• Pendaftaran Seminar
  • Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Blog Abang Ensem

Info & Tips Hartanah...

  • Utama
  • Biodata
  • Ebook
  • Hubungi Saya
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / seminar / MEGA Hartanah Bumiputera

MEGA Hartanah Bumiputera

abangensem · 20 October 2012 · 13 Comments

 

“Kenapa DSR pilih saya? Ramai lagi orang kita yang lagi hebat dari saya. Lagipun saya ni baru je nak belajar-belajar bercakap depan orang. Mahu menggigil saya kalau DSR suruh saya bercakap depan ratusan orang nanti” – AE

“Saya rasa awak je yang boleh nak tarik awek-awek datang ke talk tu nanti. Saya dah buat study dah sebelum ni. Memang talk awak je la yang awek ramai datang. Lagipun awak kan ensem“ – ayat sebenar yang keluar dari mulut Dr Shah Razali.. hehehe.

Aku ter’kematu’ sekejap bila mendengarkan ayat-ayat DSR walaupun terasa seakan keenseman aku di’perguna’kan namun dalam hati aku berkata.. “Now he knows how ensem I am..”

Nampaknya benarlah kata-kata orang di sekeliling aku yang rata-ratanya memperakui ke’fotogenik’an aku di luar dari gambar-gambar di dalam blog. Sebab itulah agaknya, ramai ibu-ibu di luar sana yang patah hati tidak dapat bermenantukan aku bila mengetahui yang jejaka kacak ini telah berumahtangga. Tidak kurang juga, rakan-rakan blogger terutama MAMAT BIG ‘PEK’ ini yang iri hati dengan pakej 6 packs yang aku miliki dan ternyata semua ini menjadi daya penarik untuk DSR menjemput aku sebagai salah seorang speaker untuk MHB.. hehe.

Itulah antara pertanyaan aku kepada DSR lewat perbincangan kami di ofis beliau tengahari semalam sebelum kami menoktahkan miting kami dengan persetujuan untuk melancarkan siri pertama Seminar MEGA Hartanah Bumiputera (MHB) pada 24 November 2012 ini.

L-R : Tuan Bri, AE, DSR & Najib

Selain dari aku yang akan membentangkan topik berkaitan tips-tips pembelian rumah sub-sale, Seminar MHB ini turut mengenengahkan personaliti-personaliti berikut dengan bidang kepakaran masing-masing untuk dikongsikan dengan khalayak yang hadir :

  1. Dr Shah Razali – Perbankan dan pinjaman
  2. Tuan Bri – Pelaburan Hartanah Lelong
  3. En Mohd Azri – Motivasi di dalam Pelaburan Hartanah
  4. En Mohd Fauzi – Taxation in Property Investment

Dan apa yang lebih mengujakan, persetujuan sebulat suara telah dapat dicapai untuk meletakkan amaun SERENDAH RM69 bagi 200 khalayak pertama yang mendaftar. Amaun tersebut bagi aku sudah cukup untuk membuktikan yang siri seminar ini bukanlah untuk mengaut keuntungan, sebaliknya ia hadir dengan 2 matlamat berikut :

  1. Menyatukan khalayak pelabur bumiputera yang berminat dalam bidang ini ;
  2. Berkongsi ilmu yang barisan penceramah miliki dengan khalayak yang hadir.

Jadi, bersegeralah mendaftar untuk Seminar yang bakal berlangsung di Hotel De Palma, Shah Alam dengan meng’sms’ : “(Nama) (E-mel) MHB” ke nombor 016 441 5600.

AE : Sayangnya, aku ditegah dari memakai jersi ketika on-stage nanti. Oh tidakkkkkk..

 

 
Tweet

Related posts:

  1. MEGA Hartanah Bumiputera : The Teaser
  2. Ekspo Hartanah Bumiputera Selangor di Kompleks PKNS Shah Alam
  3. Lawyer Aku Yang Cun..
  4. Ayah, Ibu @ Investment?
  5. Hari Pertama Bergelar Penganggur Ensem

Filed Under: seminar Tagged With: MEGA Hartanah Bumiputera

Reader Interactions

Comments

  1. Nadot says

    20 October 2012 at 12:24 am

    Sian DSR jd mangse plak. Hehehe
    Nak join!!… huhuhu
    Nadot recently posted..Abang Ensem Kecewa di Pagi Jumaat

    Reply
    • Mamat 6 packs says

      20 October 2012 at 1:52 am

      200 orang pertama?? adakah untuk aweks sahaja separuh dari itu?
      Mamat 6 packs recently posted..Anak Comel Anda dalam Drypers Sungguh Ceria Adventures Comic

      Reply
  2. Anuar says

    20 October 2012 at 12:28 am

    Ternyata memang tepat pilihan Dr Shah Razali memilih AE sebagai salah seorang jurucakap dalam Seminar MEGA Hartanah Bumiputera (MHB) … Tetapi yang pasti pemilihan itu bukan disebabkan kehebatan AE menarik perhatian awek2 cun.. hehehe..
    Anuar recently posted..Pekej Percuma Kembara Kemboja 4 Hari 3 Malam Dengan Equrban

    Reply
  3. Aqif Azizan says

    20 October 2012 at 12:30 am

    Menarik. Berminat untuk sertai. 🙂
    Aqif Azizan recently posted..No Posts Were Found!

    Reply
  4. ohcikgu says

    20 October 2012 at 1:17 am

    bulan 11? hemm..kalau ada masa..memang nak pergi nih..
    ohcikgu recently posted..[MTV] Hafiz & Dato’ Siti Nurhaliza – Muara Hati (OST Adam & Hawa)

    Reply
  5. shahril sidek says

    20 October 2012 at 1:48 am

    roster bln 11 den x kluar lg laa.. takut2 kena keje la plak..
    anyway, syabas kepada AE and the gang diatas penganjuran majilis ini.
    shahril sidek recently posted..Beli Rumah 4 Biji Sekaligus

    Reply
  6. Fazrol says

    20 October 2012 at 5:14 am

    Berminat utk join..
    Fazrol recently posted..Aisy 7 bulan dah start berdiri!

    Reply
  7. Juan says

    20 October 2012 at 3:26 pm

    arghhhhh, kenapa x kt utara, hehe
    Juan recently posted..Crankyads – Sewa Tapak Iklan di Blog

    Reply
  8. Rem says

    21 October 2012 at 2:26 am

    One day seminar @ RM69.. memang murah dan speakernya boleh tahan. Kemungkinan besar akan hadir…
    Rem recently posted..Saham Astro Di buka Atas Harga Tawaran

    Reply
  9. Eddy says

    22 October 2012 at 10:16 am

    Teringin buat pelaburan hartanah tapi Takde modal
    Eddy recently posted..Nasi Ayam Gemas

    Reply
  10. biodisc says

    22 October 2012 at 11:29 am

    mmg murah banget, rugi sape tak join. aku punya fi utk consultation dah ribu
    biodisc recently posted..BIODISC EZY PAYMENT

    Reply
  11. halif says

    22 October 2012 at 12:29 pm

    Mantap. ada kosong lagi ker?
    halif recently posted..Traffik blog menjunam jatuh

    Reply
  12. eyriqazz says

    28 October 2012 at 7:44 pm

    Aiseh, makcik wifey eden kahwin tarikh ni..baruje ingat nak join..takpe2, tak dapat join, nanti eden tolong promosikan seminar hartanah ini…
    eyriqazz recently posted..Sotong Goreng Tepung Magik

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Artikel Terkini

  • Tips Setel Loan Paling Jahat
  • Sesi Kocing Johor #2
  • Seminar Hartanah Johor : Ujub Menyentap Jiwa
  • Sesi Kocing Johor #1
  • Tekak Kering

Komen Terkini

  • Azman on Seminar Hartanah Terengganu : Sendu Bertukar Ceria
  • Azman on Tips Setel Loan Paling Jahat
  • INSURANS/TAKAFUL DALAM PELABURAN HARTANAH | CoachHartanah.com on Insurans/Takaful Di Dalam Pelaburan Hartanah
  • PencariMakan on Tekak Kering
  • Mohamad Helmi Hamdan on Ebook

Arkib

Statistik

خميس
27 Safar 1442
Now : Dhuhr (12:59)
Next : Asr (16:16)
Change location

Copyright © 2020 · Daily Dish Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in