Assalamualaikum,
Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, mini seminar hartanah sembang sub-sale yang dijadualkan pada 1 Disember 2012 nampaknya terpaksa ditunda ke 15 Disember 2012 dan lokasi yang dipilih bagi menggantikan lokasi lama di Seksyen 9, adalah PKNS BizPoint Seksyen 7 (betul-betul di belakang Gedung Kain Jakel).
Kenapa lokasi ini dipilih, tak lain tak bukan kerana kemudahan-kemudahan dan keadaan ruang seminar yang mampu menampung kapasiti peserta yang lebih besar. Di samping itu keselesaan dan ruang tempat letak kereta yang agak banyak menjadi nilai tambah di dalam pemilihan tersebut.
Bagi para peserta outstation pula, terdapat 3 buah hotel bajet bersebelahan dengan BizPoint ini dan dengan puluhan tempat makan yang sedap-sedap yang ada di sekitarnya seperti Restoran Wong Solo, Kayu Nasi Kandar, Pizza Hut, Kentucky Fried Chicken dan port aku melepak, Pappa Rich (yang senantiasa dipenuhi dengan awek-awek rambut karat yang ranggi-ranggi) pasti akan memudahkan mereka untuk mengisi perut sambil mencuci-cuci mata mereka. Malah bersempena dengan cuti sekolah, mereka juga boleh membawa keluarga mereka bersama untuk bercuti kerana lokasi mini seminar aku hanya sekangkang kera sahaja (walking distance) dari Taman Tema Air i-City yang bakal dilancarkan mulai November ini.
Dan sepertimana yang aku maklumkan dalam entri INI, blogger no 1 (BeautifulNara) dan no 3 Malaysia (Denaihati) akan turut meramaikan jumlah yang akan hadir ke mini seminar aku kali ini.
Sedikit perubahan telah aku lakukan terhadap aturcara dan modul mini seminar aku untuk kali ini dan ianya dapat korang lihat sepertimana berikut :
8.30 – 9.00 pagi : Pendaftaran
9.00 – 9.30 pagi : Apa itu Pelaburan Hartanah
9.30 – 11.00 pagi : Tips-tips mendapatkan Rumah Below Market & Prosedur Pembelian Rumah Sub-sale
11.00 – 11.30 pagi : Tips Mudah Lulus Pinjaman
11.30 – 11.50 pagi : Tea Break
11.50 – 1.00 petang : Slot bersama Peguam
Dan untuk kali ini yuran penyertaan telah aku pecahkan mengikut 2 ‘tier’ bagi menarik lebih ramai peserta early bird untuk menyertainya :
-
RM88 bagi yang mendaftar & membuat pembayaran sebelum 20/11/12 (early bird) ;
-
RM188 bagi yang mendaftar & membuat pembayaran selepas 20/11/12.
Jadi bagi sesiapa yang ingin menyertainya, korang bolehlah menge-mel aku ke seminarae2011@gmail.com dengan menggunakan tajuk ‘Mini Seminar AE’ dan sertakan butiran berikut bagi memudahkan urusan pendaftaran :
Nama :
Alamat :
No. H/P :
AE : Buat peserta-peserta Seminar Hartanah Sesi Utara, jangan lupa janji temu kita Sabtu ini (3/11/12) jam 8.30 pagi.
AMARAN BUAT GADIS2 ATAU WANITA2 YANG BAKAL HADIR, SILA BAWA ONGKOS YANG SECUKUPNYA KERANA SEGALA MACAM KEDAI TUDUNG DAN KAIN BERADA DI SEKITAR BIZPOINT INI.
15 hb yea… marilah ramai-ramaaaaii..!!!
KiD recently posted..Misi 6 Packs dan Kurangkan Berat Badan
wah..best tu.. tuan denaihati dengan beautifull nara pun ada..
boni kacak recently posted..Shortfilm Pupus. Jangan Biarkan Ianya Berlaku
style gak dia punya kerusi meja tu..
shahril sidek recently posted..Selamat Hari Raya Aidiladha
Menarik… Selain berpeluang untuk mempelajari ilmu Hartanah dapat juga berpeluang beramah mesra dengan Beautifulnara dan Tuan Denaihati.. Kena cek kelendar ni dan pastikan free masa tu..
Anuar recently posted..Motivasi Kepada Para Peserta Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2
ni mesti ko ada kawtim dgn jakel punya tokey ni. tapi aku rasa lepas seminar peserta akan simpan duit utk beli umah. jadi xde laa nk membeli tak tentu hala
matjoe recently posted..SALE – Sejenis Tarikan Graviti
haha sek7 je..dah dekat dah AE…leh ngeteh…
Melastik Bintang recently posted..Cari Pasal Dengan Abang Ensem!
cantik nye tempaat…ni kene menyebuk lg ni…. hohoho
Nadot recently posted..Ketidaklengkapan di Aidiladha
adeh..jauhnye dari tempat aku..x kesampaian lagi la hajat di hati ni..
Budak Desa recently posted..Eh,Sembelih Itu Kejam?
btol2 strategik tempat ni.kompom fully booked nnt nih.
JMR recently posted..SOHO || Small Office Home Office
Memang menarik sebab ada slot bersama peguam tu.macam-macam boleh tanya.
hatiputera recently posted..Mood blogging merudum
Yang tang sho[pping tu macam best.. hehehe 🙂
Nurul recently posted..Segmen: Up Kan Followers Dengan Mendadak!!!
Jeles je rasa tgk org lain ada masa pergi seminar ae. hmm…
halif recently posted..Apa yang sudah terjadi?
Aku nak join gak..
Fazrol recently posted..Cowboy Town di A Famosa Resort!
Oh! Kat Wong Solo ada juice pologami. 😀
Rais recently posted..SEKIRANYA BELUM BERKAHWIN
daftar je dengan cepat..
tuanbri recently posted..Berakhirnya Seminar Hartanah Sesi Utara dengan jayanya
petgh, ayat2 iklan yg mengancam.. mmg boleh menarik perhatian pembaca.. 🙂
oo, ict dh ada taman tema air yer.. xtau plak.. huhu..
izfanora recently posted..Inikah Dia Cinta Pandang Pertama
Jauh la plak,kalau tak nak jugak join
wazy recently posted..iPhone 5 Gadget Impian
Kat selatan tak nak buat ke AE?
menarik nie.early bird tu kalau kurangkan sikit lg bagus
faizalPJ recently posted..iPhone 5 Gadget Impian
Anda mesti pile…
zam recently posted..Facebook – Untuk bersosial sahaja?
Selamat berseminar abang ensem. All the best.
Lyn recently posted..Indah nian istana bunian
AE, insyaAllah plannya kami laki bini nak pegi …hmmmm sebelum 20 nov yeh..akan diusahakan ongkosnya yeee nnt sha roger2
sha recently posted..iPhone 5 gadget impian
kalau Zarul Umbrella ada lagi best ni…hahaha
Zarul Umbrella recently posted..Cabaran Six Pack Semakin Hampir Ke Kemuncak