“Kenapa DSR pilih saya? Ramai lagi orang kita yang lagi hebat dari saya. Lagipun saya ni baru je nak belajar-belajar bercakap depan orang. Mahu menggigil saya kalau DSR suruh saya bercakap depan ratusan orang nanti” – AE
“Saya rasa awak je yang boleh nak tarik awek-awek datang ke talk tu nanti. Saya dah buat study dah sebelum ni. Memang talk awak je la yang awek ramai datang. Lagipun awak kan ensem“ – ayat sebenar yang keluar dari mulut Dr Shah Razali.. hehehe.
Aku ter’kematu’ sekejap bila mendengarkan ayat-ayat DSR walaupun terasa seakan keenseman aku di’perguna’kan namun dalam hati aku berkata.. “Now he knows how ensem I am..”
Nampaknya benarlah kata-kata orang di sekeliling aku yang rata-ratanya memperakui ke’fotogenik’an aku di luar dari gambar-gambar di dalam blog. Sebab itulah agaknya, ramai ibu-ibu di luar sana yang patah hati tidak dapat bermenantukan aku bila mengetahui yang jejaka kacak ini telah berumahtangga. Tidak kurang juga, rakan-rakan blogger terutama MAMAT BIG ‘PEK’ ini yang iri hati dengan pakej 6 packs yang aku miliki dan ternyata semua ini menjadi daya penarik untuk DSR menjemput aku sebagai salah seorang speaker untuk MHB.. hehe.
Itulah antara pertanyaan aku kepada DSR lewat perbincangan kami di ofis beliau tengahari semalam sebelum kami menoktahkan miting kami dengan persetujuan untuk melancarkan siri pertama Seminar MEGA Hartanah Bumiputera (MHB) pada 24 November 2012 ini.

Selain dari aku yang akan membentangkan topik berkaitan tips-tips pembelian rumah sub-sale, Seminar MHB ini turut mengenengahkan personaliti-personaliti berikut dengan bidang kepakaran masing-masing untuk dikongsikan dengan khalayak yang hadir :
-
Dr Shah Razali – Perbankan dan pinjaman
-
Tuan Bri – Pelaburan Hartanah Lelong
-
En Mohd Azri – Motivasi di dalam Pelaburan Hartanah
-
En Mohd Fauzi – Taxation in Property Investment
Dan apa yang lebih mengujakan, persetujuan sebulat suara telah dapat dicapai untuk meletakkan amaun SERENDAH RM69 bagi 200 khalayak pertama yang mendaftar. Amaun tersebut bagi aku sudah cukup untuk membuktikan yang siri seminar ini bukanlah untuk mengaut keuntungan, sebaliknya ia hadir dengan 2 matlamat berikut :
-
Menyatukan khalayak pelabur bumiputera yang berminat dalam bidang ini ;
-
Berkongsi ilmu yang barisan penceramah miliki dengan khalayak yang hadir.
Jadi, bersegeralah mendaftar untuk Seminar yang bakal berlangsung di Hotel De Palma, Shah Alam dengan meng’sms’ : “(Nama) (E-mel) MHB” ke nombor 016 441 5600.
AE : Sayangnya, aku ditegah dari memakai jersi ketika on-stage nanti. Oh tidakkkkkk..
Sian DSR jd mangse plak. Hehehe
Nak join!!… huhuhu
Nadot recently posted..Abang Ensem Kecewa di Pagi Jumaat
200 orang pertama?? adakah untuk aweks sahaja separuh dari itu?
Mamat 6 packs recently posted..Anak Comel Anda dalam Drypers Sungguh Ceria Adventures Comic
Ternyata memang tepat pilihan Dr Shah Razali memilih AE sebagai salah seorang jurucakap dalam Seminar MEGA Hartanah Bumiputera (MHB) … Tetapi yang pasti pemilihan itu bukan disebabkan kehebatan AE menarik perhatian awek2 cun.. hehehe..
Anuar recently posted..Pekej Percuma Kembara Kemboja 4 Hari 3 Malam Dengan Equrban
Menarik. Berminat untuk sertai. 🙂
Aqif Azizan recently posted..No Posts Were Found!
bulan 11? hemm..kalau ada masa..memang nak pergi nih..
ohcikgu recently posted..[MTV] Hafiz & Dato’ Siti Nurhaliza – Muara Hati (OST Adam & Hawa)
roster bln 11 den x kluar lg laa.. takut2 kena keje la plak..
anyway, syabas kepada AE and the gang diatas penganjuran majilis ini.
shahril sidek recently posted..Beli Rumah 4 Biji Sekaligus
Berminat utk join..
Fazrol recently posted..Aisy 7 bulan dah start berdiri!
arghhhhh, kenapa x kt utara, hehe
Juan recently posted..Crankyads – Sewa Tapak Iklan di Blog
One day seminar @ RM69.. memang murah dan speakernya boleh tahan. Kemungkinan besar akan hadir…
Rem recently posted..Saham Astro Di buka Atas Harga Tawaran
Teringin buat pelaburan hartanah tapi Takde modal
Eddy recently posted..Nasi Ayam Gemas
mmg murah banget, rugi sape tak join. aku punya fi utk consultation dah ribu
biodisc recently posted..BIODISC EZY PAYMENT
Mantap. ada kosong lagi ker?
halif recently posted..Traffik blog menjunam jatuh
Aiseh, makcik wifey eden kahwin tarikh ni..baruje ingat nak join..takpe2, tak dapat join, nanti eden tolong promosikan seminar hartanah ini…
eyriqazz recently posted..Sotong Goreng Tepung Magik