• Pendaftaran Seminar
  • Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Blog Abang Ensem

Info & Tips Hartanah...

  • Utama
  • Biodata
  • Ebook
  • Hubungi Saya
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / seminar / Mini Seminar Hartanah AE (Batch 12)

Mini Seminar Hartanah AE (Batch 12)

abangensem · 22 October 2012 · 11 Comments

 

Mini Seminar Sembang Subsale (Batch ke 12)

Alhamdulillah, telah selesai mini seminar aku kali yang ke 12 yang telah disertai seramai 13 orang peserta yang rata-ratanya bermastautin di sekitar Lembah Kelang. Paling mengharukan apabila terdapat seorang penuntut UiTM yang turut menghadirkan diri dan apabila ditebak dengan pertanyaan, “Kenapa awak datang? Awak dah nak beli rumah ke?” dan jawapan yang aku terima, “Tak, saya cuma nak equip dulu diri saya dengan ilmu pelaburan hartanah ni sebelum mula membeli rumah” sudah cukup untuk membuatkan aku ceria sepanjang minggu kerana matlamat aku berblog selama ini (untuk mendidik golongan muda supaya celik pelaburan hartanah) telah mula membuahkan hasil *Jap, aku nak amik tisu untuk lap air mata yang mengalir ni*.

“Apa pulak yang lu ‘kencing’ kali ni?” soalan nakal dari Brader Mil pagi tadi.

“Takde satu pun yang gua ‘kencing’, sebaliknya banyak benda yang gua kongsikan dengan mereka, antaranya.. (sila baca perkongsian info di bawah)” – AE

Perkongsian info :

Sebenarnya ejen tidak akan meminta komisyen tambahan dari pembeli sepertimana tanggapan ramai sebaliknya ‘earnest deposit’ atau yang kita panggil ‘booking fees’ itulah sebenarnya komisyen ejen. Dalam erti kata lain, penjuallah yang akan ‘menggadaikan’ sedikit keuntungan mereka (jika ada) untuk diberikan kepada ejen ini. Sebagai contoh, sekiranya kita membeli sebuah rumah pada harga RM100K dan ejen meminta kita membayar booking sebanyak 3% (RM3K), ini bermakna jumlah itulah sebenarnya yang akan diambil oleh ejen dari keseluruhan harga yang diminta oleh si penjual. Diharap perkongsian ini dapat menjelaskan lagi kemusykilan yang diutarakan oleh pengomen berikut :

Dari segi penglibatan para peserta, aku rasa most of them were actively participated in the Q&A session, baik dengan aku mahu pun dengan tuan lawyer yang hadir dan aku harap setiap persoalan yang ditanya mampu dijelaskan dengan sebaik mungkin.

Di kesempatan ini juga aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penaja baru aku, Denaihati Network yang sudi berkongsi kos dengan aku demi untuk memandaikan anak bangsa di dalam pelaburan hartanah ini. Aku harap fi penyertaan sebanyak RM88 yang korang keluarkan itu benar-benar berbaloi dengan inti pati perkongsian ilmu yang aku sampaikan.

Untuk sesi seterusnya, insyaAllah akan aku adakan pada tanggal 1 Disember nanti kerana bulan November ini, telah aku peruntukkan satu sesi untuk orang-orang utara pula dan pada nama-nama berikut, jangan lupa janji temu kita pada 3 November ini bertempat di Hotel Seri Malaysia Kepala Batas seawal jam 8.30 pagi.

  1. Muhaimin Fadzil
  2. Zaki Yamani
  3. Azrulnor Ahmad
  4. Rosli Ahmad
  5. Mastura Manap
  6. Sulaiman Yaakub
  7. Shamsul Rizal
  8. Muhd Hanif Isa
  9. Nasri
  10. Adri
  11. Hasnah
  12. Suhaida
  13. Salleh
  14. Ismail
  15. Othman
  16. Suhaimi
  17. Khasfullizam
  18. Khairul
  19. Azhar
  20. Hanif

Bagi yang tidak tersenarai, insyaAllah kami (aku dan Tuan Bri) akan mengadakan satu lagi sesi di utara pada awal tahun depan kerana untuk sesi ini hanya bilik seminar berkapasiti 20 orang sahaja yang berjaya kami perolehi.

AE : Bagi yang ingin menyertai sesi pada 1/12/12 nanti, sila e-melkan hasrat korang ke seminarae2011@gmail.com di bawah tajuk ‘Mini Seminar Abang Ensem’. 

 

 
Tweet

Related posts:

  1. Mini Seminar Sembang Sub-sale Siri ke 11
  2. Mini Seminar Siri ke 3
  3. Mini Seminar Siri ke 8
  4. Mini Seminar Siri ke 7
  5. Tetamu Istimewa di Seminar Hartanah Abang Ensem

Filed Under: seminar Tagged With: mini seminar hartanah

Reader Interactions

Comments

  1. Mamat 6 packs says

    22 October 2012 at 12:34 am

    hai.. ha… hai… saya datang dengan Nurul, leh tak?
    Mamat 6 packs recently posted..Kami Hanya “Kawan” – Hanis Zalikha

    Reply
  2. boni kacak says

    22 October 2012 at 1:21 am

    satu hari nanti den nak pergi jugak seminat bro ni..
    boni kacak recently posted..Terima Kasih Cik Hijau Itu Duniaku, Ccicutedollyliciou Dan Semua Kawan-Kawan Yang Lain

    Reply
  3. Anuar says

    22 October 2012 at 1:39 am

    Kali ni tentu AE dapat melebarkan lebih senyuman.. Disebabkan ada 3 bunga yang akan turut mewarnai sesi mini seminar hartanah Zon Utara..
    Anuar recently posted..Selamat Hari Lahir Buat Atuk, Haikal dan Khalisha

    Reply
  4. sha says

    22 October 2012 at 2:12 am

    famous nya AE … dah macam biskut famous amos ..hehehe ni bukan ‘bahan’ yeh..anggaplah ia sbg satu compliment. cewahhh hehe
    sha recently posted..Automated Enforcement System AES

    Reply
  5. shahril sidek says

    22 October 2012 at 6:05 am

    kenapa makin berkurangan jer kaum hawa dlm seminar AE?
    mungkin ker semua kaum hawa dah join seminar tuan bri?
    shahril sidek recently posted..Cara Check Market Value

    Reply
  6. Nurul says

    22 October 2012 at 8:29 am

    sorang jer bunga hari tu… mesti jadi perhatian.. hehehe 🙂
    Nurul recently posted..Selamat Pagi Isnin

    Reply
  7. matjoe says

    22 October 2012 at 9:11 am

    terbaek seminar AE.
    matjoe recently posted..RM60 Ribu dapat Rumah Apa dekat KL nie?

    Reply
  8. prince of nerd says

    22 October 2012 at 4:27 pm

    kenapa AE makin gemok?Tersalah edit gambar kat photoshop? Sila usaha lagi..
    prince of nerd recently posted..ASUS launched Padfone 2- new quad-core hybrid phone+tablet dockable with LTE

    Reply
  9. zaidi says

    22 October 2012 at 6:06 pm

    terbaek seminar AE. Byk gak dpt info dr mbr2 sama2 hadir seminar

    Reply
    • abangensem says

      22 October 2012 at 10:37 pm

      Tenkiu Tuan. Tanpa support dari Tuan dan rakan2, mana mungkin saya mampu untuk berikan yang terbaik untuk Tuan.

      Reply
  10. tuanbri says

    22 October 2012 at 7:34 pm

    dah kurang penyertaan perempuan untuk mini seminar AE ni…

    ramai dah tahu keadaan sebenarnya. Susah dah nak tipu zaman siber ni
    tuanbri recently posted..Tahniah Tuanbri! 2,000 followers Facebook di Fanpage Tuanbri.com

    Reply

Trackbacks

  1. Seminar Hartanah Sesi Utara : Detik Dihitung | Abang Ensem's Blog says:
    1 November 2012 at 8:01 am

    […] untuk diperdengarkan kepada mereka. Jadi buat 20 orang yang telah aku senaraikan di dalam ENTRI INI dapatlah kiranya korang terpacak sebelum jam 9 pagi di aras 1 Hotel Seri Malaysia Kepala […]

    Reply

Leave a Reply to Anuar Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Artikel Terkini

  • Tips Setel Loan Paling Jahat
  • Sesi Kocing Johor #2
  • Seminar Hartanah Johor : Ujub Menyentap Jiwa
  • Sesi Kocing Johor #1
  • Tekak Kering

Komen Terkini

  • INSURANS/TAKAFUL DALAM PELABURAN HARTANAH | CoachHartanah.com on Insurans/Takaful Di Dalam Pelaburan Hartanah
  • PencariMakan on Tekak Kering
  • Mohamad Helmi Hamdan on Ebook
  • Mohamad Helmi Hamdan on Ebook
  • Faris Naqib on Setahun Sudah Berlalu

Arkib

Statistik

سبتو
16 Rabiul Akhir 1441
Now : Isha (20:16)
Next : Imsak (05:45)
Change location

Copyright © 2019 · Daily Dish Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in