Mini Seminar AE Siri 7 : Indah Rupa dari Khabar

leaderboard2 denaihati Banner

 

Terpegun masing-masing dengan penampilan aku

Aku dah kata tapi korang tak caya, rata-rata yang datang semua ‘terpempan’ dan ‘terkejut’ dengan penampilan AE. Jika sebelumnya ada yang melabelkan AE sebagai blogger syok sendiri tetapi setelah menghadirkan diri mereka, rata-rata menafikan label tersebut kerana apa yang dilihat rupa-rupanya tidak seperti yang dikhabarkan. Tidak langsung terlihat sisi gatal dan syok sendiri AE sebaliknya apa yang dapat dipertontonkan adalah sifat pemalu yang amat menebal yang ada di dalam diri AE.

Tersandar kagum dengan aura Abang Ensem

Ya, itu dari sudut penampilan tetapi berbeza pula dari segi intipati kandungan property talk AE. Jika selama ini AE selalu memperlekehkan ilmu yang dia curahkan di dalam siri ceramahnya tetapi rupa-rupanya khalayak pendengar mempunyai pendapat yang berbeza malah AE turut dikecam kerana agak lewat mengadakan siri talk seumpama ini. Bak kata Tuan Azri semasa AE duduk di sebelahnya sementara menantikan Tuan Lawyer menghabiskan sesi ucapannya.

“Apasal kamu tak buat talk ni sebelum aku beli rumah dulu. Kalau tidak, takdelah sampai aku kena kencing beribu-ribu ringgit dengan lawyer rumah aku tu dulu”

Manakan tidak, perasaan marah beliau meluap-luap setelah RM600 dicaj hanya untuk miscellaneous charges tanpa sebarang justifikasi oleh peguamnya sedangkan miscellaneous charges yang disyaratkan oleh Bar Council seperti yang disampaikan oleh Tuan Lawyer AE hanyalah seminima RM50 sahaja. Apa pun beliau berterima kasih di atas ilmu yang diterimanya Sabtu lepas yang baginya amat berguna untuk beliau meneruskan pelaburannya di dalam bidang hartanah ini.

Tidak cukup dengan testimoni tersebut, satu e-mail dengan tajuk ‘Post Mini Seminar’ yang telah masuk ke inbox abangensem98 antara lain berbunyi :

Kepada Meor,

Terima kasih di atas penerangan yang diberikan dengan penuh bertenaga. Susah nak mencari orang yang macam Meor di mana tidak lokek ilmu. Ada orang, dia tidak akan berkongsi dengan sesiapa pun mengenai ilmu hartanah seperti Meor. Saya begitu bangga dengan Meor kerana orang melayu kita boleh berjaya dalam bidang ini jika kena pada caranya, tahniah diucapkan. Diharap kita dapat bertemu lagi dan jika ada  apa2 kemusykilan, boleh ke saya merujuk kepada Meor? Saya ada cadangan tentang proses untuk sub-sale ini, boleh ke kiranya Meor buatkan satu flowchart of the process, rasanya lagi clear, ini just idea saya saja. Sehingga bertemu lagi.

Thanx,
Mohd. Najib

Sejujurnya, aku sebenarnya terharu dengan pujian dan sokongan yang aku terima dan aku rasa belum cukup layak untuk dipuji sebegitu. Sebab itulah seboleh-bolehnya aku cuba menerapkan ayat-ayat bangga diri atau syok sendiri agar ianya dapat mengimbangi pujian-pujian sedemikian. Aku sebenarnya lebih selesa dilihat sebagai blogger yang mempunyai sisi negatif dalam dirinya walau pada hakikatnya, perkara sebaliknya yang berlaku kerana aku takut pujian-pujian sebegini  bisa melalaikan aku nanti. Apa pun sekali lagi aku mengucapkan terima kasih di atas positive feedback  yang aku terima.

Batch ke 7 Mini Seminar AE

P/S : Juga ingin aku rakamkan rasa terima kasih aku dari peserta yang datang dari Kota Kinabalu yang sanggup memperuntukkan masa cuti beliau untuk turut sama berkongsi ilmu dengan aku. Insyaallah jika aku ke sana nanti, akan aku cari beliau untuk ‘payungkan’ makan minum aku di sana nanti.. hehehe. Jangan marah Bro. Gurau je. 

Bersama para peminat AE.. heh heh heh

AE : Insyaallah, akan aku usahakan flowchart seperti yang dicadangkan dan sebagai permulaan, petang tadi aku telah pun membeli buku berkaitan Cara Mudah Belajar MS Excel terbitan Synergy Media. So, sabar ye sebab aku baru je habis baca 1st chapternya ‘Mengenal MS Excel’.

This entry was posted in seminar. Bookmark the permalink.

46 Responses to Mini Seminar AE Siri 7 : Indah Rupa dari Khabar

  1. KiD says:

    saya ingin mengatakan.. bahawa inilah seminar yang patut dihadiri oleh setiap orang yang masih cetek ilmu seperti saya dalam bidang hartanah. abangensem (yang sebenarnya tak berapa ensem dari saya) telah membuka hati dan minda saya untuk terus berani mongorak langkah dengan memberi panduan dan tips2 mengenai langkah awal perihal hartanah!!

    SEMINAR ABANGENSEM TERBAIK!!!!
    KiD recently posted..Gambar Event di Nuffnang 5th Birthday Party

  2. Seran says:

    AE, kalau ‘miscellaneous charges’ tu lawyer list kan apa yang dia buat, logik ke sampai 3K? Contoh; Printing & bayaran kurier dokumen: RM50, Telefon, fax & lain-lain dokumen RM50, Elelaun perjalanan bayar taksir & stamping Doc Bank:RM200, Bayaran penyaksian RM150, Bayaran Dokumen Pra-Cetak Bank:RM200, dan banyak lagi laa…. sampai RM3 ribu lebih. Yang ni rumah kedua, rumah pertama hari tu RM2 ribu lebih. Guna lawyer yang sama untuk kedua-dua lawyer.

    Bila baca ‘miscellaneous charges’ yang disyaratkan RM50, terkejut la jugak!

  3. Fazrol says:

    Nampaknya kid dah sampai..
    InsyaAllah.. Nanti sy plak nak try join seminar AE…
    Fazrol recently posted..Motherhood Expo 2012 – KL Convention Centre!

  4. matjoe says:

    mini seminar AE, lebih murah dari kadar sepatutnya. seriously mmg afforadable
    matjoe recently posted..Sup Kepala Ikan Merah

  5. Assalamualaikum WBT…
    Alhamdulillah blog ni bagus sekali…saya bertugas di sabah, jarang balik ke semenanjung. Teringin juga nak masuk kursus macamni. Jika ada buat kursus di Kota Kinabalu pun bagus juga ni.
    Mohd Azril Salleh recently posted..Apa itu Gebeng? Apa itu Lynas?

  6. Adi Hanif says:

    nasib baik tak kantoi gambar aku tido masa seminar. hehe

  7. Juan says:

    saya memang nak join, tp maybe sesi kedah nanti kot
    Juan recently posted..Kejadian Histeria di Flextronics Penang Februari 2012

  8. huzaifi says:

    bile agaknye seminar next d area klang valley..

    mcm mane nk register utk seminar AE ni..mcm sgt menarik..

    rase ter’uja’ nk join..hehe

  9. KiD says:

    rasa-rasanya diah nak datang seminar ni tak?
    KiD recently posted..Kenapa Perempuan Ni Marah? Kena Tipu ke?

  10. madammondoq says:

    kenapa zarul sampai tertido tepi dinding tu?? ish.. ish..
    madammondoq recently posted..Parents Sharing Day @ Genius Aulad

  11. arelan says:

    nak gak rasa skali join seminar ni. nak gak cebur hartanah. tertekan keje kilang jepun ni.aiyooo
    arelan recently posted..SeGMeN LiMiTeD ReVieW BY NaBiLa

  12. boni says:

    adoi..kid ni tangkas betul jari dia menaip..hahahaha
    boni recently posted..Gambar Buah Aku?

  13. InsyaAllah…. Saya akan daftar untuk NEXT SEMINAR … nak jumpa lagi my SUPER SENIOR nie…
    hazman aka species1980 recently posted..NUFFNANG Dress Code Theme :- BLUE from HEAD to TOE

  14. Pingback: Seminar Hartanah Untuk Semua - blog.ariff - Blogger Malaysia

  15. diah says:

    AE nk tnye la..kalau yg jual beli emas tu? ape tah name nye lupe..
    betol ke tak transaction nye? leh success ke?
    diah recently posted..W.O.R.D.L.E.S.S Wednesday

  16. bang chik says:

    seminar yg sangat informatif santai yg profesional. peluang q n a yg seluas-luasnya x mcm seminar lain, ratio student yg perfect x ramai sangat.
    rm88 yg dibayar dah pun cover dgn cepatnya kerna ilmu yg diajar.
    barulah ada taring sket nak nego dgn lawyer n berjaya.tq ae.
    terharu hg linkkan website aku , macam adik hg ckp hg ni pemurah, sebab tu murah rezki.
    lawyer hg pun sempoi.
    selain dr flow chart yg ada mat tu suggest, bikin satu check list cam guide takut ada member terlajak 3+1 mth nanti kena denda lak by seller.

  17. ally says:

    sampai sanggup beli buku nak belajar excel, abg AE memang sayang betul la kat peminat2.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge