Mini Seminar Siri ke 10 – Suka & Duka

 

Sebahagian dari peserta seminar siri ke 10 aku

Alhamdulillah, selesai sudah mini seminar aku siri ke 10 dan jutaan terima kasih kepada khalayak pendengar dan juga speaker jemputan yang sudi hadir ke majlis semalam. Banyak juga insiden-insiden pahit manis yang berlangsung semalam yang menjadi lipatan sejarah dalam hidup aku. Malah kehadiran beberapa individu ke majlis semalam juga turut membuka beberapa lembaran baru yang bakal mengubah hala tuju aku di masa depan (insyaallah akan aku kongsikan dalam entri akan datang). As for now, mari kita lihat apakah insiden suka duka mini seminar aku yang berlangsung pagi semalam :

Duka :

  1. Ramai yang tidak dapat menghadirkan diri kerana masalah kesihatan termasuk Tuan Lawyer aku, menyebabkan sesi bersama lawyer terpaksa dibatalkan.
  2. Terlupa untuk bergambar bersama Tuan Faizul kerana AWEK INI sibuk mengayat Tuan Faizul kita sehingga tidak memberi peluang kepada aku untuk menyelit bergambar dengan Tuan Faizul.. hahaha. So, kalau korang nak tengok gambar asli Tuan Faizul, sila ke blog awek itu nanti.
  3. Terlupa juga untuk memotong birthday cake aku yang dibawa oleh salah seorang peserta semalam untuk dikongsikan bersama para peserta seminar yang lain. Akibatnya, aku terpaksa nyanyi lagu happy birthday aku sorang-sorang semalam.. huhuhu.

Suka :

  1. Buat pertama kalinya, talk aku berlangsung secara santai di meja makan dek kerna sesi bersama Tuan Lawyer terpaksa dibatalkan. Sesi sebegini sebenarnya lebih merapatkan aku dengan para peserta memandangkan setiap dari mereka tanpa segan silu bertanyakan itu dan ini kepada aku tanpa sebarang barrier.
  2. Kehadiran Tuan Faizul Ridzuan, penulis buku WTF! yang mengakibatkan penuh sesak ruang kelas aku ketika sharing session bersama beliau.
  3. Buku WTF! yang dibawa beliau terjual ibarat goreng pisang panas. Kalaulah ebook aku boleh terjual macam buku dia, alangkah indahnya dunia..

    Autograph Session

AE : Terharu apabila ada di kalangan para ‘peminat’ AE yang sudi menghadiahkan kek hari lahir dan lebih teruja apabila melihat angka yang tertera di atasnya.. hehehe. Thanks beb for the cake.

Gambar kek yang diEXTRA LARGEkan untuk tatapan korang

25 Comments

  1. jeff kacak July 1, 2012
  2. Rui July 1, 2012
  3. ohcikgu July 1, 2012
  4. adam dzirhan July 1, 2012
  5. ReM July 1, 2012
  6. namia July 1, 2012
  7. samdaddycool July 1, 2012
  8. eyriqazz July 1, 2012
  9. Nadot July 1, 2012
  10. tuanbri July 1, 2012
  11. aslam July 1, 2012
  12. matjoe July 1, 2012
  13. fasz July 2, 2012
  14. hazman aka species1980 July 2, 2012
  15. daddydee July 2, 2012
  16. Hanif July 2, 2012
  17. AS July 2, 2012
  18. Nurul July 2, 2012
  19. akuzle ayu July 2, 2012
  20. Zarul Umbrella July 2, 2012
  21. azman July 3, 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge