Mega Free Sharing 2.0 : Nervous Tahap Gaban

Shafie Bustan (Pie) approach aku awal Disember yang lalu. Agak reluctant untuk menerima kerana tarikh yang diberi bersamaan dengan tarikh lahir isteri aku. Dipujuk berkali-kali dan setelah restu isteri diterima, barulah kata putus aku beri.

“Ok Bro. Gua join. Make sure dewan penuh dengan awek. Tidak kalu, gua balik”, syarat diberi.

Hari kejadian.

“Dem !! Gua kena game. Awat ramai balak dari awek ni?”

Terasa macam nak corruptkan je slide presentation yang aku dah persiapkan.

Muka stress sebab ramai Balak.. hehehe

Muka stress sebab ramai Balak.. hehehe

Bila disapa oleh Pie, “Bro. Lu ada roti tak. Gua tak bekfes lagi ni. Hakikatnya, gua rasa macam nak ngap je Pie masa tu.. hahaha”.

Nasi lemak sotong diberi. Sedap la pulak. Terus sejuk hati aku.

Nasi lemak sotong penyejuk hati

Nasi lemak sotong penyejuk hati

Sempat juga aku mengintai ke dalam dewan, “Mak aiiii,, ramainya orang”.

With all the speakers (kecuali Pakdi). Sila lihat betapa ramainya manusia di belakang tu.

With all the speakers (kecuali Pakdi). Sila lihat betapa ramainya manusia di belakang tu.

Jantung mula kurang stabil. Ditambah pula disapa oleh awek-awek followerku, menjadikan getaran jantung beralih ke tulang rusuk.

Saat nama dipanggil, terasa kaki tak menjejak tanah. Pandangan mula rasa kelam. Skrip yang dihafal hilang entah ke mana. Penyudahnya, instead of berkongsi topik ilmiah, seluruh dewan ku rasakan seperti sedang menonton Maharaja Lawak Mega. Saling tak henti dengan hilai tawa.

Target asalnya, aku hanya ingin berucap selama 30 minit. Last-last, terlajak menjadi 52 minit.

Nervous punya pasal, sampai terlupa menanggalkan rayban yang terselit di atas kepala

Nervous punya pasal, sampai terlupa menanggalkan rayban yang terselit di atas kepala

Saat keluar dewan, terasa ingin menyorok di dalam kereta. Namun apakan daya, ramai gegadis jelita menunggu di luar sana. Jika tidak dilayan, takut disangka sombong pula.

Penyudahnya jam 3 baru aku meninggalkan dewan. Sesampai je di rumah, pengsan sehingga jam 6.

Awek dan AE berpisah tiada

Awek dan AE berpisah tiada

Penat Beb !! Walaupun talk ku hanya untuk 52 minit.

Dan sebentar tadi aku menerima satu lagi jemputan. Bercakap di depan pemimpin dan bakal pemimpin negara. Lokasinya di Berjaya Times Square.

Tetiba aku rasa nak deactivate semua akaun social mediaku.

Arghhhhhh.. Stress !!

5 Comments

  1. eyriqazz January 15, 2017
  2. Sue January 15, 2017
  3. Ira January 18, 2017
  4. dak kamponk January 22, 2017
  5. Gambir Emas February 6, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge