2, 2013
    • syah July 2, 2013
  5. syah July 2, 2013
  6. bukit gambang July 3, 2013
  7. khairul July 4, 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge