• Pendaftaran Seminar
  • Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Blog Abang Ensem

Info & Tips Hartanah...

  • Utama
  • Biodata
  • Ebook
  • Hubungi Saya
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / seminar / Mini Seminar Sembang Sub-Sale Siri ke 13

Mini Seminar Sembang Sub-Sale Siri ke 13

abangensem · 29 October 2012 · 23 Comments

 

Assalamualaikum,

Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, mini seminar hartanah sembang sub-sale yang dijadualkan pada 1 Disember 2012 nampaknya terpaksa ditunda ke 15 Disember 2012 dan lokasi yang dipilih bagi menggantikan lokasi lama di Seksyen 9, adalah PKNS BizPoint Seksyen 7 (betul-betul di belakang Gedung Kain Jakel).

Kenapa lokasi ini dipilih, tak lain tak bukan kerana kemudahan-kemudahan dan keadaan ruang seminar yang mampu menampung kapasiti peserta yang lebih besar. Di samping itu keselesaan dan ruang tempat letak kereta yang agak banyak menjadi nilai tambah di dalam pemilihan tersebut.

Bagi para peserta outstation pula, terdapat 3 buah hotel bajet bersebelahan dengan BizPoint ini dan dengan puluhan tempat makan yang sedap-sedap yang ada di sekitarnya seperti Restoran Wong Solo, Kayu Nasi Kandar, Pizza Hut, Kentucky Fried Chicken dan port aku melepak, Pappa Rich (yang senantiasa dipenuhi dengan awek-awek rambut karat yang ranggi-ranggi) pasti akan memudahkan mereka untuk mengisi perut sambil mencuci-cuci mata mereka. Malah bersempena dengan cuti sekolah, mereka juga boleh membawa keluarga mereka bersama untuk bercuti kerana lokasi mini seminar aku hanya sekangkang kera sahaja (walking distance) dari Taman Tema Air i-City yang bakal dilancarkan mulai November ini.

Dan sepertimana yang aku maklumkan dalam entri INI, blogger no 1 (BeautifulNara) dan no 3 Malaysia (Denaihati) akan turut meramaikan jumlah yang akan hadir ke mini seminar aku kali ini.

Sedikit perubahan telah aku lakukan terhadap aturcara dan modul mini seminar aku untuk kali ini dan ianya dapat korang lihat sepertimana berikut :

8.30 – 9.00 pagi : Pendaftaran
9.00 – 9.30 pagi : Apa itu Pelaburan Hartanah
9.30 – 11.00 pagi : Tips-tips mendapatkan Rumah Below Market & Prosedur Pembelian Rumah Sub-sale
11.00 – 11.30 pagi : Tips Mudah Lulus Pinjaman
11.30 – 11.50 pagi : Tea Break
11.50 – 1.00 petang : Slot bersama Peguam

Dan untuk kali ini yuran penyertaan telah aku pecahkan mengikut 2 ‘tier’ bagi menarik lebih ramai peserta early bird untuk menyertainya :

  • RM88 bagi yang mendaftar & membuat pembayaran sebelum 20/11/12 (early bird) ;
  • RM188 bagi yang mendaftar & membuat pembayaran selepas 20/11/12.

Jadi bagi sesiapa yang ingin menyertainya, korang bolehlah menge-mel aku ke seminarae2011@gmail.com dengan menggunakan tajuk ‘Mini Seminar AE’ dan sertakan butiran berikut bagi memudahkan urusan pendaftaran :

Nama :
Alamat :
No. H/P :

AE : Buat peserta-peserta Seminar Hartanah Sesi Utara, jangan lupa janji temu kita Sabtu ini (3/11/12) jam 8.30 pagi.

AMARAN BUAT GADIS2 ATAU WANITA2 YANG BAKAL HADIR, SILA BAWA ONGKOS YANG SECUKUPNYA KERANA SEGALA MACAM KEDAI TUDUNG DAN KAIN BERADA DI SEKITAR BIZPOINT INI.

 
Tweet

Related posts:

  1. Mini Seminar Sembang Sub-sale Siri ke 11
  2. Mini Seminar Sub-Sale Abang Ensem Siri ke 9
  3. Mini Seminar Siri ke 3
  4. Mini Seminar Siri ke 7
  5. Mini Seminar : Sembang Sub-Sale dengan AbangEnsem

Filed Under: seminar Tagged With: mini seminar

Reader Interactions

Comments

  1. KiD says

    29 October 2012 at 12:09 am

    15 hb yea… marilah ramai-ramaaaaii..!!!
    KiD recently posted..Misi 6 Packs dan Kurangkan Berat Badan

    Reply
  2. boni kacak says

    29 October 2012 at 12:11 am

    wah..best tu.. tuan denaihati dengan beautifull nara pun ada..
    boni kacak recently posted..Shortfilm Pupus. Jangan Biarkan Ianya Berlaku

    Reply
  3. shahril sidek says

    29 October 2012 at 1:31 am

    style gak dia punya kerusi meja tu..
    shahril sidek recently posted..Selamat Hari Raya Aidiladha

    Reply
  4. Anuar says

    29 October 2012 at 4:02 am

    Menarik… Selain berpeluang untuk mempelajari ilmu Hartanah dapat juga berpeluang beramah mesra dengan Beautifulnara dan Tuan Denaihati.. Kena cek kelendar ni dan pastikan free masa tu..
    Anuar recently posted..Motivasi Kepada Para Peserta Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2

    Reply
  5. matjoe says

    29 October 2012 at 9:21 am

    ni mesti ko ada kawtim dgn jakel punya tokey ni. tapi aku rasa lepas seminar peserta akan simpan duit utk beli umah. jadi xde laa nk membeli tak tentu hala
    matjoe recently posted..SALE – Sejenis Tarikan Graviti

    Reply
  6. Melastik Bintang says

    29 October 2012 at 10:51 am

    haha sek7 je..dah dekat dah AE…leh ngeteh…
    Melastik Bintang recently posted..Cari Pasal Dengan Abang Ensem!

    Reply
  7. Nadot says

    29 October 2012 at 11:11 am

    cantik nye tempaat…ni kene menyebuk lg ni…. hohoho
    Nadot recently posted..Ketidaklengkapan di Aidiladha

    Reply
  8. Budak Desa says

    29 October 2012 at 3:08 pm

    adeh..jauhnye dari tempat aku..x kesampaian lagi la hajat di hati ni..
    Budak Desa recently posted..Eh,Sembelih Itu Kejam?

    Reply
  9. JMR says

    29 October 2012 at 11:14 pm

    btol2 strategik tempat ni.kompom fully booked nnt nih.
    JMR recently posted..SOHO || Small Office Home Office

    Reply
  10. hatiputera says

    29 October 2012 at 11:57 pm

    Memang menarik sebab ada slot bersama peguam tu.macam-macam boleh tanya.
    hatiputera recently posted..Mood blogging merudum

    Reply
  11. Nurul says

    30 October 2012 at 11:30 am

    Yang tang sho[pping tu macam best.. hehehe 🙂
    Nurul recently posted..Segmen: Up Kan Followers Dengan Mendadak!!!

    Reply
  12. halif says

    31 October 2012 at 2:23 pm

    Jeles je rasa tgk org lain ada masa pergi seminar ae. hmm…
    halif recently posted..Apa yang sudah terjadi?

    Reply
  13. Fazrol says

    4 November 2012 at 9:47 am

    Aku nak join gak..
    Fazrol recently posted..Cowboy Town di A Famosa Resort!

    Reply
  14. Rais says

    4 November 2012 at 2:44 pm

    Oh! Kat Wong Solo ada juice pologami. 😀
    Rais recently posted..SEKIRANYA BELUM BERKAHWIN

    Reply
  15. tuanbri says

    4 November 2012 at 8:22 pm

    daftar je dengan cepat..
    tuanbri recently posted..Berakhirnya Seminar Hartanah Sesi Utara dengan jayanya

    Reply
  16. izfanora says

    5 November 2012 at 8:50 am

    petgh, ayat2 iklan yg mengancam.. mmg boleh menarik perhatian pembaca.. 🙂

    oo, ict dh ada taman tema air yer.. xtau plak.. huhu..
    izfanora recently posted..Inikah Dia Cinta Pandang Pertama

    Reply
  17. wazy says

    5 November 2012 at 5:29 pm

    Jauh la plak,kalau tak nak jugak join
    wazy recently posted..iPhone 5 Gadget Impian

    Reply
  18. iEs says

    5 November 2012 at 6:10 pm

    Kat selatan tak nak buat ke AE?

    Reply
  19. faizalPJ says

    8 November 2012 at 12:36 pm

    menarik nie.early bird tu kalau kurangkan sikit lg bagus
    faizalPJ recently posted..iPhone 5 Gadget Impian

    Reply
  20. zam says

    8 November 2012 at 12:54 pm

    Anda mesti pile…
    zam recently posted..Facebook – Untuk bersosial sahaja?

    Reply
  21. Lyn says

    10 November 2012 at 9:58 pm

    Selamat berseminar abang ensem. All the best.
    Lyn recently posted..Indah nian istana bunian

    Reply
  22. sha says

    12 November 2012 at 6:00 pm

    AE, insyaAllah plannya kami laki bini nak pegi …hmmmm sebelum 20 nov yeh..akan diusahakan ongkosnya yeee nnt sha roger2
    sha recently posted..iPhone 5 gadget impian

    Reply
  23. Zarul Umbrella says

    13 November 2012 at 1:36 pm

    kalau Zarul Umbrella ada lagi best ni…hahaha
    Zarul Umbrella recently posted..Cabaran Six Pack Semakin Hampir Ke Kemuncak

    Reply

Trackbacks

  1. Gangguan 'Bakal Penyewa' di Aidiladha | Nadot's Words says:
    29 October 2012 at 2:34 pm

    […] ade peserte spesel iaitu Abang Nara (Beautiful Nara) yg daftar utk join. Ape lg, terjah ar blog Abang Ensem untuk daftar […]

    Reply

Leave a Reply to wazy Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Artikel Terkini

  • Tips Setel Loan Paling Jahat
  • Sesi Kocing Johor #2
  • Seminar Hartanah Johor : Ujub Menyentap Jiwa
  • Sesi Kocing Johor #1
  • Tekak Kering

Komen Terkini

  • Azman on Seminar Hartanah Terengganu : Sendu Bertukar Ceria
  • Azman on Tips Setel Loan Paling Jahat
  • INSURANS/TAKAFUL DALAM PELABURAN HARTANAH | CoachHartanah.com on Insurans/Takaful Di Dalam Pelaburan Hartanah
  • PencariMakan on Tekak Kering
  • Mohamad Helmi Hamdan on Ebook

Arkib

Statistik

خميس
13 Rejab 1442
Now : Isha (20:33)
Next : Imsak (06:5)
Change location

Copyright © 2021 · Daily Dish Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in