Masuk TV Lagi

Abang Ensem Masuk TV

Alhamdulillah.

Sekali lagi aku diberikan kepercayaan untuk berkongsi ilmu hartanah menerusi kaca TV. Kali ini untuk program *tut* yang akan ke udara di saluran *tut* tak lama lagi.

Surat tawaran yang diterima pertengahan Ogos yang lalu bakal memulakan penggambarannya pada pertengahan bulan depan dan seperti biasa, banyak ‘homework’ yang perlu aku lakukan agar ‘appearance’ aku tidak terlalu janggal kelak.

Abang Ensem Masuk TV

Rancangan sebanyak 13 episod ini bakal dipecahkan kepada 3 segmen di mana setiap segmen mempunyai pengendalinya sendiri di mana salah seorangnya adalah Tuan Fahrin Ahmad, artis dan pengacara yang tidak asing lagi. Agak gementar sebenarnya bila mengetahui perkara ini kerana sudah pasti akan ada yang akan membuat perbandingan di antara kami walaupun tahap kekacakan kami tidak jauh berbeza.. hehehe.

Apa pun, mohon kalian doakan yang terbaik untuk aku, inshaaAllah.

8 Comments

  1. haffizuliskandar September 23, 2015
  2. faizalpj September 23, 2015
  3. ENA September 24, 2015
  4. Haridah Sahri September 26, 2015
    • abangensem September 30, 2015
  5. Kereta Sewa Shah Alam October 12, 2015
  6. Kereta sewa subang October 31, 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge