Masalah yang akhirnya bertukar menjadi peluang

“Salam Encik Zaidi, kami keluar tengah bulan 5 jadi sewa rumah kami bayar separuh dan deposit, kami dapat balik kan? M*R**M (penyewa Seksyen 7)”

Alamak beb, nampak gayanya bulan depan aku bakal rugi setengah bulan punya sewa dan pada masa yang sama jugak, aku nak kena keluar duit deposit pulak untuk dibayar balik kat awek-awek penyewa aku ni. Emmm.. mana aku nak cekau duit deposit ni? Duit deposit diorang hari tu aku dah belanja Brader Mil layan karaoke.  Jadi nampak gayanya terpaksa la aku ‘pow’ dulu duit mem aku ni.. hehehe. Dalam dok pikir alasan nak menge’pow’ duit mem aku, tiba-tiba aku dapat satu idea.. apa kata awal bulan depan, aku start advertise rumah sewa seksyen 7 tu kat 7 eleven untuk kemasukan bulan Jun dan maybe aku  boleh letak la sewanya dalam RM1K. Macam mahal la pulak kadar sewa untuk medium cost apartment yang walking distance je ke UiTM tapi kalau ikut kata Man Kuala, rental rate kat blok dia dulu pun dah cecah RM900 untuk unit kat tingkat 5. Ala belasah la dulu, nanti kalau bakal penyewa aku mintak kurang, aku bagi la discount RM5 ke atau RM10 ke dari harga sewa. Amacam, ok tak? Hahaha.

Sebenarnya itu hanyalah contoh cara yang biasa aku buat supaya tak putus duit sewa bila mana penyewa aku nak keluar tapi ianya bergantung juga kepada lokasi rumah sewa tu juga. Macam unit aku di Seksyen 7 ni setakat ni alhamdulillah la tak pernah terputus penyewa. Kebiasaannya apa yang aku buat ialah sebaik saja penyewa aku bagitau nak keluar aku akan cepat-cepat tampal iklan kat 7 eleven. So, biasanya by the time diorang keluar maka penyewa baru dah sedia menanti untuk mengambil tempat dan duit deposit penyewa baru ni lah yang akan menggantikan duit deposit penyewa lama dan biasanya akan terdapat excess amount dari deposit penyewa ni sebab biasanya aku akan naikkan sewanya mengikut kadar semasa. Dengan cara ini, aku tak akan pening kepala nak memikirkan di mana aku nak cari duit bayar balik kat penyewa lama dan ianya akan lebih menguntungkan bila mana kadar sewa penyewa baru adalah jauh lebih tinggi dari kadar sewa penyewa lama. Inilah yang aku namakan ‘mencipta peluang di atas masalah yang timbul’.

AE : Masalah sebenar aku sekarang ialah.. “dapatkah aku mencari penyewa secantik penyewa aku sekarang? Sebab kalau dah kesuntukan masa, peluang untuk memilih penyewa yang lawa-lawa amat-amatlah terhad.. huhu.

14 Comments

  1. naimulfirdaus April 21, 2011
    • abangensem April 21, 2011
  2. Sarip April 21, 2011
    • waht April 21, 2011
      • abangensem April 21, 2011
  3. aslam April 21, 2011
    • abangensem April 21, 2011
  4. fauzirasta April 21, 2011
    • abangensem April 21, 2011
  5. hart_nur April 21, 2011
  6. Abdullah Pantaier April 21, 2011
    • abangensem April 21, 2011
  7. Emrull May 17, 2011
  8. zuan September 4, 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge