Merah Mata

Nampaknya ramai yang merah mata ketika ENTRI INI mereka baca. Tidak dapat aku pastikan asbab merahnya mata mereka tetapi sangkaku mungkin ianya disebabkan oleh,

“Terbeli 6 buah ebook aku pada harga RM160-00 beberapa jam sebelum amaun tersebut diturunkan kepada RM112-00″.

Mungkin juga mereka,

“Terbayar RM88-00 untuk seminar hartanahku minggu depan sedangkan dalam tempoh 24 jam yang lalu, RM61-60 menjadi tiket untuk ke seminar tersebut”.

Apa yang pasti, kalian tidak berseorangan kerana aku juga turut ber’merah mata’ dek kerna teruja melihat 216 orang ber’online‘ pada sejam pertama entri Tawaran Harga Bunuh Diri diapungkan.

Kemerahan mataku berterusan apabila angka-angka pengunjung blogku ber’tingkek-tingkek’ aliran trafiknya ditambah pula dengan jumlah e-mel yang menerjah ke kotak inboxku yang ‘maha’ banyak dari biasa.

Trafik Blog

Namun, merah mataku kembali surut apabila kelangsungan trafik dan e-mel yang mengganggu hidupku pada tarikh 10/10/13 tempohari dibalas dengan sejumlah transaksi akaunku sepertimana berikut. Alhamdulillah.

Sebahagian dari transaksiku pada 10/10/13 yang lalu

Sebahagian dari transaksiku pada 10/10/13 yang lalu

Namun, agak pelik juga apabila mengenangkan akan 2 perkara berikut :

  • Bagaimana trafik blogku pada hari itu mampu meningkat hampir sekali ganda dari purata trafik harianku?
  • Bagaimana ‘conversion rate’ pembaca kepada pembeli mampu mendatangkan pendapatan harian yang hampir menyamai sepertiga dari pendapatan bulananku?

Dan tatkala dikenang-kenangkan, 2 kemungkinan berikut telah berjaya aku simpulkan iaitu :

  • Beberapa hari sebelumnya, ‘sedikit’ rezekiku telah mampu aku kongsikan bersama kedua orang tuaku.
  • Beberapa buah peti derma surau telah turut aku hulurkan semampu mungkin.

Bukan untuk menunjuk mahu pun berbangga kerana rezeki di atas hanya dipinjamkan oleh Allah buatku dan ianya tidak akan mampu untuk dibawa ke liang lahad, sebaliknya sedikit tip menjemput rezeki yang mampu aku kongsikan ialah, “Jangan berkira dengan kedua ibu bapa kita dan bersedekahlah di saat sifat tamak menguasai diri”.

AE : Seriously, entri ini bukan untuk menunjuk-nunjuk sebaliknya sekadar ingin menekankan aspek sedekah dan perkongsian rezeki dengan anggota keluarga.

11 Comments

  1. sohoque October 12, 2013
  2. Harian Post October 12, 2013
  3. h.nizam21 October 12, 2013
  4. nashar October 12, 2013
  5. blogger lelaki October 12, 2013
  6. Anuar October 12, 2013
  7. Bahrain October 12, 2013
  8. Yusef Stuart October 13, 2013
  9. ohcikgu October 13, 2013
  10. AbgferOz October 13, 2013
  11. Faiz Saaid October 14, 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge