Mini Seminar Sembang Sub-sale Siri ke 11

leaderboard2 denaihati Banner

Setelah hampir sebulan aku tak dapat ‘mengencing’ korang secara berdepan, nampak gayanya peluang itu bakal hadir kembali.

Ya, siri mini seminar sembang sub-sale kali ke 11 akan diadakan pada 8hb September 2012 (sabtu) dan alhamdulillah setakat ini seramai 20 orang telah pun mendaftarkan diri. Walaubagaimanapun setakat ini 6 orang pendaftar telah mengesahkan kehadiran mereka.

Yuran atau Fi masih berkadar RM88-00 dan ribuan terima kasih kepada Tuan Denaihati kerana telah menyebabkan kadar tersebut tidak dinaikkan. Ya, kerjasama beliau dari segi penganjuran seminar ini telah mampu menampung kos-kos penganjuran dan diharap ianya dapat diteruskan untuk satu tempoh yang lebih panjang.

Mini seminar ini masih mengekalkan subjek dan topik yang sama iaitu pencerahan terhadap aspek pembelian sub-sale, prosedur perundangannya dan berkemungkinan slot baru berkaitan MLTA/MRTA akan turut disentuh oleh seorang ejen yang dijemput khas. Jadi buat mereka yang telah menerima invitation e-mail dari aku diharap agar dapat membuat keputusan dengan kadar segera sebelum aku buka peluang untuk para peserta yang lain untuk turut serta. Kerjasama korang amatlah dihargai.

AE : Alhamdulillah seminar hartanah sesi utara juga turut mendapat sambutan dan bagi mereka yang ingin menyertainya, sudi-sudikanlah menge-mail aku at seminarae2011@gmail.com dengan tajuk Seminar Hartanah Utara untuk menikmati harga ‘burung awal’ (early bird price – RM150-00)

This entry was posted in seminar and tagged . Bookmark the permalink.

7 Responses to Mini Seminar Sembang Sub-sale Siri ke 11

  1. Anuar says:

    Tahniah AE..

    Dapat menganjurkan Seminar Sub Sale siri ke 11.. Siap ada penganjur lagi tu.. ;)

    Lepas ni tentu lagi banyak siri-siri perkongsian ilmu ini yang akan AE lakukan.. Disebabkaan AE dah tak terikat dengan kerja makan gaji.. Tahniah AE..
    Anuar recently posted..Amalkan Selawat Tafrijiyah : Semoga Murah Rezeki..

  2. Hang Tuah says:

    Salam bro. Bila nak buat dekat belah melaka pulak?

  3. Nadot says:

    Yeay ade lagi… InsyaAllah kawan nak join…nanti sy suh dia daftar..hehehe
    Nadot recently posted..Berbuka dengan Pizza Hut

  4. eyriqazz says:

    kalau ada awek2 cun,eden nak join lagi..hik3
    eyriqazz recently posted..Duit Raya dari Nuffnang

  5. ohcikgu says:

    pehh..mesti seronok dengar ceramah ni kan..
    ohcikgu recently posted..Charlie bit my finger

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge