Mr Bram : Site Visit

Korang ingat lagi tak kat Mr Bram yang telah menghampakan 12 orang pembaca blog aku 2 minggu yang lepas apabila beliau terpilih untuk beli flat yang kat Bukit Raja tu. So, hari sabtu baru-baru ni aku dan dia berkesempatan untuk meninjau keadaan flat tersebut dan seperti kebanyakan rumah flat yang pernah aku tengok sebelum ni, keadaan persekitarannya tak banyak beza. Pemandangan-pemandangan ‘ngeri’ seperti lif yang tidak berfungsi dan dinding yang bergrafiti semuanya  terbentang di depan mata tetapi sesuatu yang menghairankan kami ialah keadaan balkoninya yang cukup bersih tanpa adanya timbunan sampah, perabut dan tilam terpakai yang biasanya ditinggalkan di kaki-kaki lima rumah flat.

 

Unit penthouse bernombor L12-12

Tinjauan kami hari tu dikepalai oleh Abang Mat, budak maintenance yang mengawal selia bangunan tersebut merangkap pemegang kunci unit-unit yang kosong. Layanannya ibarat korang pergi ke hotel. Serba-serbi diceritakan daripada benda-benda yang baik sampai la ke perkara-perkara yang menjelikkan. Ketika sampai ke unit penthouse Mr Bram, kami terkejut dengan keadaan dalam rumahnya (sila lihat gambar bawah). Cantik siot..

Rumah je yang cantik bukan orang yang kat dalam gambar ni ye.. Jangan marah Bram. Melawak je.. hehehe

 

Mana nak dapat, beli rumah dapat langsir free..

The only loophole yang kitorang nampak ialah garisan stalagtit dan stalagmit yang terbentuk disebabkan kebocoran yang berlaku tetapi Abang Mat telah berjanji untuk selesaikan masalah ini sebelum penyewa baru masuk. “As per instruction from the seller” katanya. Fuuhhh.. lega beb. Nampak kelegaan di muka Mr Bram kita ni dan seperti yang aku tulis dalam ebook ke 2 aku, kehadiran ‘pihak ketiga’ tidak aku rasakan sebab bila melangkah masuk je, aku rasa sejuk je unit ni. Harap-harap telahan aku ni betul la. La ni, kitorang tengah tunggu loan Mr Bram ni approve sebab kata banker aku “insyaallah this week kot bro sebab mamat tu punya income & CCRIS semuanya ok”. Harap-harap masin le apa yang dijanjikannya.

AE : Bila masuk ke lif masa nak turun ke bawah, tak berkelip mata aku dengan Mr Bram tengok awek-awek yang duduk kat flat tu.  Aweknya semua mantap-mantap. Tak gitu Bram? Nasib baik mem kami tak ikut.. heh heh heh.

2 Comments

  1. ahmadhaikal March 8, 2011
  2. waht March 8, 2011

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge