Mini Seminar Hartanah AE (Batch 12)

 

Mini Seminar Sembang Subsale (Batch ke 12)

Alhamdulillah, telah selesai mini seminar aku kali yang ke 12 yang telah disertai seramai 13 orang peserta yang rata-ratanya bermastautin di sekitar Lembah Kelang. Paling mengharukan apabila terdapat seorang penuntut UiTM yang turut menghadirkan diri dan apabila ditebak dengan pertanyaan, “Kenapa awak datang? Awak dah nak beli rumah ke?” dan jawapan yang aku terima, “Tak, saya cuma nak equip dulu diri saya dengan ilmu pelaburan hartanah ni sebelum mula membeli rumah” sudah cukup untuk membuatkan aku ceria sepanjang minggu kerana matlamat aku berblog selama ini (untuk mendidik golongan muda supaya celik pelaburan hartanah) telah mula membuahkan hasil *Jap, aku nak amik tisu untuk lap air mata yang mengalir ni*.

“Apa pulak yang lu ‘kencing’ kali ni?” soalan nakal dari Brader Mil pagi tadi.

“Takde satu pun yang gua ‘kencing’, sebaliknya banyak benda yang gua kongsikan dengan mereka, antaranya.. (sila baca perkongsian info di bawah)” – AE

Perkongsian info :

Sebenarnya ejen tidak akan meminta komisyen tambahan dari pembeli sepertimana tanggapan ramai sebaliknya ‘earnest deposit’ atau yang kita panggil ‘booking fees’ itulah sebenarnya komisyen ejen. Dalam erti kata lain, penjuallah yang akan ‘menggadaikan’ sedikit keuntungan mereka (jika ada) untuk diberikan kepada ejen ini. Sebagai contoh, sekiranya kita membeli sebuah rumah pada harga RM100K dan ejen meminta kita membayar booking sebanyak 3% (RM3K), ini bermakna jumlah itulah sebenarnya yang akan diambil oleh ejen dari keseluruhan harga yang diminta oleh si penjual. Diharap perkongsian ini dapat menjelaskan lagi kemusykilan yang diutarakan oleh pengomen berikut :

Dari segi penglibatan para peserta, aku rasa most of them were actively participated in the Q&A session, baik dengan aku mahu pun dengan tuan lawyer yang hadir dan aku harap setiap persoalan yang ditanya mampu dijelaskan dengan sebaik mungkin.

Di kesempatan ini juga aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penaja baru aku, Denaihati Network yang sudi berkongsi kos dengan aku demi untuk memandaikan anak bangsa di dalam pelaburan hartanah ini. Aku harap fi penyertaan sebanyak RM88 yang korang keluarkan itu benar-benar berbaloi dengan inti pati perkongsian ilmu yang aku sampaikan.

Untuk sesi seterusnya, insyaAllah akan aku adakan pada tanggal 1 Disember nanti kerana bulan November ini, telah aku peruntukkan satu sesi untuk orang-orang utara pula dan pada nama-nama berikut, jangan lupa janji temu kita pada 3 November ini bertempat di Hotel Seri Malaysia Kepala Batas seawal jam 8.30 pagi.

  1. Muhaimin Fadzil
  2. Zaki Yamani
  3. Azrulnor Ahmad
  4. Rosli Ahmad
  5. Mastura Manap
  6. Sulaiman Yaakub
  7. Shamsul Rizal
  8. Muhd Hanif Isa
  9. Nasri
  10. Adri
  11. Hasnah
  12. Suhaida
  13. Salleh
  14. Ismail
  15. Othman
  16. Suhaimi
  17. Khasfullizam
  18. Khairul
  19. Azhar
  20. Hanif

Bagi yang tidak tersenarai, insyaAllah kami (aku dan Tuan Bri) akan mengadakan satu lagi sesi di utara pada awal tahun depan kerana untuk sesi ini hanya bilik seminar berkapasiti 20 orang sahaja yang berjaya kami perolehi.

AE : Bagi yang ingin menyertai sesi pada 1/12/12 nanti, sila e-melkan hasrat korang ke seminarae2011@gmail.com di bawah tajuk ‘Mini Seminar Abang Ensem’

 

11 Comments

  1. Mamat 6 packs October 22, 2012
  2. boni kacak October 22, 2012
  3. Anuar October 22, 2012
  4. sha October 22, 2012
  5. shahril sidek October 22, 2012
  6. Nurul October 22, 2012
  7. matjoe October 22, 2012
  8. prince of nerd October 22, 2012
  9. zaidi October 22, 2012
    • abangensem October 22, 2012
  10. tuanbri October 22, 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge