Siang tadi aku ditebak oleh Brader Mil yang bertanyakan pendapat aku tentang entri INI yang padanya merupakan satu perkongsian ilmu yang berguna untuk diketengahkan dan seperti yang dijangka.. “Kenapa lu tak amik Mortgage Level Term Assurance (MLTA)/Mortgage Level Term Takaful (MLTT) ni masa ko beli rumah dulu?”. Hmm.. payah juga aku nak komen sebabnya kalau tersalah fakta, for sure korang akan condemn aku nanti.
Apa pun secara jujurnya skim ini sememangnya bagus tetapi mungkin kurang sesuai untuk aku kerana faktor-faktor berikut :
-
Umur yang semakin ‘ganyut’
Beb, kalau aku ni muda lagi sememangnya skim ini menjadi pilihan aku kerana premiumnya yang sudah semestinya rendah tetapi jika di penghujung usia 30an ni, pastinya premium yang bakal aku bayar adalah agak tinggi dibandingkan dengan mereka yang masih muda remaja.
-
Tidak dibiayai oleh Bank
Yup, pengalaman member aku sendiri yang terpaksa membayar premium bulanannya setelah pihak bank tidak membiayai skim ini dan ini sememangnya tidak aku sukai kerana positive cashflow yang sepatutnya aku perolehi secara total, telah terpaksa diagihkan sedikit untuk premium skim ini. Memang tidak dinafikan yang aku bakal mendapat certain percentage (profit) setelah tamat tempoh skim ini tetapi instead of profit yang ditentukan oleh syarikat insurans, why not percentage keuntungan itu aku sendiri yang tentukan samaada menerusi pelaburan saham ke, emas ke mahu pun komoditi. Namun cerita skim MLTA/MLTT ini tidak dibiayai adalah cerita 2 tahun yang lalu dan aku tidak pasti adakah pihak bank sudah mula membuka pintu bagi membiayai skim ini. Untuk itu, update tentang soal ini amat-amatlah ditagih dari korang yang tahu mengenainya?
-
Dulu takde
Zaman aku mula melabur dulu belum ada lagi skim MLTA/MLTT ni. Yang ada ketika itu hanyalah Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA)/Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT) dan atas sebab itu tiada option untuk pelabur macam aku untuk memilih. Nak dikatakan aku bernasib malang, mungkin kelebihan yang aku perolehi ketika itu adalah dari harga rumah yang agak rendah. Jadi tidak timbul masalah rugi atau tidak aku memilih MRTA/MRTT ini.
Walaubagaimanapun bagi korang yang masih muda bergetah dan kurang ilmu pelaburan dalam instrumen-instrumen pelaburan yang lain, nasihat aku.. korang sign-uplah skim MLTA/MLTT ini untuk rumah korang yang akan datang.
AE : Tapi kalau aku masih membeli rumah sekarang dan ada pula ejen insurans yang cun melecun datang approach aku, mungkin boleh aku pertimbangkan skim ini.. heh heh heh.











Saya semua ambik MRTA je. Tak berminat nak ambik MLTA & seangkatan dengannya.
tuhla..kadang2 confius juga between mrta ngan mlta ni… bukan mlta ni stand for Mati Lumah tetap ada…
eyriqazz recently posted..Wang Kertas Malaysia Siri Baharu Menjadi Milikku
salam AE..
mau tanye sket…ada 1 rumah nie, nama saya n wife…tp bank letak nama wife jer dalam MRTA…bila suruh die jadikan 2 nama, 50%-50%..die cakap lambat lah..mahal sket lahh..so skang 100% nama bini.
boleh tak saya nak amik MRTA atas nama saya plak utk rumah nie?
hmm…tibe2 konfius jap beza MRTA dgn MLTA
aBu recently posted..PFCE Jobs and Career
Guys,
Sebenarnya bezanya cam ni:
MRTA: pay lumpsump to cover your first total loan amount.(i.e 500k)
MLTA: pay monthly /yearly based on your first total loan amount. (i.e 500k)
MRTA: if you die during ur loan reduce to 250k, ur home loan will be settle by bank/mrta.
MLTA: same thing die at ur loan reduce to 250, ur home loan will be settle by MLTA and the different of another 25o K will be handed to ur wife / another waris.
MRTA: its not saving plan.
MLTA: it’s have cash value and it is investment plan.
there a few more benefit which if you like to know more, please email me at unonavigator@gmail.com.
Pingback: MRTA - Nak ambil ke tak? - blog.ariff
Salam…Tuan AE mohon perkongsian ilmu….dan saya berminat dengan seminar anda.
Sedikit info…..tuan/puan blh menggunakan polisi sedia ada bagi melindungi pinjaman di bank..bagaimana caranya….melalui “ KLINIK INSURANS DAN TAKAFUL” dan untuk makluman anda juga, ada mlta murah dan mahal…
Hubungi saya untuk ‘CONSULTANT PERCUMA’ .
AZLAN
012-3685844