Momentum Merudum

Alhamdulillah, tahun ini merupakan tahun ke 6 aku membuat perkongsian ilmu hartanah melalui siri kelas/seminar hartanah secara berkala. Jika di Shah Alam, hampir setiap bulan aku mengadakannya, manakala di serata Malaysia hampir setiap bulan aku akan menjelajah dari satu negeri ke satu negeri.

DULU

Alhamdulillah juga, sambutan yang aku terima tidak pernah menghampakan sehinggalah ke penghujung tahun lalu bila mana nama Abang Ensem telah bertukar di FB dan engagement bagi setiap status aku telah dihadkan. Hasilnya, tiada lagi jumlah peserta yang mampu melangkaui angka 20. Asbab dari kekurangan jumlah peserta, hampir kesemua siri seminar aku hanyalah ‘break-even‘ malah seminar di Kuching tempohari merekodkan pulangan negatif buat pertama kalinya. Sedih.. sob sob sob.

KINI

Jika diikutkan nasihat rakan-rakanku, pasti aku akan berhenti mengadakan seminar sebegini lagi. Namun, bila memikirkan nasib anak-anak muda melayu, aku akan terus berusaha untuk meneruskan siri-siri kelas ini lagi walaupun pulangannya hampir tiada. Semuanya atas niat, meneruskan perkongsian ilmu secara konsisten tanpa memikirkan pulangan memandangkan pada ketika ini hampir tiada sifu-sifu hartanah yang mengajar secara konsisten sepertimana yang aku lakukan. Dan ianya seakan fardhu kifayah buat aku meneruskan usaha-usaha sebegini.

Jadinya, walaupun berada pada kadar momentum yang semakin menurun, demi anda, inshaAllah akan aku teruskan perkongsian ini.

 

7 Comments

  1. PencariMakan March 20, 2017
  2. Sydez March 20, 2017
  3. kauthar mohd March 22, 2017
  4. Noriza Abdul Rahman March 23, 2017
  5. Wan Syahida March 26, 2017
  6. Ahlong April 25, 2017
  7. Farah Alina May 3, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge