Mini Seminar : Sembang Sub-Sale dengan AbangEnsem

Wahhh.. korang ni, pantang nampak muka kacak aku kat banner atas ni, semua pakat nak register. Buatnya aku ‘kencing’ korang tak ke naya jadinya, tak pun aku letak harga RM1K satu kepala mana korang nak menggagau carik duit.. hahaha.

Memandangkan banner pun dah naik maka secara rasminya aku nak buka mini seminar aku ni untuk pendaftaran dan bagi mereka yang telah mendaftar sebelum entri pagi ini (7 orang semuanya),  sila maklumkan kehadiran korang kat aku sekali lagi supaya dapat aku reservekan seat yang amat-amat terhad ini untuk korang. Berikut adalah butiran-butiran tentang seminar tersebut :

Tarikh : 14 Mei 2011 (Sabtu)
Tempat : MindStation Sdn Bhd,No 13 Tingkat 3, Jalan Tengku Ampuan Zabedah F9/F,Seksyen 9, Shah Alam (Bersebelahan dengan Shah Alam Mall)
Masa : 8.30 pagi – 12.30 tengahari
Harga :RM88.00 seorang (cara bayaran akan aku e-mailkan kepada korang nanti)

Apa yang korang bakal dapat dari seminar ni?

Tak lain tak bukan.. tips dan prosedur membeli rumah subsale, dari saat mencari rumah sehinggalah korang buat housewarming untuk aku datang makan. Semuanya akan aku ceritakan tapi kalau bab-bab teknikal yang melibatkan prosedur perundangan, the baton will be passed to my lawyer to answer. Kenapa dan mengapa aku pilih subsale? Kalau Tuan Bri & Akak Fara terkenal dengan jolokan ‘sifu lelong’ dan Akak ‘Spiritual’ Noor mahir dengan selok-belok hartanah mewah, maka biarlah aku dengan subsale aku especially untuk rumah-rumah berskala ‘murah’ bersesuaian dengan sifat humble yang ada dalam diri aku.. hehehe. Insyaallah akan aku terangkan step-by-step, cara-cara dan prosedur yang harus korang ikuti bila nak beli rumah subsale ni sebab kalau basic thing tentang cara ni pun korang tak tahu, macamana korang nak start invest dengan yang besar-besar nanti, betul tak? So, watch out beb!!

Siapa yang patut datang?

Korang yang tak tahu tentang cara-cara nak beli rumah terutamanya rumah subsale (terpakai) dan juga beginner yang baru nak belajar cara aku melabur. Kenapa? sebab senang sikit aku nak ‘kencing’ korang nanti.. hahaha (jangan marah). *AMARAN : Professionals like Bri, Akak Fara & Spiritual tidak dibenarkan untuk menyertai seminar ini sama sekali*. Bukan apa takut nanti korang tanya soalan-soalan yang aku tak reti nak jawab. Malu la aku kat peserta yang lain dan jatuh la nanti air muka aku yang ensem ni tapi kalau korang berkeras jugak nak datang, terpaksa la aku upkan feesnya jadi RM1K satu kepala. Amacam, ada berani?

Apa yang menarik kat seminar tu nanti?

Selain daripada dapat melihat ke’ensem’an aku, ada aku sediakan few things yang aku dah peruntukkan yang pasti akan membangkitkan keterujaan korang untuk hadir, antaranya :

  • Biskut ‘tiger susu’ yang mampu menguatkan tulang korang di samping mengelakkan masalah osteophorosis dan juga air suam sebagai menu sarapan pagi yang ‘menyihatkan’ ;
  • Ball pen jenama Stabilo (brand mahal ni!) ;
  • File kertas yang boleh dibuka tutup ;
  • Kerusi yang baru dibeli beserta dengan baldunya yang masih empuk untuk korang rasmikan nanti ;
  • Penyaman udara yang baru dipasang sebab office cousin aku tu baru direnovate semata-mata untuk seminar ni.

Testimoni dari rakan-rakan aku apabila mengetahui yang aku nak buat seminar ni :

Kalau anda rasa anda dah lama tak kena ‘kencing’, seminar ini adalah untuk anda” – Man Kuala
Daripada korang bayar kat mamat ni (aku le tu), baik korang bagi duit tu kat aku supaya boleh aku guna untuk gi karaoke” – Brader Mil
You all will be dissapointed with him.. hehehe” Yati (ejen insurans aku)

Bagi menggantikan testimoni diorang yang macam hampeh dan tak boleh pakai ni, aku memerlukan testimoni baru dari korang sebagai pengganti. Untuk itu, cepat-cepat klik banner kat atas tu untuk register sebab tempat bagi sesi sulung ini amatlah terhad (hanya untuk 20 orang yang terawal sahaja).

P/S : Kalau korang ada sebarang pertanyaan, sila e-mail kat aku di abangensem98@gmail.com

AE : Jangan lupa bawa kamera DSLR masing-masing kalau korang nak bergambar dengan aku sebab aku akan nampak lebih fotogenik dengan kamera jenis tu.

19 Comments

  1. tuanbri April 4, 2011
    • Wida April 4, 2011
    • abangensem April 6, 2011
  2. aslam April 4, 2011
    • abangensem April 6, 2011
  3. mizz bananaz April 4, 2011
  4. palie April 4, 2011
    • abangensem April 6, 2011
  5. waht April 4, 2011
    • tuanbri April 4, 2011
      • waht April 7, 2011
  6. rohaniah noor April 4, 2011
  7. ctfarazila April 4, 2011
    • abangensem April 4, 2011
  8. Seran April 4, 2011
    • abangensem April 4, 2011
  9. Ahmad Khariri Al-Hadi Bin Md Yusop April 5, 2011
  10. Si Botak April 5, 2011
  11. Seran April 10, 2011

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge