Masam, Pahit & Kelat Dunia Hartanahku

Aku ada berbelas unit hartanah. Ramai yang kagum dan teruja denganku sehinggakan ramai yang meletakkan aku sebagai idola mereka.

Amat beruntunglah individu bernama AE dek kerna income yang tidak pernah putus dari rumah-rumah sewanya. Itu telahan mereka tetapi hakikatnya, tidak ramai yang tahu akan kepayahan yang aku hadapi sebelum sampai ke kondisi ini. Secara ringkasnya, berikut adalah momen-momen masam, pahit dan kelat yang terpaksa aku lalui ketika memiliki berbelas hartanah ini :

  • Rumah pertama (1998) : Sangkaku untuk dijadikan tempat berteduh usai ijab dan qabul. Sayangnya terbengkalai tak ‘timbul-timbul’.
  • Rumah kedua (2001) : Unit pertama dibeli melalui lelong. Sayangnya rosak teruk tanpa ‘frame’ tingkap yang kelihatan lompong.
  • Rumah ketiga (2001) : Lokasinya HOT, harganya ‘NOT’. Akibatnya, modal pun menjadi ‘SHORT’ dan terpaksalah pasangan mempelai baru ini mengikat ‘perot’, agar unit ini dapat kami ‘bought’.
  • Rumah keempat (2002) : Teruja dengan apartmen studio pertama di Shah Alam. Sayangnya sehingga kini ‘positive cashflow‘nya tak pernah jenguk memberi ‘salam’.
  • Rumah kelima (2005) : Wow !! Flat Seksyen 7 ditawarkan kepadaku. Sayangnya 14 bulan instalmennya terpaksa didahulu. Gara-gara pemilik lama dan bank berstatus ‘seteru’.
  • Rumah keenam (2005) : Tersenyum menang lelongan tertinggi. RM26,000 jumlah, hartanah dimenangi. Sayangnya rumah ber’bumbungkan matahari’. Di kala hujan bertakung airnya di sana dan sini.
  • Rumah keenam (2007) : Alhamdulillah, pembeliannya mudah. Sayangnya penyewa-penyewanya jarang kekal lama, asyik berpindah-randah.
  • Rumah ketujuh (2007) : Vista Angkasa, hartanah ketujuh yang dimiliki. Murah harga (RM150K) yang dibeli. Selepas 7 tahun, barulah diketahui yang unit ini rosak teruk perlu dibaiki. Inilah bahana beli terus tanpa langsung diselidiki.
  • Rumah kelapan (2007) : Seksyen 8, lokasi yang dibeli. Baik penyewanya ketika rumah dilawati. Selesai urusan baru diketahui bekalan api ke rumah adalah dari hasil ‘curi’. Ditambah dengan permintaan “tolong buatkan tandas” oleh penyewa, tidak langsung pemilik sebelumnya penuhi.
  • Rumah kesembilan (2008) : Unit di Kota Damansara pencetus masalah. Jauh jaraknya menjadikanku lelah. Tanpa pemantauan, penyewanya ‘lari malam’ membuatkanku susah. Solusinya, khidmat subletter Mukaram terpaksa aku kerah.
  • Rumah kesepuluh (2010) : Unit ini asalnya bukan unit aku. Aku hanya perantara antara ejen dan kawanku. Deposit diberi dan borang OTP di ‘sign mati’. Penyudahnya, kawanku pula menarik diri tak jadi beli. Terpaksalah aku menjadi pengganti bagi menyelamatkan deposit dari di‘forfeit’ agensi.
  • Rumah kesebelas (2010) : Punyalah sukar membeli unit ini. Harganya murah, rugi kalau tak beli. Sayang pemiliknya beremosi tinggi. Prosedur yang mudah susah difahami. Penyudahnya, duit poket menipis gara-gara terpaksa melayani.
  • Rumah kedua belas (2012) : Harganya tak masuk akal. 63.63% below market seakan tak logik akal. Sayangnya hanya belian tunai untuk memastikan ianya milikan kekal.
  • Lot komersial ketiga belas (2013) : Saje acah-acah pada mulanya. “I beli cash kalau you give me ‘this’ price”, bunyi lagaknya. Sekali pemaju kata, “Ok”, aku ternganga. Bertungkus-lumus mencari pembiaya. Akhirnya, terpaksa JV dengan rakan ‘berada’.

Pasti ada yang tertanya akan masalah hartanah keempat belas?

Alhamdulillah, double-storey (hartanah ke 14 – 2006) ini dimiliki tanpa sebarang masalah. Malah, cashback mengiringi menjadikannya mudah. Ternyata ianya langsung tidak mendatangkan resah. Aku lega dan hati tak gundah.

9 Comments

  1. siti hazreen September 4, 2016
  2. Noriza Rahman September 6, 2016
  3. Kereta Sewa September 8, 2016
  4. rafizal September 26, 2016
  5. Kereta Sewa Subang October 5, 2016
  6. Farah Alina October 9, 2016
  7. Hawa Hassan October 12, 2016
  8. nurul fatin adiana October 19, 2016
  9. Ira January 3, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge