Momen Yang Tertinggal

Nampaknya banyak juga momen-momen indah yang aku tertinggal untuk bercerita di blog ini, terutamanya yang berkaitan dengan siri jelajah hartanahku untuk tahun ini. Jika kisah seminar di Ipoh telah aku ceritakan di dalam entri sebelum ini, terdapat 3 lagi siri seminar yang pada aku memberikan momen yang agak manis untuk tahun ini.

  • Seminar Hartanah Sarawak @ Kuching (18/2/17)

Sekali lagi aku ke Kuching mengadakan siri seminarku bagi kali yang ke 4. Sekali lagi juga segala urusan dan perancangan penganjuran telah dibantu oleh rakanku di sana, Cikgu Sakawi dan teristimewa kali ini, Tuan Saltihie telah sudi ‘meminjamkan’ homestay beliau untuk Tim aku diami. Terima kasih Bro.

Terima kasih Tuan Saltihie kerna meminjamkan homestay ini

Agak sayang, seminar di Kuching kali ini buat pertama kalinya menghadirkan pulangan negatif RM2K sejak saya terlibat dalam bidang seminar ini bila mana hanya 13 orang sahaja peserta yang mendaftar. Perit tetapi aku yakin akan ada rezeki lain yang bakal diberikanNya jika aku kekal fokus dengan niat asalku untuk mendidik, inshaaAllah.

  • Seminar Langkah Kecemerlangan Kewangan @ Berjaya Times Square (26/2/17)

Ini adalah impianku sejak kali pertama terjebak di dalam bidang seminar ini.

Ya, impian menganjurkan satu seminar berskala besar di hotel 5 bintang pada kadar yuran 1 bintang. Alhamdulillah, ianya telah direalisasikan dengan bantuan dari rakanku, Saudara Johari Yazid yang juga merupakan Pengerusi Kelab Sukan & Rekreasi Komuniti Parlimen Cheras dan pada masa sama merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Cheras. Berkat usaha beliau turun naik ofis beberapa kementerian dan badan korporat, akhirnya seminar ini berjaya diadakan. Walaupun jangkaan awalnya, 100 orang bakal mengambil tempat namun dek kerna beberapa kelemahan di pihak aku, hanya 70 orang sahaja yang telah memenuhi dewan.

Alhamdulillah, 6 orang speaker (termasuk aku) telah sudi berkongsi cerita. Dimulai dengan Kak Jemah bercerita tentang bagaimana beliau yang bergaji kecil mampu membeli banyak rumah dan disusuli oleh Hafiz Sak Rani yang berkongsi momen pahit mengikat perut ketika disenarai-hitamkan oleh pihak bank sebelum berjaya keluar dan mula mengumpul hartanahnya yang ke-5. Aku, Dr Azizul, Syafieqah Alya dan Abang KEY kita dengan topik yang sudah sinonim dengan genre kami menjadi teraju utama sehingga lewat petang. Alhamdulillah, para peserta tidak berganjak dari tempat duduk mereka hingga ke akhirnya.

  • Seminar Hartanah Terengganu @ Kuala Terengganu (11/3/17)

Seminar ini baru sahaja berlangsung 2 minggu lalu. Another small group of participants. Hanya 17 orang, namun penerimaannya mengagumkan. Ramai yang muda-muda. Yang teruja untuk memulakan langkah. InshaaAllah aku doakan moga mereka sukses.

Trip kali ini agak memenatkan kerna sehari sebelumnya aku terpaksa bermalam di hospital menemankan anakku dan ternyata trip kali ini (walaupun dengan flight) agak melelahkan aku yang telah berusia.. hehehe. Moga kesihatan aku lebih konsisten untuk jelajah hartanah berikutnya.

Muka penat

Jadi, ke mana destinasi jelajah hartanah berikutnya?

Buat anda yang ternanti-nanti, berikut adalah tarikh-tarikh beserta destinasi yang telah aku susun untuk sepanjang tahun ini :

  • 15/4/17 @ Hotel Suria City Johor Bahru
  • 20/5/17 @ Kota Kinabalu, Sabah
  • 15/7/17 @ Melaka
  • 21/9/17 @ Penang
  • 14/10/17 @ Kuantan, Pahang
  • 25/11/17 @ Sungai Petani, Kedah

Jika anda berminat untuk turut serta, pendaftaran boleh dilakukan di link –> INI.

2 Comments

  1. Wan Syahida March 26, 2017
  2. Muhammad Ameruddin April 4, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge